Tuesday, February 14, 2012

Sehari Menjadi Cikgu

Hari ni, aku yang memang sedang menanam anggur diajak untuk menyertai delegasi cikgu-cikgu kelab bowling Sekolah Kebangsaan Seri Kerian.

"Awak join la, boleh tolong saya sambil-sambil tu boleh main".. pujuk isteriku sambil membuat muke comel.

"Hmmm.. Okay." tanpa berfikir panjang aku terus setuju.

Memang rasa seronok sekali apabila dapat join budak-budak sekolah rendah ni. Bukannya apa, dalam 35 orang budak tu.. ada macam-macam karektor. Dan karektor-karektor diorang mengingatkan aku pada setiap seorang watak rakan-rakan sekolah rendah aku.

Paling menarik apabila cikgu yang dah berumur sikit ni mula naik hantu.

Almaklumlah, budak-budak tengah naik mana nak makan saman.. lagi-lagi budak-budak zaman facebook dan twitter ni.

Isteri aku yang merupakan cikgu utama yang incharge hari ni kelihatan tenang dan ayu duduk sebelah aku.

"Dudukkkkkkkkkkkkkk!"


Tiba-tiba je telinga aku jadi bingit... rupa-rupanya isteri aku dok bertempik.

Dan untuk pertama kalinya aku beristigfar panjang melihat perubahan personaliti seorang wanita ayu, anggun dan lembut bertukar menjadi bengis, garang dan menakutkan.

"Bukan boleh bagi muka budak-budak ni... mula-mula tahan la lama-lama memang kene bertempik jugak. Kalau tak sabar memang dah kene lempang-lempang dah semua" begitulah penjelasan isteri aku dengan muka yang penuh lemah lembut kembali ke bentuk asalnya.


*** patutlah tiap-tiap hari balik sekolah penat... dan mak yang juga cikgu pernah cakap yang tiap-tiap hari selepas kelas (mengajar) dia akan ada perasaan untuk minum air sebaldi!"

1 comment:

NASEER NASA said...

romantik sungguh teman wife jaga bdk skolah..haha