Friday, September 16, 2011

Mencari 6 pack

4 hari lepas aku sedar perut aku dah terjojol setelah sekian lama aku tak kelebek perut ni.

Semua ini dek terlalu memanjakan perut di bulan puasa dengan makan yang sedap sedap waktu berbuka dan melantak di tengah malam sebelum tidur sebagai backup sahur.

Sedar tak sedar masa sambutan raya tempoh hari, nafsu makan aku mengalahkan nafsu syahwat seekor kuda jantan.

Memang jahanam.

Natijahnya, keseronokan sebulan bakal memberikan aku imej lelaki boroi tidak hensem dan gila seks.

Disebabkan semangat juang yang tinggi untuk tidak di salah label, aku membuka balik kitab-kitab suci menurunkan badan.

Lalu, aku bertekad untuk mengira jumlah kalori, makan berjaga-jaga dan memperbanyakkan senaman.

Sesungguhnya sifat hangat-hangat tahi ayam itu di benci oleh kawan-kawan.

Sembang lebat juga dibenci oleh adik-adik.

Oleh itu, aku pun pergi la ke gym selang sehari bermula awal minggu ini.


Apa yang aku buat di gym?

Aku tak buat banyak cuma buat cardio ( selang-selang naik basikal, berlari atas angin dan threadmill) dan kemudian ada la buat weight sikit-sikit nak tone balik muscle yang dah lari.

Satu hari, kira-kira 2 hari yang lepas,
aku decide nak buat la sikit senaman perut.
Seperti yang aku cakap tadi perut aku dah terjojol.

"Abang, kenapa abang sorok kuali dalam baju? " tanya seorang pelajar junior.

"kau nak abang ambik kuali ni hempok kepala kau?" jawab aku dalam hati.


Lalu aku pon pergi gym dengan tekad tidak mahu lagi hidup di lembah kehinaan.
Aku naik threadmill.... dah 30 minit aku stop.

Aku cari port baik, aku nampak ada awek cun jugak dok sit up.. ok lah, bole aku tumpang sit up sebelah dia..

Uh ah uh ah jugak la ... ya lah, dah lama tak sit up ni. ada kot 6 bulan. Sebelum ni harapkan main bola petang-petang je la, perut aku dah kecik.

Tiba-tiba datang seorang mamat, " owh,, this is wrong.. bend your leg closer... harder..."

Dia pon memperkenalkan diri dia sebagai Jass, mamat dari india, kerja di US dan mengembara ke serata Kanada dan kini New Zealand.

Player kelab bola dan personal trainer rupanya.

Habis nak pecah perut aku dia tibai suruh buat beberapa set senaman dan aku dengan tekun ikut semua . Bukan senang nak dapat personal trainer datang bagi training free.

Dah habis semua siri, mana tah mamat tu blah, aku pon pergi join ada Malaysian main ping pong.

"kau ada jumpe mamat sorang ni, bla-bla2.... india... bla2 main bole kelab divisyen bla2... kat Us lama...?." Afiq tanya aku.

"ada, baru je abis tadi dia bagi sikit training... asal?"

"kau xrasa ke dia x de slang Us... macam bohong je" Afiq sambung lagi..

"Err.. betul jugak... badan dia pon biasa je... "

Damnnn...

Sampai hari ni perut aku jadi ketat dan sakit yang teramat sangat...

Nak berak pon susah... memang sah, aku kene rogol dengan mamat random putar alam exercise apa jadah aku baru nak turun-turun panas badan...

So sekarang ni dok terngiang-ngiang kata-kata mamat tu penuh confident " you are going to have a good night sleep" dengan slang india pure..

Lahanattttttttttttttttt.........

Sikap terburu-buru dan terlalu percayakan stranger akhirnya membawa myalgia di perut...
untuk sedapkan hati, aku suruh kawan-kawan bisikkan kat telinga aku sebelum tido...

"sakit sikit je macam semut gigit.... tu six pack dlm perut tu tengah tumbuh tu, memang sakit sikit.. lagi-lagi akar dia yang tumbuh dulu...."



1 comment:

ihsan_huhu said...

mahukan awek, jantan yang kau dapat