Sunday, October 4, 2009

Misteri : Terperangkap ..... Part II

Dimanakah sebenarnya lokasi Sarjan Zamri? Adakah dia sememangnya berada di dalam terowong berarus deras?

Mungkinkah Sarjan Zamri sebenarnya telah dibaham makhluk ghaib atau pun seekor cacing gergasi?

Atau mungkin sebenarnya Sarjan Zamri bermimpi semata-mata kerana dia terpengaruh dengan filem Mistik yang sememangnya macam sial. Ending mimpi filem tersebut membuatkan Sarjan Zamri tidak dapat memaafkan pengarah filem tersebut, sampaikan beliau sendiri sering bermimpi di siang hari semasa operasi-operasi PASKAU?

Nantikan kesudahan Misteri: Terperangkap Bahagian 2 ... akan muncul di LEBAHPUTIH tidak lama lagi...



Preview:

"Celaka, aku dah agak!" keluh Sarjan Zamri.

Dikala Sarjan Zamri bermonolog carutan seorang diri terasa hentakan kuat di belakang leher dan kepalanya seperti ditimpa batu-batu besar yang mungkin dibawa arus deras tadi.

" Argh... Argh.... Tolong.. " kedengaran semakin sayup suara- suara manusia mengerang di belakangnya. Sarjan Zamri sangat pasti, salah satu tuan empunya suara ialah Majid, penembak tepat kor 13 PASKAU. Namun dalam kegelapan hitam pekat terowong yang membaluti hitam berkilat tubuhnya, dia tidak pasti adakah wujud orang ketiga di dalam terowong tersebut.

Belum sempat dia memanggil nama Majid, terowong kini bergegar kuat beserta dengan bunyi berdesing menyebabkan Sarjan Majid memuntahkan semua isi perutnya.

" urgghhhh... bbbbbrrruuuuwwweeekkkkkhhhhhh... uhuhukkkk... bbbbbbbbrruuuuuuuwwwwweekkkkhhhhhhhh..... "

.........................................................................................................
Episod lepas
Bahagian 1

2 comments:

FdausAmad said...

ni novel ke apa ni brader..

Asmoham said...

ni selangkah ke alam misteri... alam angker..misteri lagi seram.. kalau agak2 x seram, nnt bagi la idea.. gua kering idea nieh.. hahaha