Orang tua-tua penah berkata, siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama jadi menteri.
Mana mungkin aku membiarkan kerengga-kerengga itu di ulit kebahagian yang berpanjangan.
Tidak logik langsung.
Umum mengetahui, " ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari" adalah pepatah melayu yang lazim kita lihat dan dengar dalam drama-drama melayu.
Namun, pada hari itu, jika kerengga dapat berkata-kata, sudah pasti salah seekor dari mereka turut menuturkan ayat tersebut namun latar tempat dan masyarakat berubah menjadi sebuah drama serangga dalam kebun sayur di halaman rumah.
Seorang sepupu yang dilahirkan sebagai saintis kampung, Apit telah berjaya mencipta satu konsep "tahi bintang".
Amat mudah.
Cara membuat tahi bintang adalah seperti berikut.
1. Cari sebatang ranting kayu yang agak tak berapa panjang sangat dan tak pendek sangat.
2. Jalan-jalan keliling rumah sehingga terjumpa plastik dan lilit di hujung ranting tadi.
3. Jalan- jalan lah lagi di keliling rumah sehingga terjumpa mancis atau pemetik api.
4. Jika tak jumpa, masuk rumah ikut pintu belakang dan dengan penuh hati-hati hidupkan dapur gas dan bakar hujung plastik tadi.
5. Selepas api menyala harus berlari laju-laju keluar rumah sebelum mak sempat menjerit.
6. Tanpa menoleh ke belakang, teruslah berlari menuju ke destinasi sasaran dan lepaskanlah 'tahi-tahi bintang' yang menitis-nitis dari plastik yang terbakar tadi ke sarang /koloni serangga pilihan anda.
Jadi, hari itu, 'tahi bintang' telah melanda sebuah kampung kerengga.
Sungguh kasihan, atok, nenek, jiran dan semuanya musnah dalam serangan tahi bintang tersebut.
Lebih menyayat hati, nikmat kenduri kesyukuran makan besar 'zat tulang ayam' hanyalah sementara.
Semenjak hari itu, pepatah "kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya tidak hujan tetapi ada tahi bintang' menjadi sebuah pengajaran di alam serangga.
2 comments:
haa nih baru btol. mmg sah ko gile dr kecik
haha... tak baik tau ckp mcm tu..
aku dah insap
Post a Comment