Tuesday, June 21, 2011

Sikap Terbudu-budu Membawa Padah

Memandangkan temasya sukaneka peringkat seluruh New Zealand bakal menjelma, aku telah mensasarkan untuk mendapatkan berat badan ideal bagi mendapat sebuah larian yang lebih kencang.

Sekitar dua tiga bulan sebelum bermulanya temasya ini, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya lebih kerap turun ke padang bermain bola, kerap ke gymnasium, berlari-lari dan jogging, malah pemakanan juga turut dijaga dengan rapi.



Kalau main tidak se'power' mana pun, paling tidak aku dapat bermain dengan begitu hensem sekali. Sekali sahaja, lepas tu aku boleh kembali bersuka makan nasi 4-5 pinggan dan tidak berasa bersalah jika bertubuh seperti Enot- Eh, VCD lah pulak!

Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba kurang 10 hari lagi. Sudah hampir 2 purnama aku menjaga pemakanan dan kecergasan fizikal.

Sesungguhnya ujian dan cabaran yang di hadapi memang maha hebat. Lebih kuat iman yang deperlukan jika dibandingkan dengan godaan wanita seksi mengajak anda 'bersuka-ria'. Namun semuanya aku lalui dengan hati yang cekal dan semangat juang yang tinggi.

Perkataan nasi tidak ada lagi dalam kamus hidup aku.

Seperti biasa hari ini, aku balik dari hospital sebelum mentari melabuhkan tirai. Aku mencapai salad, tuna dan baked bean. Tak sia-sia ilmu yang aku pelajari dari blog #susu sejat.

"Leh, nak maggi? aku nak masak ni.. " tanya Amin, seorang rakan baru yang kini menumpang di rumah aku.

"Tak kot.. lagi pun aku tengah tune body aku ni" jawab aku dengan wajah serius seorang ahli bina badan.

Kelihatan Amin tersenyum sinis... lebih-lebih lagi melihatkan aku yang tengah menghadap hidangan "makan malam sihat" di depan laptop.

****************************************************

Kira-kira 40 minit kemudian,

"Tambah lagi Leh, tambah la nasi.. dah 2 pinggan kau makan sedap betul ye" Amin senyum-senyum suka hati.

Aku menyesal tak sudah. Lahanat punya budu. Sampai 3 pinggan nasi aku balun!

1 comment:

ihsan_huhu said...

gahahaha. muke kene komfiden, lengan kene besar. perut tuh pandai2 r ko cover cam xbese plak