Monday, October 24, 2011

Tulah Kerengga

15 tahun yang lalu, aku punya nakal memang boleh buat Mak-mak sakit jiwa.

Kenakalan aku bukan takat libat diri sendiri, abis adik, atok, nenek , jiran semua terlibat.

Satu hari masa bulan puasa sebab tak ada kerja punya pasal, aku merayau-rayau di halaman rumah sendiri.

Oh ya, masa kami baru berpindah ke Alor Setar, jiran lama sangat kuat berkebun. Habis dikebunnya seluruh halaman.

Sakneka-makneka sayur-sayuran abis ditanam oleh jiran lama.

Oleh kerana abah dan mak ketika itu mengamalkan gaya hidup penuh penuh Obes, habis jahanam laman sayur-sayuran dek tak terjaga.



Sebelum kebun sayur di halaman mati tak terurus, terdapat seribu satu jenis serangga yang bermain-main di situ.

Almaklumlah, di mana semut, di situ ada gula. Dan di mana ada taman , di situ ada banyak serangga.

Serangga yang paling aku benci ialah kerengga. Kerana gigitan kerengga mampu membuatkan scrotum anda besar sebelah. Lebih-lebih lagi jika kerengga itu datang dari rambutan yang dimasukkan ke dalam seluar oleh sepupu anda yang khianat.

Tambahan pula, bau kerengga seperti bau lidi cucuk sate yang baru dibuka dari pek membuatkan kebencian aku meluap-luap.

Di satu sudut halaman, betul-betul di pangkin pokok peria, kelihatan ratusan ekor kerengga bergerak secara berkumpulan dalam baris-baris yang dah macam lingkaran lebuh raya MRR2.

Ada yang bertiga, ada yang berempat , ada yang berlima dan tidak kurang juga yang keseorangan jenis tak nak ikut cakap ketua. Main sedap hati je bedal buat laluan sendiri.

Aku masuk ke dalam rumah, aku ambil seketul tulang ayam dan kemudian aku gantung betul-betul di tengah-tengah laluan kerengga tersebut. Kelihatan mereka mula mengerumuni tulang ayam tersebut.

Melihatkan mereka sangat bahagia menyedut zat-zat tulang ayam tersebut, aku pun berlalu masuk ke dalam rumah.

Sekian

2 comments:

Anonymous said...

Hahah.. lawak la..

ihsan_huhu said...

aku rs ko dh gile blk r