Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

Tazkirah Ramadhan 3- Malam 7 Likur




Pelita minyak tanah penyeri 7 likur


" Malam ni Alhamdulillah dah masuk malam ke 23. Di manakah kita?" Soalan peveret orang-orang kuat usrah kt fb or status ym. Yang mungkin menyindir orang lain x cukup beramal sebab dia beramal banyak sgt kot. Mungkin juga dia nak ajak org lain sama-sama beramal. Oleh itu, ingin sekali aku olah sedikit perkara ini.

Bagus sekali temanya disitu, di mana beliau mengajak kita sama-sama menghidupkan 10 malam terakhir ni. Kalau dalam Bahasa org Melayu kita panggil "Malam 7 likur".

Apakah malam 7 likur? Bongok betul.. kan aku dah kata tadi, 10 malam terakhir la.

Kalau di kampung-kampung, time-time ni lah best, sebab meriah betul orang-orang kampung pasang pelita minyak tanah. Orang bandar mungkin lebih UP lg.. uptown girl lah katakan, so dipasangnya lampu liplap pokok krismas tu. Xkesah la. Yg pastu semua orang bersama-sama nak memeriahkan suasana 10 malam terakhir ni. Teringat zaman kanak-kanak dulu di kampung aku struggle naik motor g cari tempurung kelapa. Pacak besi panjang kat tanah. Lepas tu susun tempurung-tempurung sampai tinggi dan bakar! cool abeszz siot. Juga malam-malam akhir ni juga di masjid-masjid ramai sungguh orang-orang kampung yg tua-tua ganyut la, mengaji quran qiamullail dan mendengar tazkirah pak imam. Yg muda lela? cam biasa, wat ghaplah dulu... nanti dah ganyut baru la p surau. BPH!!


Jika dibiarkan, bakal membiakkan aedes. ayuh bakar!!


Itu kisah di kampung-kampung. Di bandar pula bagaimana? Ntahla, aku orang kampung, orang hulu. Xpandai cara hidup di bandar ni ha. Tp aku yakin, begitu sebok sekali di rumah-rumah, yg buat kuih raya bkn main pulun takut xsempat. Yg buat bisnes kuih lagi la, x mnyempat. Nak hujung Ramadhan dah ni. Peduli hape 'duit-duit akhirat' , mata ni dok nampak duit-duit duniawi. Customer pye order banyak lagi ni. So terkebil-kebil x tido malam qiamul-lail wat kuih utk bisnes. Layan je la... Gawat kang skang.

Ada juga yg dah sebok nak ngecat rumah. Kalau rumah tu boleh maki. dia dah cakap PUKI!! asal lak rumah pn nak carot ni? ye la, dah 3 kali kot kene cat tahun ni. Hari tu anak sulong kawin cat warna merah. Pastu ada kenduri arwah cat warna hitam lak, nak kabung la konon-kononnya.. tapi last skali, nak raya ni, dia nak cat warna-warni. Nak lawan jiran sebelah.

Apa lagi ek, haaa...
Yg makcik makcik sebok nak tukar langsir, tukar karpet, tukar kerusi, tukar sume la. laki derang nak tukar bini x bg la pulak.

Berbalik pada isu pokok, malam 7 likur ni, kita sebenarnya nak cari. Cari peluang yg Allah dah bagi kat umat Muhammad SAW . Iaitu lailatul qadr. Segala amalan di malam itu dilipatgandakan ke seribu bulan. Kalau buat kuih tu, satu balang untung RM 30, buat seratus, so untung RM 3000. Ko darab la seribu lagi makcik oii... pastu ko darab 30. Xke kaya ?? Kita ni umur x panjang pakcik2 makcik oiii, sebab umur kita x sampai beratus tahun cam umat-umat nabi Musa A.S dan nabi-nabi terdahulu yg derang hdup ada yg sampai 6 -7 ratus tahun. So nape x nak gunekan shorcut yg Allah dah bagi?

Juga kita ni yakin ke?adakah engkau yakinnnnnnn.,..... ini cinta..... adakah engkau pasti... lalalalalalalalalalala.....

Adakah kita yakin yg kita akan hidup lagi dan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan? Wallahua'lam. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yg buruk tu datang dari kedhaifan diri aku sendiri. Selamat beramal!


Bhgn 1
Bhgn 2


Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah Ramadhan 2- Panduan Menjelang Peperiksaan

Entry kali ni aku nak tujukan khas untuk cikjam@Ajam yg bakal menduduki UPSR xlama lagi. Walaupun ianya berkenaan dengan peperiksaan, mungkin pada pandangan mata fikiran korang xde kene mengenanya dengan Ramadhan, korang sememangnya silap!!

Apa kejadahnya aku nak citer pasal panduan menjelang peperiksaan? Actually, ini lebih kepada amalan-amalan yg menguatkan jiwa, rohani, dan hubungan kekeluargaan. Yg mana bagi kita umat Islam tersangat-sangatlah penting. aku ulang. tersangat-sangatlah penting.

So, disini aku pastekan, juga koleksi aku 5 tahun lalu, Alhamdulillah, sangat2 berguna dan banyak membantu aku dalam menghadapi peperiksaan. Boleh lah anda semua mencuba. dan cikjam, gunalah bulan Ramadhan ni untuk melatih diri membina kekuatan rohani, dekat diri dengan yg Maha Pencipta. InsyaAllah, x rugi.... kerana di situ usaha mu akan di berkati.

................................................................................................................................

Assalammualaikum TM dan Semua,


Inilah yang saya dan suami lakukan ketika anak-anak kami mendudukki peperiksaan dan untuk lebih senang difahami saya tuliskan format ini dalam bentuk point.

1. KEHARMONIAN. Point yang pertama ini TERAMAT penting bagi ibubapa iaitu wujudkan KEHARMONIAN dalam rumah. Ibubapa jangan bertengkar semasa sendiri begitu juga anak-anak yang lain yang tidak mendudukki peperiksaan, jangan bertengkar tetapi hendaklah mewujudkan suasana ceria



2. SOLAT. Jangan sekali-kali meninggalkan solat samada ibubapa ataupun pelajar sendiri. Iringi solat fardhu dengan solat sunat. Sebelum melakukan solat-solat sunat yang lain dahulukan solat sunat taubat dahulu agar diri kita bersih dari dosa samada kita sedar ataupun tidak. Bila diri kita bersih InsyaAllah mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita agar anak ataupun pelajar itu sendiri akan mendapat keputusan cemerlang.




3. DOA. Ibu-ibu berdoalah seberapa banyak yang termampu untuk anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Saya lebih tekankan ibu dari bapa kerana doa ibu lebih dekat dengan Allah kerana sifat yang Allah kurniakan pada kaum wanita iaitu lebih bersifat penyayang dan emosional



4. AL-QURAN. Samada ibubapa ataupun pelajar amalkan membaca ayat quran walaupun sebaris ayat sehari. Jadikan amalan membaca al-quran dalam kehidupan seharian.


5. MAKANAN. Jika mampu sediakan sendiri makanan untuk anak-anak kerana apa yang selalu saya amalkan sambil memasak saya akan berzikir dan berdoa kesejahteraan di dunia dan di akhirat untuk keluarga saya.


6. KEBERSIHAN. Jagalah kebersihan dalam rumah, supaya anak akan lebih merasa selesa/tenang dan bila selesa/tenang akan melahirkan rasa rajin untuk mentelaah pelajaran. Pastikan kesihatan anak-anak dalam keadaan baik


7. TV/RADIO. Hadkan masa untuk menonton TV ataupun mendengar radio. Dalam rumah saya dari hari Isnin hingga jumaat TV tidak dibenarkan dan jika suami ingin menonton berita beliau akan menonton TV di dalam bilik tidur.


Hari Sabtu dan Ahad saya memberi mereka kebebasan tapi masih mengawal rancangannya. Walaupun dari Isnin hingga jumaat tidak boleh menonton TV tapi saya menggalakkan mereka membaca surat khabar melayu/inggeris agar mereka tidak ketinggalan hal ehwal semasa.



Ini mungkin nampak keterlaluan tapi jika anak-anak telah terbiasa dari kecil lagi mereka dengan sendiri akan mendisiplin diri mereka. Sekarang saya tidak perlu mengingatkan mereka supaya jangan membuka TV.


8. TEMAN. Walaupun saya tidak pandai tentang subjek-subjek masakini (dah lama tinggal bangku sekolah) saya masih duduk bersama mereka ketika mengulangkaji dan menyediakan minuman panas seperti milo ataupun holick dan saya elakkan memberikan mereka minuman yang mengandungi kafein. Sambil menemani mereka saya akan membaca buku/kitab dan paling tidak pun nove


MENJELANG HARI PEPERIKSAAN




9. CUTI. Digalakkan agar ibu mengambil cuti semasa anak-anak mengambil peperiksaan kerana kebanyakkan anak-anak lebih selesa dengan ibu kerana ibu walaupun perkara itu remeh sekalipun dia tetapkan akan mengambil berat.



10. ALAT TULIS. Walaupun anak telah meyediakan kesemua kelengkapan peperiksaan tapi sebagai ibu, hendaklah kita memeriksaan sekali lagi termasuk IC dan juga slip peperiksaan.



11. TIDUR. Suruh anak tidur awal termasuk diri ibu sendiri agar tidak terlewat bangun pagi. Bangunlah awal sedikit dari hari biasa.




12. SARAPAN. Kebiasaan saya setiap kali anak-anak saya akan ke dewan peperiksaan, saya akan menyediakan sarapan pagi dengan buah-buahan contohnya betik, jambu batu/air dan saya elakkan buah-buahan yang berasid.


Di samping itu juga saya akan menyediakan bubur nasi yang dicampur dengan ayam ataupun ikan, kentang (macam bubur asyura) yang pasti sarapan yang mengandungi protein dan saya akan elakkan sarapan yang pedas dan berminyak.


13. AIR KOSONG. Saya akan bekalkan anak saya dengan air kosong kerana otak anak memerlukan oksigen dan yang pasti air itu tidak tercemar dan memudaratkan kesihatan anak saya.


14. MELANGKAH. Ketika anak melangkah keluar rumah pastikan anak-anak memohon ampun dan maaf dari ibu/bapa. Selepas anak saya memohon maaf saya akan membaca doa di kepalanya agar Allah melapangkan dada dan tenangkan fikirannya ketika menjawab soalan kemudian saya ikuti dengan membaca Ayatul Kursi dan saya memaafkan segala kesalahannya dan menghalalkan segala-galanya. Suami saya akan melakukan perkara yang sama dan memberi minum air yassin yang dibacanya sendiri.



15. AWAL. Pastikan sampai di pusat peperiksaan setengah jam lebih awal dari masa peperiksaan agar anak dapat melapangkan fikiran mereka.


16. WUDHU. Selalunya saya yang menghantar anak saya ke dewan peperiksaan Apabila sampai di pusat peperiksaan saya akan menyuruh anak saya mengambil wudhu agar dirinya sentiasa bersih dan mudah-mudahan Allah lindunginya dari gangguan syaitan yang sentiasa mengoda manusia.


17 PESAN. Saya tidak akan menasihatkan/berpesan kepada anak-anak saya di saat-saat akhir beliau akan mendudukki peperiksan. Saya hanya ucapkan 'SEMOGA ALLAH MEMBERKATI ANAK IBU' ketika mereka keluar dari kereta.


18. PERANAN IBU DI RUMAH. Selepas menghantar anak ke pusat peperiksaan saya terus pulang ke rumah. Ketika anak saya berhempas pulas di dewan peperiksaan saya pula akan berhempas pulas di rumah dengan menunaikan solat sunat taubat/hajat serta berdoa untuk kecemerlangan anak saya dan seterusnya saya akan membaca al-quran.


19. MAKAN TENGAHARI. Saya akan masak untuk makan tengahari dan kemudian akan membawa bekal makanan untuk anak saya yang sedang menghadapi peperiksaan jika peperiksaan sehari suntuk. Saya menemaninya makan di kantin.






Sama-samalah kita berdoa semuga anak-anak kita berjaya dengan cemerlang.

SOLEHAH
....................................................................................................................................

Terima kasih aku ucapkan kepada saudari Solehah. kiriman anda amat bermakna sekali. Renung-renungkanlah... Selamat Beramal!

>p/s: Sorry la panjang nak mampos...dah nama pon tazkirah, mestilah panjang ngok!! aku saja je nak uji kesabaran korang membaca .... Assobru minal iman!

Sunday, August 23, 2009

Tazkirah Ramadhan 1- Akhlak Rasulullah SAW

Terasa tenang sekali hati ini, mungkin ramadhan kali ini penuh sinar berbanding Ramadhan2 aku yg lalu yg boleh dianggap telah aku sia-siakan. Walaupun x byk persiapan macam orang lain, dek kerana kesihatan yg x mengizinkan, tp at least, boleh dilihat bagaimana pada peringkat awal ni, aku sangat2 berpuas hati. Orang lain mungkin dah betul2 prepare even sebulan sebelum, dengan kad muhasabah diri, program2 qiamullail, puasa-puasa sunat dan sebgainya. Tahniah!

Xperlu cakap banyak lagi, aku nak kita sama-sama kenal rasul kita. Junjungan besar kita, Muhammad SAW. Banyak sifat-sifat peribadi baginda yg belum kita contohi. Berikut adalah beberapa yg aku pernah copy dan simpan 5 tahun dulu. Sayang, dah 5 tahun baru aku bukak balik, tapi sekurang-kurangnya masih ada ruang yg Allah beri. Paling tidak, dapat lah kita cuba contohi kalau x semua, mgkin seberapa yg mampu. InsyaAllah.


Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita
Terang-terang, aku copy dan paste, Maaf aku ucapkan kepada penulis asal. Aku xingat . Moga ilmu yg encik/cik penulis asal tulis, Allah yg balas ganjarannya.