Tuesday, September 1, 2009

Farmville

Ni la menatang yg dok menghantui fikiranku..


Farm aku yg semakin mantap


Apakah itu farmville?

Farmville ialah antara game facebook yg famous sekarang ni. Ada 34 juta pemain online.Dimainkan oleh semua peringkat umur, sekecil-kecil 4 tahun, setua-tua 50 tahun. Juga tidak mengira profesyen, guru, doktor, pelajar, engineer, surirumah, dan sebagainya.



Dok x dok x pasal-pasal aku jadi petani moden

Apa yg bestnya application facebook yg satu nieh?

Em, aku rasa ni lebih kepada pendapat individu. "cuba dulu baru tahu" . Setelah mencuba, aku mendapati ianya bagus kerana:

1. Menambah ilmu pengetahuan kerana kita dapat belajar menanam, mengenal jenis-jenis sayuran, binatang, dan pokok-pokok.


Mesti korang yg x main farmville xkenal sayur2 ni

2. Berkebun di alam maya juga x memenatkan. Boleh di lakukan secara santai. Aku tengah demam teruk pon masih boleh berkebun.. kekekeke.. kalau betul-betul x dapat!!

3.Mengajar kita cara berjimat cermat. Aku terpaksa berjimat cermat membiarkan kebun ku hodoh x berhias sebab nak sep duit nak beli traktor, silo, dan nak membesarkan ladang aku.

4. "man zara'a, hasoda" yg bermaksud, siapa tanam dia tuai. So aku berjaya mempraktikkan ilmu yg ustazah ajar dulu. hahaha..

5. Xle susah dan lama nak tunggu hasil. Sebab tu sgt2 puas hati beli pokok2 dah boleh harvest. Bunyi " ka-ching, ka-ching..." sudah cukup membuatkan aku rasa happy bile duit masuk .. Berniaga kat trademe pn kadang-kadang lambat nak mampos.. kadang duit masuk, kadang-kadang x.



Sekali-sekala seronok gak berbasikal dlm kebun


6. Korang yg xde rumah atau farm yg betul pasti seronok menghias farm maya nieh. ala-ala menjadi designer utk farm sendiri.

So sape-sape yg belum main, main la, jgn lupa add aku jadi neighbour korang, nanti aku kasi babi utk farm korang.. kekekekeke



Cantik kan kebun aku?

Farmville pon dah ada twitter. xleh blah btol.. So apa tunggu lagi? Berkebun yukkkk!!!!

1 comment: