Thursday, April 14, 2011

Stove Baru

Tempoh hari, aku telah mendapat mandat @ tender membina jambatan dari kerajaan Barisan Nasional.

Oleh itu, untuk tidak mensia-siakan projek tersebut aku telah menyuruh landlord membeli stove baru yang dilengkapi oven.

Apa kaitan Stove dengan projek jambatan?

Oh, my knees... aku telah meracau-racau tak tentu hala. Sebenarnya aku telah mendapat tender menyediakan lebih kurang 50 bungkusan nasi ayam super sedap terbaik dari ladang.

Ayuh teruskan membaca untuk mengikuti cerita pasal stove baru di rumahku!

Ceritanya begini,



Pada hari yang ditunggu-tunggu datanglah seorang pakcik berbangsa kiwi dengan stove baru.

"ting tong" bunyi loceng dipintu rumahku. Okay, aku tipu. Sebenarnya rumah-rumah di NZ agak kuno. Loceng pintu aku sebenarnya yang jenis pulas macam kau pulas telinga adik kau yang nakal.

Pulas sekuat hati makin kuat kau pulas makin kuat adik kau menjerit kesakitan. Begitulah juga konsep loceng pintu rumah ku. Terdapat juga loceng yang mengikuti konsep tepuk belakang adik. Lagi kuat kau tepuk lagi kuat adik kau menjerit. Tapi biasanya nanti tangan kau akan merah-merah menepuk-nepuk pintu.

" KRinggggggggggggggggggggggggg" Begitu kuat sekali pulasan pakcik itu menyebabkan aku yang berada diruang tamu tiba-tiba terasa rindu untuk memakan buah pulasan sambil mendengar lagu 'bila terasa rindu' nyanyian Dafi.

Okay,untuk mengelakkan menulis sebuah novel, aku terus ke part climaks.

Aku dan Imran menunggu di ruang tamu dengan membuka sedikit pintu dapur supaya kami dapat melihat pakcik itu bekerja.

Habis dia korek-korek stove /oven lama itu dan digodek-godek untuk tanggalkan sambungan elektrik. Memang masa tu bau-bauan aneh mula keluar.

Untuk pengetahuan anda, biasanya stove akan berada di satu tempat yang sama selama selagi mana dia boleh hidup dan selagi ada bulan dan bintang.

Pasta tinggalan kiwi, kari balti tinggalan India, rendang tok Melayu yang duduk sini sebelum ni dan macam-macam lagi resepi prasejarah yang tersembunyi mula diterokai oleh pakcik kiwi the electrician.

Bau busuk pelik-pelik makin lama makin kuat. Terasa semacam nak suruh saja pakcik tu berenti buat kerja dan nyah serta merta.

Tiba satu part apabila pakcik tu mula keluarkan plate apa ntah, dan diterbalikkannya stove tu dengan base nye menghala ke ruang tamu, satu bau yang busuk nak mampos menyucuk hidung aku.

Memang aku terus menyumpah seranah dalam hati terhadap makhluk-makhluk prasejarah yang mendiami rumah ini sebelum ini.

Aku pandang Imran, muka dia mula kemerah-merahan . Imran mengetap bibir penuh kemarahan. Ini melanggar pantang keluarganya yang tidak gemar menyorokkan resepi prasejarah dibawah kaki stove.

Keheningan penuh kebusukan yang semakin membara lagi meluap-luapkan api kemarahan dipecahkan oleh Imran yang seraya berkata ,

" Leh, kau bau tak ? memang teruk $@%*$$## , ada ke patut tinggal stove ni sampai busuk-busuk macam ni.. Hish..." kelihatan muka Imran sudah merah sepenuhnya.

"agak la... busuk gila... teruk betul lah. Ada ke patut... memang tak patut"

Sambil kami berdialog bersama-sama bau semakin kuat.

Aku dan Imran makin tak tahan. Pakcik kiwi seolah-olah tak berderia bau. Rileks je godek-godek dapur anu tuh.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. "damn!" getus aku dalam hati. Baru aku sedar apa punca semua jadah ni.

Sebagai seorang pecinta kebenaran dan keadilan, aku x mahu Kak ***** dan semua penghuni sebelum ini terus dicemuh oleh Imran atau pakcik kiwi the electrician.

Dengan penuh berkarisma aku melontarkan suara.

"Imran... Aku rasa kita kene mintak maaf dekat orang yang disumpah seranah. lagi pon aku dah tau mana datang bau busuk tuh.. "

"Mana?"

"Erm... errrrr.... arituh..... errmmmm"

"Hari tu apa? "

"Erm tak.. harituh.. eh tadi sebenarnya aku terkentut, memang dari semalam aku makan macam-macam tapi tak sempat lagi nak berak sebab busy"

Dan dengan serta-merta muka Imran bertukar hitam.

3 comments:

ihsan_huhu said...

ko sorok labu bawah stove r tuh hahahah

bella izya said...

busuk la bg saleh!! sian kt imran... hahhha

boss said...

sampai bilik ak bau..kekekke