Saturday, August 1, 2009

Terperangkap....

.............................................................................................................................................................................
Lokasi: unknown
Masa: 8 pm
Tarikh: 31 Julai

"Gelap sangat ni aku tak nampak apa-apa," getus Sarjan Ramzi dalam hati.

Semenjak semalam, pasukan komando elit beliau telah terpisah gara-gara ambush zon A yang gagal. Dia masih tidak dapat mengingati detik-detik kejadian bagaimana konvoi mereka diserang hendap dan dia terpisah dengan 4 orang krew anggota elit kumpulannya. Yang dia pasti, dia kini berada dalam sebuah terowong yang gelap gelita.

"Barangkali mungkin budak-budak ni pon sama-sama terperangkap di sini" fikir Sarjan Ramzi.

Dia yang sentiasa tenang cuba memikirkan cara bagaimana untuk membolehkan dirinya dapat dilihat sekurang-kurangnya oleh sesiapa sahaja yang barangkali terperosok dalam terowong sempit lagi panjang ini. Oleh kerana terlalu letih dan lesu, hampir dia terlupa yang dirinya sememangnya berkulit gelap, berketurunan India campuran sebelah ayah, dan orang Nigeria sebelah ibu, dia seawalnya telah pasrah akan warna kulit yang diwarisinya. Ibarat seekor kumbang hitam yang bergerak-gerak di atas sebuah batu besar besar hitam di dalam kegelapan malam yang hitam pekat diselaputi kepulan asap tebal. "Lebih hitam lagi kulit aku ni" itulah ayat-ayat pasrah Sarjan Ramzi memujuk dirinya yang serba hitam. Pakaian seragam kor 13 PASKAU beliau sememangnya telah bercampur aduk dengan warna-warna selut dan lumpur hitam di pangkal terowong tadi.

Sarjan Ramzi terus merangkak perlahan-lahan, sekali-sekala senyum tersengih seorang diri dengan harapan barisan gigi-gigi putihnya akan kelihatan dari jauh oleh Rescue team yang mungkin telah dihantar oleh Mejar Ghani untuk mencari saki-baki anggota Kor 13 yang berpecah dan terpisah dari konvoi ambush lewat malam semalam.

Kadang kala terasa laluan terowong kecil itu menyempit dan menghimpit tubuhnya yang agak tegap dan kejap itu. Selang beberapa gerakan, dia cuba sedaya upaya menanggalkan bajunya yang menyukarkan pergerakan menyusur rangkak lantai terowong sempit. Perlahan-lahan,
kedengaran aliran arus deras dari belakangnya yang pada mulanya sayup-sayup namun dalam beberapa saat sahaja semakin mendekati dan semakin deras.

"Ya Allah, matilah aku.. Ashhadu an la illaha illallah... " sambil menarik nafas dalam-dalam dia terus memicit dan menutup lubang hidungnya. Mungkin ini adalah nafas terakhirnya. Sarjan Ramli memejamkan kedua-dua belah matanya dengan perlahan-lahan.


.....................bersambung.......................

No comments: