Sekitar Julai 2003,
Kami ditempatkan 2 kali dalam sebulan di Pusat Asuhan kanak-Kanak Istimewa Taman Megah, PJ untuk aktiviti external CAS ( creativity, action, & service?) Aku dah x ingat apa nama panjang CAS, tapi yg pasti, semua aktiviti CAS ni ialah aktiviti2 ikhlas rela dari hati dan lillahi taala. Sepatutnya!
Tapi disebabkan kolej dah letakkan wajib cecah 150 hours CAS hour maka rata-rata yg buat CAS nawaitunya adalah lil 150 CAS hours. Ada jugak yg terlebih nawaitu mereka sampai CAS hour mencecah 500 hours dan ada yg sampai 1000 jam ! Gila? atau mulia?
Aku pon x ingat macam mana, samaada aku sendiri volunteer pilih atau maybe tercampak secara paksa kat Taman Megah ni. Dimiliki oleh non-profitable organisation dan rata-rata kanak-kanak disini semuanya menghidap chronic illness seperti Down syndrome, ADHD ( attention deficit hyperactive disorder) , spina bifida, buta, autism, hydrocephalus, dan lain-lain lagi.
Biasanya kami akan spend masa dari pagi smpai ke tengah hari kat sini. Memang mati akal lebih-lebih lagi 1st day. Sangat-sangat awkward! Balik je je kolej, aku dan kawan-kawan rasa sangat2 letih seperti baru pulang dari sebuah planet makhluk asing di angkasa lepas. Mana taknya, ada macam-macam bentuk,rupa, dan habit yang pelik2 yang kitorang x pernah jumpe kat bumi. Ada baby conehead ( hydrocephalus), kenan beruk, dan macam-macam bentuk alien.Tenaga badan dihisap kering sampai pancit .Terasa macam kene kenan atau badi masa first day kat sana.
Tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, lepas lebih kurang 1 semester ke Taman Megah, aku dah mula sayang budak-budak tuh dan rasa tiada yg cacatnya pada mereka. Bermacam-macam aktiviti dianjurkan setiap kali group kami ke sana. Rasa sangat-sangat seronok masa tu dan terasa betapa tuhan menciptakan aku yg sempurna ini untuk berkongsi kebahagian dengan mereka yg istimewa sampaikan aku x sabar tunggu hari Rabu untuk ke Taman Megah. Setiap kali balik kolej aku muhasabah diri, berdoa mintak Allah berikan kebahagiaan dan kegembiraan pada kanak-kanak tersebut dan semoga masa depan mereka semua cerah seperti kanak-kanak lain..
Sekitar Mac-April 2004,
Tiba giliran aku dan 2 orang kawan menganjurkan aktiviti. Penat berfikir last2 kitorang decide untuk buat Art day. Dah byk sangat repitition sebelum ni asyik2 nyanyi, nyanyi, nyanyi... meluat dan bosan gila! Aku naik menyampah lagi meluat sebab makin ramai kanak-kanak ditempatkan disitu dan mereka adalah Melayu!
Semua orang tau kot yg aku sgt suka dan sayangkan kanak2 tapi kenapa aku rasa meluat dan menyampah?
Populasi kanak-kanak meningkat di sana disebabkan ramai kanak-kanak sehat, normal yg diabaikan dan ditinggalkan oleh ibu bapa yg x bertanggungjawab. Boleh kata setiap bulan ada je muka-muka baru yg muncul yg mmg x nampk langsung cacat celanya. Sekecil2 satu bulan sehinggalah sebesar-besar 10 tahun.
Art Day yg aku anjurkan sangat-sangat mengesankan sehingga hari ni aku makan dalam dan rasa sangat ralat. Mahu saja rasanya aku patah balik dan organise Art Day yg special untuk seorang budak lelaki ni yg aku rasa elok aku namakannya Kamil....
Kamil bermaksud sempurna iaitu perfect dan tidak ada cacat celanya. Terang lagi jelas sesuai sangatlah nama Kamil ni dengan seorang muka baru pada hari itu.
Masa aku sampai pagi tuh kamil tengah breakfast kat dalam dgn budak2 istimewa yg lain. Dalam dok asyik melukis, mewarna, stamping ubi kentang dgn kanak-kanak lain, aku perasan ada muka baru yg join aktiviti kitorang.
(Hmm.. anak buangan lagi. Ingat ni rumah anak yatim ke) aku emo sorang2.
Ada la sorang dua gadis2 group aku yg terkial-kial mintak itu ini alat2 melukis untuk Kamil namun aku wat xtau.
"Ada otak, ada tangan, ada kaki, dah besar pon kot dah nak masuk sekola menengah. Suruh budak tu ambik sendirik"
Maybe sebab suara aku agak kuat, sampai semua orang boleh dengar, Kamil yg duduk lebih dekat dengan aku berbanding gadis-gadis memanjangkan tangannya ambil alat2 mewarna air dan kentang apa yang patut sambil aku menjeling dan mencebik bibir.
Aku menjadi lebih emo terus belah lepak kat meja main lukis-lukis dgn kanak-kanak yg lain yg boleh berkomunikasi . Mengecap kentang lebih kepada aktiviti dengan kanak-kanak yg dah flaccid ( longlai) dan vegetatif ( xleh bergerak) di mana kitorang riba dan sambil membantu pegang tangan kanak-kanak ni dan mnyiapkan hasil seni. Setiap kali permukaan kentang yg bersalut water color mencecah kertas lukisan, pujian-pujian seperti "clever boy" , "pandai", "cantiknya" akan terpacul dari mulut kami. Setiap kali itu jugak lah semacam ada respons dari mereka seperti senyum dan anak mata yang bersinar memandang kami dengan penuh bahagia.
Kalau ikut hati nak je aku stay main cap2 kentang yang lebih rewarding dan inspiring. Tapi dek sebab Kamil yg "cacat" dan beberapa budak buangan lain yg "istimewa" lah sangat, aku membelah kan diri.
(Aku datang sini tempat ni bukan untuk korang! )
Main lukis-lukis kat meja pon best jugak.
" Adik suka apa? "
"owh, fish.. " aku tanya dan aku jawab sendiri sebab budak2 tu jawab dgn bunyi2 vokal yg x difahami. dan aku pon lukis la fish. Sesi soal dan jawab sendiri berterusan dan budak-budak tu akan bertepuk tangan dan sangat2 excited lepas aku lukis kat derang sorang-sorang. Sampai kan aku dah naik bosan kawan-kawan aku yg tolong jawab
" I want girlsss..." " I want to get married" " Abg nak duit"
Hampess..
"Abang, nak dolphin" ntah mana datang suara, bukan suara gataii member2 aku. aku pon toleh.
(Lahanat kau Kamil. pe jadah ko main kat sini. Potong setim betoii)
"Aku x pandai lukis. Sorry " sikit pon aku x pandang budakKamil tuh
"Tu yg banyak2 kat derang tuh.. sape lukis? " kamil cuba nak pau jugak suruh aku lukis.
"Tu derang yg lukis sendiri. Apa ko ingat orang cacat x leh lukis cantik-cantik ke. orang x cacat bole lukis lagi cantik la patutnya" aku kasi ayat makan dalam supaya budak-budak yg x cacat ni sedar diri sikit.
Dalam beradegan drama sebabak, hon bas bunyi. kitorang packing2 barang.
"Abg nanti lain kali lukis ek. Saya nak kene siap-siap pegi sekolah" Kamil yg pasrah gulung kertas lukisan kosong dia dang digenggam kemas.
"em.. ye lah. tgk la cane kalau aku free". aku dah start jalan menuju pintu pagar dengan kawan2.
Aku melangkah laju nak belah cepat-cepat naik bas balik kolej. x mau aku buang masa layan budak-budak yg x sepatutnya. Patutnya budak-budak ni stay kat rumah dan parents or abang derang yang patut layan nak lukis ke nak gusti ke nak apa.
Masa aku dah naik tangga bas betul-betul dekat muka pintu sebelum masuk, aku toleh belakang.
Sekilas pandang, Kamil dah siap berbaju sekolah dan berseluar hijau sekolah menengah. what the? ( nasib baik aku x lukis dolphin untuk ko!)
Lepas habis sarung kasut sekolah kaler putih, Kamil mengatur langkahnya, slow dan macam x bergerak sangat.
Senget, terhencot-hencot. Kedua-dua belah kaki Kamil seakan mengengkang terbuka dan yang paling menyentap tangkai hati aku ialah apabila melihat Kamil cuba pegang dan angkat kaki dia dengan tangan supaya dia dapat melangkah.
Terasa basah pipi aku bila terlihat langkah-langkah Kamil persis " dolphin" dan pasti hati kecil Kamil terguris bilamana aku dengan sangat kerek lagi angkuh xnak lukiskan dolphin untuk dia.
Sekali aku berpaling,
baru aku tersedar yang Kamil sebenarnya tidak layak dipanggil Kamil kerana Kamil lebih istimewa dari "kamil" dan terlalu istimewa untuk dilayan sebegitu rupa. Kamil lebih "kamil" dari aku yang berhati busuk dan suka men"judge" orang x tentu pasal.
** Kamil sebenarnya menghidap penyakit saraf kronik yang menyebabkan kaki dia lembik seperti pesakit spina bifida. Tumbesaran mentalnya x terjejas tapi dari segi fizikal, Kamil lebih kelihatan seperti budak darjah 3 atau 4 walaupun hakikatnya Kamil berada di tingkatan 2
Kamil sering diejek "dolphin" oleh rakan-rakan sekolahnya kerana kakinya yang cacat namun Kamil menjadi budak yang lebih cekal dan kuat semangat semenjak menumpang separuh hari di Taman Megah setiap hari persekolahan. Hari tu lah 1st and last aku jumpe Kamil setelah 2 minggu dia di Taman Megah sebab lepas tu dengar kata parents dia berpindah ke negeri lain dan mereka nak hantar dia ke sekolah yang lebih baik.
Sampai hari ni aku x boleh nak maafkan diri aku yang x peka. Insiden Kamil membuat kan aku sedar yang sesuatu yg " kamil" pada pandangan mata x semestinya "kamil" pada hakikatnya... bak kata orang-orang tua " nothing is perfect!"