Aku ada 3 orang adik yang memang jauh beza umur. Parents aku pandai merancang masa depan bila mana 3 anak first mereka dah masuk sekolah asrama dan universiti, mereka masih ada 3 orang anak kecil tadika dan sekolah rendah. Oleh itu kawan-kawan menyangkakan yang mereka masih muda.
Walaupun sekarang ni adik-adik kecil semua sudah besar, aku tetap menganggap mereka adik aku yang kecil-kecil dan selalu menangis bila diusik.
Masih terasa macam diorang still umur-umur sekolah rendah walhal masing-masing dah menggediks ada pakwe makwe dan pandai naik fixie.
Rindu betul zaman kanak-kanak mereka. How i wish they will never grow up.
Teringat aku satu kisah masa salah seorang dari mereka sedang menonton TV.
Nama dia Izzah. Masa itu umur dia dalam 4-5 tahun kalau tak silap.
Izzah dan kartun masa kecil memang tak dapat dipisahkan. Cerita favourite dia ialah Mulan.
Kalau pergi mana-mana nak tinggal dia senang sahaja. Pasang VCD Mulan, dia akan tak hirau orang sekeliling.
Kalau dia nangis terhantuk dinding, meja atau terkapit pintu, ubat dia pasang VCD Mulan. Pasti dia senyap dan hilang semua sakit-sakit.
Satu hari pulang cuti bulanan , aku ke ruang tamu dan nampak Izzah masa tu khusyuk menonton rancangan kartun mingguan. Bergelak-gelak dia. Suka betul.
Aku sampai tak jadi nak conquer TV nak pasang VCD movie terbaru masa tuh. tak kan lah seorang abang yang mithali sampai hati untuk menghancurkan kebahagian adiknya bukan?
So aku pon terus dengan aktiviti membelek-belek majalah dan komik-komik yang dah berapa lama tak update.
Terdengar "KUK KIK KUK KIK" tawa adik aku menonton cerita kartun bersilih ganti. Sampai lah part sebuah cerita kartun haiwan, tiba-tiba...
"PAP!" Tv ditutup.
Aku terkejut. Apa kes tiba-tiba tutupTV .meletup ke.
"Kenape ijah? Kenape TV dah padam, tak tengok kartun dah ke?" Aku bertanya dengan gaya penuh keabangan.
Kulihat muka adikku masam mencuka.
" Entah pahapa.. Bodoh punye cerita kartun.... Tak logik langsung! Ada ke buaya boleh berdiri jalan macam manusia. Ingat Ijah bodoh ke... buaya kan patutnya merangkak"
2 comments:
ngahahahahaha
Ijah dah ada pakwe ke? Hahah..
Post a Comment