Kira-kira 4 tahun yang lalu... di bumi Dunedin ini..
"Bro jom kita makan luar" ajak kawan aku
"Jom, dah dkt 2 minggu asik makan kt rumah je bosan gak" balas aku
" Tapi tak kan la kita dua je? ajak la budak-budak rumah yang lain" kawan aku menambah
"Hmm.. okay la jap lagi lepas kelas aku konfem kan"
Selepas sesi berdialog di atas aku berusaha menjejaki lagi 3 orang rakan serumah yang lain. Ada yang berada di Dental School, ada yang tengah struggle dekat Lab Pharmacology dan ada yang tengah pening buat kira-kira dekat Commerce building.
daripada 3 orang yang aku mesej ajak makan luar, balasan masing-masing lebih kurang macam ni.
" Bro, sorry la. gua kering"
" Aku ok je tapi nape kene tunggu malam karang. Pukul 2 x boleh ke. Lapar gila babi ni"
" Bro sorry. Aku bukan x nak pegi tapi aku kering"
Aku respect gila kawan-kawan aku yang kering sebab bisnes ribu-ribu , investment main puluh-puluh ribu di NZ dan Malaysia.
Tapi itu 4 tahun dulu.
Sekarang ni kalau korang tanya budak -budak sekarang kat Dunedin ni kenapa kering?
"Ala bang aritu beli Iphone. sebab tu kering. Ni duit tinggal ciput makan megi je la bulan depan"
" Saya bukannya sengaja ntah macam mana ntah terbeli Plasma TV boxing day aritu"
" Kering pon kering la yang penting hujung tahun ni kite nak pegi keliling dunia"
Tiba tiba masa tengah tulis entry ni eczema aku gatal lak dan tanpa berlengah aku garuk dan kawan disebelah aku terus bertanya
"apahal siku kau?"
Aku jawab dengan slambe " aku kering!"
1 comment:
laporr giler babi..kah kah kah..apa2 pun best gak blog ni..saper punyer blog ni??
Post a Comment