Aku ingat lagi dulu-dulu masa zaman sekolah, especially time buat karangan Bahasa Arab.
Menurut pak-pak arab dahulu kala, "Al aqli salim minal jismi salim".
Maknanya, akal yang cerdas dari tubuh badan yang sehat. Kalau translate direct pula maksudnya akal yang baik dari tubuh badan yang baik.
Salim juga bermakna sejahtera, di mana anda boleh menggoreng lagi karangan dengan menokok tambah yang orang-orang bersukan kelak hidup mereka anak bini akan sejahtera.. hahaha..
Berbalik kepada isu bersukan, dulu-dulu masa sekolah kalian pasti tidak terasa akan kepentingan bersukan . Lebih-lebih lagi kalau yang memang sekolah asrama.
Kenapa? Kerana hidup dikurung di institusi sekolah, kolej atau maktab, kita tidak bebas dan aktiviti yang tinggal hanyalah beriadah.
Keterbatasan beaktiviti ini dirujuk kepada zaman sebelum kewujudan broadband, laptop-laptop murah dan pelbagai jaringan laman sosial seperti facebook.
Setelah bertahun-tahun meninggalkan institusi kurungan ini, aku baru sedar yang aktiviti riadah semakin berkurangan.
Kalau di Malaysia kau boleh counter balik semua makanan-makanan mapley dengan bermain futsal, tapi di New Zealand yang sejuk ini macam mana?
Hendak berfutsal? nak cari kaki lagi, dan di Dunedin court futsal tu jugalah yang dia guna untuk court tenis, hoki dan lain-lain sukan. Court flexible.
Outdoor? Hmmm... kau tunggu la 2 minggu skali mungkin ada hari-hari yang okay dan tidak lah sejuk sangat untuk bermain di luar, itu pun kalau ada kaki.
Alih-alih, terpaksa beriadah seorang diri dengan berenang, atau berjoging di treadmill. Namun sebarang amalan individu ini memerlukan motivasi dan komitmen tinggi kerana selalunya tidak kekal lama.
Benarlah kata-kata naqib di sekolah dulu... "betapa pentingnya amal jama'ie, iaitu membuat sesuatu kerja secara berkumpulan atau berjemaah. Pahala nya pun banyak dan kerja itu menjadi senang"
Kepentingan bersukan?
Untuk orang-orang yang ahli sukan bersukan bukanlah sesuatu yang penting tetapi wajib!
Untuk orang-orang gemuk bersukan boleh menguruskan badan.
Untuk orang-orang busy kerja bersukanlah medium untuk bersosial dan catchup dengan kawan-kawan.
Apakah kepentingan bersukan untuk aku?
Aku nak kongsikan disini, bersukan bukan sekadar berpeluh. Suatu ketika dahulu, kira-kira 4 atau 5 tahun yang lalu aku menjadikan aktiviti sukan dan riadah ini suatu kemestian.
Bila-bila masa aku tak lari keliling padang atau tidak bermain bola dengan kawan-kawan akan ada semacam perasaan hidup ni dah tak lengkap.
Namun segala-galanya berubah selepas aku cedera pada ligamen buku lali yang akhirnya menyebabkan aku tidak dapat bersukan selama hampir 2 tahun.
Dalam tempoh 2 tahun itu juga aku ditimpa pelbagai masalah psycho-social, tekanan perasaan dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada penyakit Major Depression.
Bukan sikit-sikit punya efek dia, tapi sampaikan dek kerana ketidak aktifan dan kesan sampingan ubat, akhirnya berat badan ideal 58 kg naik jadi 78 kg dalam masa lebih kurang setahun aku tidak aktif.
Kalau dulu tidak beriadah rasa kurang lengkap sekarang tiada lagi perasaan tersebut kerana aku telah dilengkapi 'aksesori' berupa lebihan lemak di perut.
Aku suatu ketika dahulu 58 Kg... tinggal kenagan
Tak lama selepas menghidapi MDD. 78 kg
Tak lama selepas menghidapi MDD. 78 kg
Untuk kembali aktif waktu itu adalah sesuatu yang hampir mustahil.
Kenapa aku katakan mustahil?
Sebab satu, badan kau dah lemah sebab dah ada penyakit. Dua, makan ubat dan ubat itu sendiri efek dia melemahkan badan kau walaupun dia pulihkan mood kau. Tiga, sebab ubat itu juga, aku kene sembelit yang hanya boleh buang air 2-3 hari sekali dan ini melemahkan lagi badan aku.
Aku masa tu memang susah kalau pulun lebih-lebih pasti mengalami lemah satu badan dan sakit otot yang orang Melayu panggil demam urat sampai sehari dua.
Sampaikan satu masa aku dah give up, rasa macam tak guna aku usaha tapi aku terus positif dan berpegang pada kata-kata pak arab "Al aqli salim minal jismi salim".
Bersukan pada aku bukan semata-mata untuk kurus walaupun hakikatnya ramai orang gemuk bersukan untuk kurus.
Pada aku bersukan bukan sekadar berpeluh, malah lebih dari itu. Kalau kurus itu bonus. Kalau dapat konsisten itu satu yang dapat dibanggakan.
Apa yang paling penting bagi aku, ialah apabila bersukan, kau dapat satu feeling.
Kau dapat control badan kau, kau dapat overule your mind and body, stay under control, dan kesan positif dari bersukan ini menstabilkan mood kau dan improve penyakit kau. Dan memang ada kajian yang dilakukan, terbukti regular exercise boleh improve Depression. ( sila google untuk maklumat lanjut).
Untuk mendapat kan 'magic feeling' tersebut, banyak halangan untuk bersukan yang aku perlu lalui.
*******************Bersambung******************************

2 comments:
carik je partner joging awek hot sket. lagi hari hujan lagi semangat ko nk joging bahahahahh
haha... klulah ada awek yg nak jogging dgn aku
Post a Comment