Thursday, March 31, 2011

Belajar Mengeja

Semasa aku tadika, tokwan dengan tok tinggal dengan kami supaya mak boleh sambung buat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ulu Kinta.

Jadi, banyak masa kami bersama arwah tokwan dengan tok di rumah di mana mereka lah pengasuh kami bertiga geng generasi pertama. Abah pula masa tu bekerja di Taiping dan cuma balik hujung minggu.

Yang boleh dengar cakap pun cuma aku dengan kakak aku. Kita gelar dia Z.

Adik aku yang bawah aku pulak masa tu baru umur 3 tahun. Memang tak berapa nak dengar cakap dan tak berapa paham bahasa. Keje nak isap tetek aje. Dibagi puting plastik tak mahu. Nak yang Ori. Memang susah lah itu macam...

Saturday, March 26, 2011

Cerita Kartun Haiwan

Aku ada 3 orang adik yang memang jauh beza umur. Parents aku pandai merancang masa depan bila mana 3 anak first mereka dah masuk sekolah asrama dan universiti, mereka masih ada 3 orang anak kecil tadika dan sekolah rendah. Oleh itu kawan-kawan menyangkakan yang mereka masih muda.

Walaupun sekarang ni adik-adik kecil semua sudah besar, aku tetap menganggap mereka adik aku yang kecil-kecil dan selalu menangis bila diusik.

Masih terasa macam diorang still umur-umur sekolah rendah walhal masing-masing dah menggediks ada pakwe makwe dan pandai naik fixie.

Rindu betul zaman kanak-kanak mereka. How i wish they will never grow up.

Teringat aku satu kisah masa salah seorang dari mereka sedang menonton TV.

Nama dia Izzah. Masa itu umur dia dalam 4-5 tahun kalau tak silap.

Thursday, March 24, 2011

Sarung Duvet

Ok, kepada penggemar porno aku mintak maaf bagi korang link porno dalam entry lepas. Tak lawak. Aku tau, tak selawak utusan dan cerita Datuk T.

Cerita dia Imran buat hal lagi malam ni. Memang dasar anak omputih.

Bagi yang tak tau, Imran ialah separuh kiwi separuh melayu. Aku tinggal serumah dengan Imran dan Bos.

Dah seminggu lebih aku lepak ruang tamu tido sambil-sambil bedtime stories dengan Imran.

Hari ini Bos melepakkan diri di ruang tamu. Benda first yang dia tanya

" Apsal Duvet kau ni tak pasang sarung? bukan ada sarung ke.. mana sarung dia?"

Aku berenti buat assignment aku, menoleh ke arah Bos.


Monday, March 21, 2011

Download Video Seks Terbaru Ketua Pembangkang

Kecoh di media-media tempatan dan luar negara tentang kewujudan video lucah seorang ketua pimpinan pakatan rakyat.

Datuk T, dikatakan orang penting yang membongkarkan maklumat tersebut. Sekumpulan pegawai media telah dipertontonkan dengan video tersebut dan masing-masing rata-ratanya sependapat memang pelakunya adalah orang yang tidak asing lagi dengan kontroversi.

Adakah memang benar ia dilakukan beliau? Teruskan membaca untuk download dan memastikan kesahihannya


Rahsia kejayaan Bill Gates Melayu


Rasanya semua orang kenal usahawan yang gambar nya aku letak di sini.

Aku terpaksa tahan bermacam-macam perasaan negatif dan symptom-symptoms nak muntah, cirit dan pukul orang semata-mata nak upload gambar ikon Melayu ni.

Korang tau tak kenapa dia kaya gila babi sampai bole buang duit macam tu je buat filem tahap pertandingan drama sekolah-sekolah peringkat daerah Hulu Langat?

Sunday, March 20, 2011

Polis Moral

Aku perasan ada something dodgy dan tak best pasal 'peel' masyarakat kita.

Benda berkaitan rapat dengan moral- akhlak- dan yang berkaitan memang semua orang berlumba-lumba menjadi jaguh dan melabel itu ini 'as if yang berkata-kata itu maksum'.

Banyak contoh-contoh mudah dan ianya paling ketara di media-media kita.

Friday, March 18, 2011

Random


Kalau dulu ada sorang minah ni buat album kat fb dengan tajuk randomnity.

Kerana nak menganjing dia aku buat jugak satu album dengan tajuk randomimie.

Tapi semalam bukak fb kawan aku , aku rasa ada something yang lagi random dari randomnity dan randomimie.