Wednesday, July 29, 2009

83 Harrow part II

Episod Lepas

83 Harrow Part I

.....................................................................................................................................

Semenjak isteri si drug dealer ni balik, kehidupan kami kembali membujang. xtau la dah bape hari aku dok menelan megi, rambut aku pon dah kerinting cam megi.. huhuhu...neway, hr ni aku msk gulai telor makanan kegemaran si perogol. hehehe.. xkesah la, janji cepat masak dan cepat di makan. Masak banyak-banyak tapau untuk esok dan lusa dan tulat tungging terbalik terbongkang periuk belanga sume. hahaha.. actually, aku bkn nak merapu pasal makanan atau pasal megi atau pasal swine flu tapi pasal 83 harrow..

Kalau dikaji betul-betul kenapa 83 Harrow bukan 55 Arrow? Sebenarnya aku dah berjaya pecahkan kod rahsia yg chuck ( watak kegemaran drug dealer) sendirik xleh nak pecahkan. 83 tu mewakili jumlah ahli underground rumah kongsi kitorang. x caya? 83 ( 8-3=5) .so 5 org penghuni. hahaha.. bodo betul kalau sape yg percaya. Afiq anak nureen pn bole wat. Harrow tu bahasa pelat anak-anak orang maori mix dengan yahudi bermaksud Hero. so kesimpulanny dari awal lagi aku cube untuk menceritakan kat korang kehebatan 5 orang hero. Macamana cerita dia? Macam ni....

Kelihatan dari jauh, 5 orang anak muda berjalan beriringan. Mereka ialah si Drug dealer, Bisnesman, Pecinta komik, Seniman dan yg paling hero ialah Kapitan. Setiap hero ni ada kelebihan masing-masing kalau dalam tV cter heroes ke power rangers ke apa-apa la, kan ada super power. Tapi sebabkan mereka sume ni x ma'sum, maka sifat-sifat super power mereka adalah lebih kepada skill2 yg lebih up dari kalangan manusia-manusia average yg lain. Ala- ala genius @ ulamak dalam bidang masing-masing. Dan harus diingat bidang-bidang ni bukan bidang-bidang major degree yg mereka pelajari, tapi bidang-bidang kokurikulum yg x diajar di mana-mana univesity, sekolah, kolej, buku teks atau nursery.


Mitsubishi Galant jagaan seniman



Nissan Pulsar hasil keringat si Drug dealer


Kumbang hitam ( toyota trueno) tunggangan pecinta komik


Ferrari mewah ( toyota cavalier) keunggulan seorang Bisnesman



Inilah dia knight rider sang Kapitan (Mazda familia)


aku letih la, nk mandi manda siap-siap gi library, nnt bile-bile aku sambung.


Episod Lepas

83 Harrow Part I



Tuesday, July 28, 2009

Hobi Lama

Selongkar-selongkar hard disc.. terjumpa gambar ni. Gambar dulu-dulu masa aku bosan kerja kat orchard petik buah. Aku ada la melakarkan sedikit bakat aku kat atas sketch book dan sempat rakam. Harap-harap ada masa lapang untuk meneruskan hobi lama kalau x sia-sia kot bakat yang tuhan bagi tu. Korang banding la 2-2 gambar kat bawah ni sama x? :)


Gambar tipu



Gambar betul

Monday, July 27, 2009

Home Sweet Home

Lately ni aku manjang x berapa sehat dengan bz dsbgnya.. Nasib baik la aku xada anak bini.. hmm.. hari ni pon aku bz gile sampai balik bilik letih x de napsu nak ngemas. Maybe kalau bilik aku ni boleh mencarut dah lama dah dia mencarut haram jadah selsema babi sume kuar.

huhuhu.. sorry la bilik. Aku belum ada mood nak kemas kau. Aku nak siapkan kes-kes tertunggak dan terhutang, lagipon minggu depan aku dah nak exam n ada presentation. Rasa macam xcukup masa untuk buat banyak benda.

Sehari 2 x berak sekali berak dah setengah jam. Dah rugi xpasal-pasal sejam buat berak. Dah la rugi masa, tenaga jgn cakap lah. So bilik, ko marah la usus aku sebab susah sangat nak kuarkan tahi. Akibatnya aku keletihan meneran dan hanya mampu duduk keletihan menghadap laptop ni.kekekekekee.....



Gumpalan baju akibat puting beliung yg menceroboh bilik



Penghantar surat khabar tersilap baling megi


Dah tunggang langgang resit-resit bercampur dgn notes



"randomnity"



Emac yang suke menyorok semenjak dirinya dah terjual



teka-teki: Siapakah yg menjumpai cereal aku?
Jawapan: Siapa yg menjumpai cereal aku bagi cepat aku nk bfast ni. huhu



Penemuan alat-alat pemujaan yang digunakan oleh mona fendy



Macam-macam ada semuanya within reach. bisa dicapai.


Nanti lepas aku dah pimp bilik aku, aku buat entry baru pulak. Ala-ala casa impian gitu.

Saturday, July 25, 2009

Pak Syed in Memory..

Takziah aku ucapkan buat makcik Dah sekeluarga di atas pemergian suami dia yang tercinta Allahyarham Pak Syed. Innalillahi wainnalillahi rajiuun. Kali terakhir aku ucapkan ayat ni masa dekat camp JUNZ masa aku berteka-teki dengan Ustaz Fauzi Asmuni. Pada adik-adik yang x sempat kenal Pak Syed, maybe mak ada banyak cerita-cerita lawak masa aku kecik-kecik dulu yang ada kaitan dengan Pak Syed. Banyak yang aku dah lupa. Paling aku ingat, arwah Pak Syed pakat dengan Mak cik Dah dan Kak Wa pakat ramai-ramai tipu kenakan aku cakap dah bagi Tiger kat jiran. Lawak gile bile ingat-ingat balik. Aku balik sekolah terus pergi rumah Mc Dah sebab petang tu kitorang (aku dengan yah) memang nak bawak Tiger yang masa tu baru berapa minggu je balik rumah. Bunyi loceng terus lari balik rumah Mc Dah. Sampai-sampai, adik beradik tiger semua ada kecuali dia. Pak Syed dengan Mc Dah selamba je bagitau kata Udin lambat sangat. Sape suruh balik sekolah lambat, dah bagi kat orang lain. Aku masa tu ada penyakit sebak terus sebak dan nangis. Hahahaha.. agak-agak dah puas tengok aku nangis baru diorang suruh Kak Wa bawak keluar Tiger kasi kat aku. Aku sangat-sangat berterima kasih kat Pak Syed dan Mc Dah sebab tumpang kan kitorang, jaga kitorang, macam anak-anak sendiri, siap ada belikan pinggan dan kerusi khas ada tulis nama Udin & Yah. Kalau raya je mesti dapat baju ke apa-apa. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Mc Dah sekeluarga. Al-Fatihah

Monday, July 20, 2009

Surat Seorang Ibu



Thanks to Munir Muji sebab post kan this video on my facebook wall. Khas untuk tatapan adik-adik tersayang. Sayangilah ibu kita!

83 Harrow..

Haram jadah tol... aku cuti lama sangat sampai dah rasa malas dan x berapa nak semangat. Letih keje kat wad petang tadi kot. Ingatkan sebab aku memang malas rupa-rupanya pasal ubat x makan lg. Huhu..Maka terpaksalah aku keluar dari library pergi ke kereta ambik stok ubat kecemasan. Tadi lepas dinner cikyun dah berletiaq suruh makan ubat tapi baiasalah, manja dan mengada-ngada punya pasal aku buat tergagai dan langsung terlupa nak makan. Akhirnya adoi sakit kepala aku pon dah lega. hahahaha. Happy aku sampai tergelak besar dekat comp area nih. Teringat petang tadi masa jalan pergi magrib dengan saudara aminuddin sharifuddin, dia cakap 83 Harrow memang legend abes. Nak tau x kenapa? Apakah dia 83 Harrow? Tunggu sambungannya selepas iklan pistol aku. hahahaha

Saturday, July 18, 2009

Mastika Aurora






Tahun ni rasa macam something kurang sebab aku x terlibat dah dengan projek-projek ilustrasi. Sebelum-sebelum ni pon aku banyak bikin sendiri je, untuk kepuasan diri dan frame elok-elok dan hadiahkan dekat orang. Kebetulan pulak kenal dengan kak Dlynn last year, so ada la motif sikit lukis-lukis untuk ilustrasi novel Mastika Aurora dia. Maybe lepas ni aku nak buat projek novel ilustrasi aku sendiri kot, tapi x tau lagi tajuk dia apa.. hahaha.. best gak kalau buat citer perang-perang ke, pembalasan dendam dsbgnya.. ala-ala filem epik Last Samurai, Defiance, The Patriot, etc.. Nanti dah up and pro boleh kot nak demand tinggi-tinggi, at least ada back up profession kalau la dah malas jd doc nanti :)

Friday, July 17, 2009

HaPpY biRtHdAy eMaK!! I Lap U!!


Semalam tanggal 16 Julai bersamaan dgn besday mak. Tahun nieh umur mak dah berape ek? How old r u mom? Anyway, age is just numbers... For us all, u r still our young pretty mom :) wink2..

Tahun ni x macam tahun sebelum-sebelum ni, belum sempat aku nak kasi apa-apa awal-awal lagi mak dah bagitahu yang dia x nak apa-apa melainkan nak tengok anak jantan dia sehat walafiat macam dulu-dulu x sakit-sakit dah dan yg paling penting anak dia boleh belajar cam biasa and kembali cemerlang bak zaman dulu-dulu. So korang ks hadiah apa kat mak wahai adik-adik ku?

Untuk mak, anakanda mu ini x mampu nak bagi bergunung-gunung emas, harta bertimbun-timbun, menantu yang cantik atau cucu-cucu yang comel, tapi satu benda je saya boleh janji. Mungkin mak rasa kadang-kadang anak mak ni x cukup kuat, atau x cukup kuat berusaha. Tapi kan, kalau mak nak tau saya dah berusaha sedaya upaya. Dah lebih setahun kot saya sakit, dan lebih setahun juga kot sepanjang saya sakit saya dah menyakitkan hati mak, abah, yah, dan adik-adik. Tapi x pernah pon terlintas untuk saya buat semua tu. Alhmdulillah sekarang saya dah makin sehat, kawan- kawan pon happy and I wish you are here to see how I have progressed to this stage, being alive again and funtional. Cume kadang-kadang tu ada masa dan ketika, saya tersungkur jatuh dan saya berusaha bangun balik dengan bantuan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan x ada saya cari cikyun. Dan last sekali baru saya cari mak. Its not that you are not important but I just wanna save the best for the last. Sebab dah cukup kot saya buat mak sedih, susah hati, menangis siang malam pagi petang dan sebagainya.... alangkah baik dan bahagianya mak bila dapat bertenang-tenang x gundah x pening dan x resah gelisah memikirkan hal anak jantan mu ini. Reason dia cuma satu.... I love u so much ... much much much more than any other women who have ever existed in this world. Kalau dulu, saya rasa saya jarang call mak, hari-hari kol *** tapi call mak hujung minggu je. Tu pon bila- bila mak dah start mesej or call saya direct from telefon rumah. Tuhan tu maha adil, bile saya sakit disebabkan *** mak juga yang bersusah-susah datang dari jauh tinggal laki, tinggal anak-anak kecik nak jaga anak yg dah besaq gajah tok mia nieh.

Tahun ni saya cuba call mak hari-hari tapi still susah jugak, sebab ya la, ada sorang mak lagi , dan beberapa orang mak lagi... banyak kot mak-mak saya skang.. (termasuk cikyun yg kadang-kadang dok pot-pet pot-pet macam mak..hahahhaha) . Orang-orang lain kadang-kadang jeles kot tengok saya ada mak macam mak. Boleh melawak-lawak, boleh main monopoly sampai high jadi boros sampai bankrupt ..hahaha.. pastu apa lagi ek, erm, macam-macam lagi la.

Dan kepada adik-adik, jangan la sekali-kali engkorang lukakan hati mak macam aku. Kalau xboleh nak belaja rajin-rajin atau bagi cemerlang dalam pelajaran, at least, korang x lawan cakap mak, x kurang hajar dengan mak, x cakap kasar-kasar dengan mak sebab Allah dah kata x ada tempat lain untuk orang-orang macam tu melainkan neraka lah untuk mereka. Kalau korang nak tau betapa susah nya mak melahirkan kita, korang pegi la cari kat youtube ke google ke video orang beranak. Aku dengan yah dah tengok yang real punya.. kita yang tengok ni pon rasa sakit dan perit dia, lagi-lagi masa baby nak kuar dan nyawa maknya dah hujung-hujung kepala, dan badan dia tuh dah rasa nak putus dua. Apetah lagi, emak yang melahirkan, menitis air mata dia bila anak-anak yang dikandung 9 bulan xdengar kata, penyegan, kuat melawan, dll lagi lah benda-benda x baik yang aku, yah dengan korang-korang pernah buat. x lama lagi yah pon dah nak beranak, nanti harap-harap yah boleh share n bagitau kita camne rasanya.. Yang aku pasti, xsemudah korang berak, teran-teran taik dah bole kuar 3-4 ketul. Babeng senang gile... huhuhuhu.. tu korang la.. aku kene teran-teran sampai nak pecah usus-usus urat perut semua then bangun balik. Pastu tangguh dulu. Agak-agak dah ok aku cuba lagi. Sampai boleh. Kalau xboleh jugak aku kene usaha lagi x kesah la macam-macam mana yang penting kene keluarkan kalau x nnt badan aku rasa letih dan lemah-lemah sampai xleh buat apa. Itu semua disebabkan ubat aku dan penyakit aku, yang mana aku dah rasa perit gile, tapi still, xboleh nak samakan dengan sakit mak melahirkan kita.

Aku harap apa yang aku bebel panjang-panjang nieh xde la masuk telinga kanan, keluar telinga kiri korang macam tuh je. At least, kasi lekat kat kepala barang seperenggan dua. Penat nieh weh, membebel-bebel mcm mak nenek. Cikyun pon x bebel kat aku macam nie tau.Huhu..

So, izzah, azzam, kiyap, mak, abah, yah n anas.. jangan bersedih sangat atas apa yang menimpa kimon tuh, kerana things happen for reasons. Andai kata kimon dah xda, insyaAllah dia ganti dengan yang lagi baik, mungkin Rejali yang lagi comel dari kimon :) lagi manja dan lagi-lagi lah. InsyaAllah :)

Wednesday, July 15, 2009

To my beloved brothers and sisters.,,


Pertama sekali aku nak ucapkan selamat datang kat adik-adik aku, Kyap, Jiji, Izzah and Azzam. Aku rasa ni cara terbaik kot, nak hidupkan semangat korang. So, kalau Ijah ke Ajam ke bosan-bosan baca la blog Udin. Aku pon x tau nak tulis apa, tapi mostly aku akan tulis pasal pengalaman-pengalaman hidup aku, achievements aku, dan kegagalan hidup aku so that korang x akan repeat the same mistakes tapi lagi bersemangat untuk beat aku punya achievements yang x lah seberapa. Bak kata orang tua-tua, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.