Saturday, February 26, 2011

Kemabukan

Kemabukan rakyat marhaen di bumi NZ ni memang pelik.

Teringat masa mula mula sampai 6 tahun dulu, rasa seram sejuk meremang bulu tengkuk aku bila balik malam jumaat ke rumah.

Sederet dari simpang hujung, batang batang berjuntai saiz saiz minimum L asyik memancut ibarat bomba memadam kebakaran kilang perabot di USJ 1 yang memang tiap tiap tahun komfem terbakar.

Friday, February 25, 2011

Haiwan Peliharaan

Dulu-dulu kalau korang penah baca, aku ada cerita pasal haiwan belaan aku yang bernama spartacus.

Dah hampir 2 tahun spartacus pergi meninggalkan aku, sedih rasanya bila kenang-kenang balik pemergian Spartacus yang penuh tragis.

Tiba-tiba pulak hari ni, aku rasa keinginan aku untuk memiliki haiwan peliharaan membuak-buak.

Kali ni aku nak bela anjing. Dah usha dah dekat trademe. Nanti esok lusa aku angkat.

Kering

Kira-kira 4 tahun yang lalu... di bumi Dunedin ini..

"Bro jom kita makan luar" ajak kawan aku

"Jom, dah dkt 2 minggu asik makan kt rumah je bosan gak" balas aku

" Tapi tak kan la kita dua je? ajak la budak-budak rumah yang lain" kawan aku menambah

"Hmm.. okay la jap lagi lepas kelas aku konfem kan"

Selepas sesi berdialog di atas aku berusaha menjejaki lagi 3 orang rakan serumah yang lain. Ada yang berada di Dental School, ada yang tengah struggle dekat Lab Pharmacology dan ada yang tengah pening buat kira-kira dekat Commerce building.

daripada 3 orang yang aku mesej ajak makan luar, balasan masing-masing lebih kurang macam ni.

Saturday, February 19, 2011

Lebah Putih

Fikir-fikir balik rasanya x perlu kot aku delete blog ni.

Dah banyak kali delete dan undelete sebab nak trace balik widget-widget nak letak dkt
Blog-blog baru.

Antara blog-blog baru ialah asmohamtrouthunter, cerita asmoham dan yourbasicneed.

Harap-harap projek 2011 ni maintain berkembang dan sukses. Yang penting konsisten.

Lebah putih mungkin perlu di teruskan untuk menulis luahan hati parody, sarkcastic dan kritikan sosial .

Banyak cerita-cerita kehidupan berupa teguran yang xdapat nak dikarang atau x sesuai dibuat dalam teknik penceritaan penuh kesusasteraan.

Isi dan kupasan topik lebih tepat dan direct jika ditulis dengan penuh intipati sengatan lebah berbisa.

Oleh itu... sang lebah akan sekali sekala terbang , menghinggap dan menyengat!