Wednesday, August 12, 2009

Ramadhan menjelang lagi...

"Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat kulalui dengan sempurna..." Terngiang-ngiang bait-bait lagu Man Lebai @ Man Bai yg masa tu (sekitar hujung 90-an) berpoyo-poyo untuk nasyid dengan Raihan. Al-maklum lah masa tu irama n genre nasyid tengah naik,banyak kumpulan-kumpulan nasyid muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi macam biasalah, Raihan gak yg menten cool.. n the best so far. Yang lain-lain sume bagi aku sipoyoropol, walaupun lagu-lagu jiwang islamik derang sungguh sedap dan begitu assyyyhhuukkk!

ana sayang sama enti, sebab enti sgt iShlamik. cinta ena pada enti menggunung tinggi sampai ana jadi majnun! enti juga yg rugi, ana sakit tanggung sendirik!

Berbalik pada topik utama.. sekitar sambutan ramadhan dan bagaimana ramadhan-ramadhan lalu diisi, banyak sebenarnya kenangan-kenangan masa kecil yg aku x boleh lupa. Seringkali ingatan aku ni akan berputar kembali menyorot masa silam aku yg tertinggal... menggamit memori seribu suka-duka menjelang ramadan. Sama- sama kita teliti kembali diari ramadan aku..

1990

Masa ni aku dok kat Ipoh, Taman Mewah, aku x puasa pon, tapi sebok je kunun-kunun puasa. Bab yang paling aku ingat, ialah satu petang, aku baru pulang dari kedai mamak bapak kawan aku kat tabika kemas. Aku masa tuh kanak-kanak kecil yg baru nak belajar main mercun. So beli la mercun padi yang sepapan 60 sen bewarna-warni. Ada kuning, merah, hijau dan biru cair. ada kot beberapa belas, setiap satunya halus-halus je, bunyi pon x kuat mana, dan kuasa letupan pon x kuat mana gak. So sampai kat padang, kawan-kawan aku yg berusia lebih tua, dah sibuk susun katak-katak yg diorang tangkap untuk di masacre. Kitorang pon mengisi lah mercun-mercun ni kedalam mulut sang kodok yang berbaris panjang dan mencucuh untuk melihat aksi akrobatik katak melompat hancur selepas menghisap "rokok". hahahaha... kejam, tapi best. Dek kerana mercun aku mercun padi, orang lain gune mercun papan yg besar ( mercun papan ialah ayah kepada mercun padi), so aku kene taruk 2-3 biji. Tapi yang meletup sebiji dua. So patah balik kedai mamak, pegi beli mercun papan lak. Kene bawak kawan aku yg besar sikit, sebab bapak si mamak x kasi budak kecik (aku budak tadika ) beli mercun papan. So pembunuhan beramai-ramai diteruskan.....


1993-1995

Aktiviti memercun semakin rancak. Mercun dibeli dari kedai Cikgu Shahrin selang 2-3 buah rumah je. Masa tu heaven, sebab macam-macam jernis mercun aku beli. N cam biasa, mak n abah x tau activiti mercun aku sehinggalah pada suatu hari sekitar tahun 1995, di satu petang, aku berbasikal jauh dgn hafiz (engineer dah dia skg) kitorang g rumah Amsyar (xtau dia wat pe skg). Amsyar ni loaded, dan dekat rumah dia ada kedai askar pencen mmg jual mercun murah. kira hari tu dia belanja mercun. yang best tu, ble dah puas main balik-balik mak dah tunggu kat depan, aku buat cool, mak cek poket, ada lighter,kene rampas, n kene cubit. Pastu mak terus taboh aku tang-tang tu gak. Xdan nak masuk rumah pon. Dah puas ditaboh, baru lah aku tau, rupanya On telah menjadi mat port chalmers yg merepot pemergian aku berjihad dgn Hafiz n Amsyar. Oleh kerana masa smp rumah tu hujan, langit gelap, memori aku x dpt ingat mekanisme atau pun modus operandi penabohan emak. Tapi yg pasti sakit dan mgkin alat yg digunakan ialah kalau x talipinggang, hanger, kertas surat kabar gulung2, tangan, atau apa-apa benda yg boleh digunakan sebagai alat penaboh. bOh sama dia!! boh!! yepppaaaaa!!!


............bersambung la pulak..........

No comments: