Monday, March 7, 2011

Terjal

Aku tak tahu nak salahkan sape, nak marahkan sape.

Apesal terjal sangat?

Bukannya apa, aku tiba-tiba teringat kempen bodoh bakal majikan aku.

Ntah sesape la dalam Kementerian Kesihatan tu yang sekolah tak tinggi.

Tapi yang selalu sekolah tak tinggi ni menteri. Opss... facepalm!

Ingatkah kalian dengan kempen 5 M satu ketika dulu? Sungguh tak ada asas Bahasa Malaysia yang kukuh.

" untuk amalkan hidup sihat,ingatlah 5 M iaitu



1. Mengurangkan gula
2. Mengurangkan garam
3. Mengurangkan minyak
4. Melebihkan buah-buahan
5. Melebihkan sayur-sayuran " iklan ni pernah disiarkan lama di TV.

Tiap-tiap kali kami yang besar-besar test adik-adik yang sekolah tadika dan darjah 1 memang terkebil derang nak ulang balik semua tu... padahal basic 5M ikut logik budak tadika patut bole score cemerlang kalau diuji.

Namun apa kejadahnya M? bukan kah 5 M itu untuk semua imbuhan Men-yang ditambahkan kepada kata kerja lebih dan kurang? Sekolah kat mana ni?

Dulu-dulu buat akronim mesti fail untuk subjek sejarah. Tapi aku bukan nak cerita pasal akronim. Nak baca pasal akronim dan ke-tak-sekolahan pembuat kempen boleh baca dekat sini

Topik aku ialah terjal.

Dia punya terjal dah tahap macam pakcik aku punya teka teki djaman aku kecik-kecik dahulu.

Satu hari selepas tamat bermain pondok-pondok ( baca: kanak-kanak . Bukan pondok-pondok 3gp kanak-kanak .. kekekekeke)

Tiba-tiba pakcik aku dirasuk jembalang tahap nak main kuiz level tinggi bagi seorang kanak-kanak belum mumayyiz.. actually aku rasa lebih kepada teka teki sebenarnya.

"Sapa yg terer sangat selalu dapat no 1 tuh, meh sini cuba hang jawab ni. Namakan 5 biji buah yang bermula dengan huruf L?"

Jenuh aku dan cousin-cousin memikir... celah mana nak dapat sampai 5. rasanya ada 2 -3 je.

" 1. Langsat 2. Longan 3. Laici.. errr... err.... " jawab aku dengan separa konfiden dan kemudian mati akal

" Haaa.. tu la jangan ingat hang pandai sangat. Apa lagi 2? " tanya pakcik aku lagi

"ntah la pakcik.. cikgu tak ajar kat sekolah" jawab cousin aku

" Ni hang dengaq ni... esok2 kalau cikgu tanya hang bole jawab dalam periksa ataupun kalau cikgu tak tanya hang tanya cikgu hang test tengok dia terer ke tak"

" 5 buah-buahan yang bermula huruf L ialah 1. Langsat, 2 . Longan , 3. Laici , 4. Lambai, 5. Lambutan.. " jawab pakcik aku diikuti oleh gelak tawa gegak gempita seluruh alam yang menghancurkan secebis kegembiraan kami kanak-kanak 90-an...

dan kemudian list dia bersambung-sambung lagi "......... luku, lulian, ..."

Ketawa pakcik di sambut oleh jawapan perlahan tak ingat lak sape mulut jahat tu... tapi aku dengar dengan jelas...

"Libai!"