Sunday, August 30, 2009

Goodbye my Knightrider!!


Bye-bye.



Genaplah 6 bulan usia hubungan Kapitan dan knightrider beliau. Begitu banyak kenangan dan jasa-jasa Knightrider padanya. Knightrider akhirnya telah dijual dan dipindah milik sehari sebelum ulang tahun kemerderkaan. Bermakna Kapitan telah merdeka dari Knightrider. Tapi malang nasib Knightrider sebab beliau belum betul-betul jadi hamba yg bebas!!

Apehal dulu ko beli skrg ko jual Knightrider kau? Bongek gile ko, x kapitan la camni...

Dah nama kapitan, mesti lah otai, mesti lah ada sebab musabab @ conscience-nya yg orang lain x nampak atau x paham.

"aku beli dulu sebab beberapa perkara" kata kapitan.

"aku jual pon sebab beberapa perkara. hang tau apa, sedih ni, hang xtau. sedih aku... dia byk berjasa"

Kapitan memberitahu pentingnya kereta di Dunedin kerana:

1. Winter sejuk cam haram, bile hujan lagi la sejuk.. sampai ke tulang sumsum. Bole demam sampai berminggu2.. So daripada ko beli baju tebal2, payung yg asyik rosak, baik ko beli kereta!

2.Senang nak gerak jauh-jauh. xkan la dah 5 tahun ko nak jalan kaki je lagi. Mesin pon rosak klu pakai x berenti. Kang x pasal2 kene athritis!! ( sejenis penyakit sendi2 menjadi keras )

3. Cool, xkan la orang lain ada kereta, ko x de kereta. cane nak pimp kalau xde kereta? Gadis- gadis mana larat nak jalan2.. kekekeke..

Sebab-sebab kapitan menjual:

1. Dah byk penyakit knightrider, kapitan pon xbape sehat, nak kene bela knightrider lagi.. aduiii..

2. Sekarang Knightrider tgh tip-top, elok jual. Nanti dah barai, xlaku...

3. Kapitan dah insap.. dia xmau dah menge-pimp :) at least utk sementara dalam bulan Ramadhan yg mulia nieh..kekekekeke

4. Dah nak spring n summer, lagi layan jalan kaki, xsejuk mana dah. Lagipon kapitan dah out of shape blk, kene pimp diri sendirik, baru asyyukkk... lagi pon Matin Talukder ( Dr peribadi Kapitan) dah kecah.. suh Kapitan exercise. " u have to exercise deyyy.. if not, u get more spoiled, more joly-poly, n no shit-shit at all, ur bowel get stiff.."

5. Maybe rezeki kapitan nak upgrade kereta.. Lebih kapitan lah aku nanti... muahahaha...


Papepon, ada banyak baik buruk berkereta time-time study nieh.. :) Selamat Hari Merdeka weyh!!

Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah Ramadhan 2- Panduan Menjelang Peperiksaan

Entry kali ni aku nak tujukan khas untuk cikjam@Ajam yg bakal menduduki UPSR xlama lagi. Walaupun ianya berkenaan dengan peperiksaan, mungkin pada pandangan mata fikiran korang xde kene mengenanya dengan Ramadhan, korang sememangnya silap!!

Apa kejadahnya aku nak citer pasal panduan menjelang peperiksaan? Actually, ini lebih kepada amalan-amalan yg menguatkan jiwa, rohani, dan hubungan kekeluargaan. Yg mana bagi kita umat Islam tersangat-sangatlah penting. aku ulang. tersangat-sangatlah penting.

So, disini aku pastekan, juga koleksi aku 5 tahun lalu, Alhamdulillah, sangat2 berguna dan banyak membantu aku dalam menghadapi peperiksaan. Boleh lah anda semua mencuba. dan cikjam, gunalah bulan Ramadhan ni untuk melatih diri membina kekuatan rohani, dekat diri dengan yg Maha Pencipta. InsyaAllah, x rugi.... kerana di situ usaha mu akan di berkati.

................................................................................................................................

Assalammualaikum TM dan Semua,


Inilah yang saya dan suami lakukan ketika anak-anak kami mendudukki peperiksaan dan untuk lebih senang difahami saya tuliskan format ini dalam bentuk point.

1. KEHARMONIAN. Point yang pertama ini TERAMAT penting bagi ibubapa iaitu wujudkan KEHARMONIAN dalam rumah. Ibubapa jangan bertengkar semasa sendiri begitu juga anak-anak yang lain yang tidak mendudukki peperiksaan, jangan bertengkar tetapi hendaklah mewujudkan suasana ceria



2. SOLAT. Jangan sekali-kali meninggalkan solat samada ibubapa ataupun pelajar sendiri. Iringi solat fardhu dengan solat sunat. Sebelum melakukan solat-solat sunat yang lain dahulukan solat sunat taubat dahulu agar diri kita bersih dari dosa samada kita sedar ataupun tidak. Bila diri kita bersih InsyaAllah mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita agar anak ataupun pelajar itu sendiri akan mendapat keputusan cemerlang.




3. DOA. Ibu-ibu berdoalah seberapa banyak yang termampu untuk anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Saya lebih tekankan ibu dari bapa kerana doa ibu lebih dekat dengan Allah kerana sifat yang Allah kurniakan pada kaum wanita iaitu lebih bersifat penyayang dan emosional



4. AL-QURAN. Samada ibubapa ataupun pelajar amalkan membaca ayat quran walaupun sebaris ayat sehari. Jadikan amalan membaca al-quran dalam kehidupan seharian.


5. MAKANAN. Jika mampu sediakan sendiri makanan untuk anak-anak kerana apa yang selalu saya amalkan sambil memasak saya akan berzikir dan berdoa kesejahteraan di dunia dan di akhirat untuk keluarga saya.


6. KEBERSIHAN. Jagalah kebersihan dalam rumah, supaya anak akan lebih merasa selesa/tenang dan bila selesa/tenang akan melahirkan rasa rajin untuk mentelaah pelajaran. Pastikan kesihatan anak-anak dalam keadaan baik


7. TV/RADIO. Hadkan masa untuk menonton TV ataupun mendengar radio. Dalam rumah saya dari hari Isnin hingga jumaat TV tidak dibenarkan dan jika suami ingin menonton berita beliau akan menonton TV di dalam bilik tidur.


Hari Sabtu dan Ahad saya memberi mereka kebebasan tapi masih mengawal rancangannya. Walaupun dari Isnin hingga jumaat tidak boleh menonton TV tapi saya menggalakkan mereka membaca surat khabar melayu/inggeris agar mereka tidak ketinggalan hal ehwal semasa.



Ini mungkin nampak keterlaluan tapi jika anak-anak telah terbiasa dari kecil lagi mereka dengan sendiri akan mendisiplin diri mereka. Sekarang saya tidak perlu mengingatkan mereka supaya jangan membuka TV.


8. TEMAN. Walaupun saya tidak pandai tentang subjek-subjek masakini (dah lama tinggal bangku sekolah) saya masih duduk bersama mereka ketika mengulangkaji dan menyediakan minuman panas seperti milo ataupun holick dan saya elakkan memberikan mereka minuman yang mengandungi kafein. Sambil menemani mereka saya akan membaca buku/kitab dan paling tidak pun nove


MENJELANG HARI PEPERIKSAAN




9. CUTI. Digalakkan agar ibu mengambil cuti semasa anak-anak mengambil peperiksaan kerana kebanyakkan anak-anak lebih selesa dengan ibu kerana ibu walaupun perkara itu remeh sekalipun dia tetapkan akan mengambil berat.



10. ALAT TULIS. Walaupun anak telah meyediakan kesemua kelengkapan peperiksaan tapi sebagai ibu, hendaklah kita memeriksaan sekali lagi termasuk IC dan juga slip peperiksaan.



11. TIDUR. Suruh anak tidur awal termasuk diri ibu sendiri agar tidak terlewat bangun pagi. Bangunlah awal sedikit dari hari biasa.




12. SARAPAN. Kebiasaan saya setiap kali anak-anak saya akan ke dewan peperiksaan, saya akan menyediakan sarapan pagi dengan buah-buahan contohnya betik, jambu batu/air dan saya elakkan buah-buahan yang berasid.


Di samping itu juga saya akan menyediakan bubur nasi yang dicampur dengan ayam ataupun ikan, kentang (macam bubur asyura) yang pasti sarapan yang mengandungi protein dan saya akan elakkan sarapan yang pedas dan berminyak.


13. AIR KOSONG. Saya akan bekalkan anak saya dengan air kosong kerana otak anak memerlukan oksigen dan yang pasti air itu tidak tercemar dan memudaratkan kesihatan anak saya.


14. MELANGKAH. Ketika anak melangkah keluar rumah pastikan anak-anak memohon ampun dan maaf dari ibu/bapa. Selepas anak saya memohon maaf saya akan membaca doa di kepalanya agar Allah melapangkan dada dan tenangkan fikirannya ketika menjawab soalan kemudian saya ikuti dengan membaca Ayatul Kursi dan saya memaafkan segala kesalahannya dan menghalalkan segala-galanya. Suami saya akan melakukan perkara yang sama dan memberi minum air yassin yang dibacanya sendiri.



15. AWAL. Pastikan sampai di pusat peperiksaan setengah jam lebih awal dari masa peperiksaan agar anak dapat melapangkan fikiran mereka.


16. WUDHU. Selalunya saya yang menghantar anak saya ke dewan peperiksaan Apabila sampai di pusat peperiksaan saya akan menyuruh anak saya mengambil wudhu agar dirinya sentiasa bersih dan mudah-mudahan Allah lindunginya dari gangguan syaitan yang sentiasa mengoda manusia.


17 PESAN. Saya tidak akan menasihatkan/berpesan kepada anak-anak saya di saat-saat akhir beliau akan mendudukki peperiksan. Saya hanya ucapkan 'SEMOGA ALLAH MEMBERKATI ANAK IBU' ketika mereka keluar dari kereta.


18. PERANAN IBU DI RUMAH. Selepas menghantar anak ke pusat peperiksaan saya terus pulang ke rumah. Ketika anak saya berhempas pulas di dewan peperiksaan saya pula akan berhempas pulas di rumah dengan menunaikan solat sunat taubat/hajat serta berdoa untuk kecemerlangan anak saya dan seterusnya saya akan membaca al-quran.


19. MAKAN TENGAHARI. Saya akan masak untuk makan tengahari dan kemudian akan membawa bekal makanan untuk anak saya yang sedang menghadapi peperiksaan jika peperiksaan sehari suntuk. Saya menemaninya makan di kantin.






Sama-samalah kita berdoa semuga anak-anak kita berjaya dengan cemerlang.

SOLEHAH
....................................................................................................................................

Terima kasih aku ucapkan kepada saudari Solehah. kiriman anda amat bermakna sekali. Renung-renungkanlah... Selamat Beramal!

>p/s: Sorry la panjang nak mampos...dah nama pon tazkirah, mestilah panjang ngok!! aku saja je nak uji kesabaran korang membaca .... Assobru minal iman!

Tuesday, August 25, 2009

Harus tenang dan ceria :)


hidup harus tenang dan ceria :)

hidup harus tenang dan ceria :)

(ulang 100x jadi la zikir kot... hahahahaha...neway, lesson of the day, always be positive, and think positive. hidup harus tenang dan ceria :)



Sunday, August 23, 2009

Tazkirah Ramadhan 1- Akhlak Rasulullah SAW

Terasa tenang sekali hati ini, mungkin ramadhan kali ini penuh sinar berbanding Ramadhan2 aku yg lalu yg boleh dianggap telah aku sia-siakan. Walaupun x byk persiapan macam orang lain, dek kerana kesihatan yg x mengizinkan, tp at least, boleh dilihat bagaimana pada peringkat awal ni, aku sangat2 berpuas hati. Orang lain mungkin dah betul2 prepare even sebulan sebelum, dengan kad muhasabah diri, program2 qiamullail, puasa-puasa sunat dan sebgainya. Tahniah!

Xperlu cakap banyak lagi, aku nak kita sama-sama kenal rasul kita. Junjungan besar kita, Muhammad SAW. Banyak sifat-sifat peribadi baginda yg belum kita contohi. Berikut adalah beberapa yg aku pernah copy dan simpan 5 tahun dulu. Sayang, dah 5 tahun baru aku bukak balik, tapi sekurang-kurangnya masih ada ruang yg Allah beri. Paling tidak, dapat lah kita cuba contohi kalau x semua, mgkin seberapa yg mampu. InsyaAllah.


Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita
Terang-terang, aku copy dan paste, Maaf aku ucapkan kepada penulis asal. Aku xingat . Moga ilmu yg encik/cik penulis asal tulis, Allah yg balas ganjarannya.


Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan




Selamat datang Ramadhan. Ramadhan mubarak !! Harap-harap sume orang dah ganti ye puasa. Dan kakak-kakak makcik-makcik, kalau x puasa penuh xleh raya tau... kekekekekeke...

Hahaha.. aku gurau je la. Adik-adik jgn lupa baca doa, niat puasa sume. Kalau x tau, padan muka! kekekeke... Sape suruh tido dlm kelas masa subjek agama. Boleh je google. Kalau malas google, Lafaz niat puasa ada je dekat sini, dan ada sekali pakej doa berbuka di situ. Juga beberapa info mengenai puasa dan Ramadhan di sini.

Akhir kalam, aku nak minta maaf banyak-banyak, hari baik bulan baik, mana lah tau ada aku tercela, terhambur kata-kata kesat ke apa. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dan bermakna untuk kita semua. Juga jangan lupa merebut peluang yang Allah janjikan dalam bulan Ramadhan yg penuh dgn pakej2, promosi2, dan gratis2 hebat dari-Nya. InsyaAllah.

Najis@Tahi@Berak


Aku xtau korang suka atau x bila aku cakap pasal tahi, najis-najis x pam, tercalit-tercalit dan sebagainya bentuk ungkapan-ungkapan busuk.

Suka untuk aku suarakan di sini, bergelumang dengan bidang-bidang najis... benci atau suka, korang x boleh elak.

Maksud aku akan ada satu masa dalam hidup korang, kene main tahi. X percaya?

Macamana korang basuh berak? istinjak guna air? tisu? batu? tulang? hanger besi?

Nanti bila dah ada anak @ baby, dia berak, korang kene gak cuci yak-yak dia.. mana boleh biar nanti bersebu macam tepung komak tapi warna coklat @ hijau!!

Juga bile nanti mak ayah korang tua.. cane lak? kalau mak ayah dah terberak-berak bak kata bahasa medic "incontinent".

Di mana otot2 dubur dah longgar, ala-ala motor buruk honda cup boon siew tahun 70-an yang skru-skru enjin dia longgar. camtu lah nanti otot-otot dubur mak ayah korang, korang dan anak-anak korang nanti bila dah tua.

So usah lari atau katakan tak nak! pada tahi. Sebab memang hidup ni adakalanya kita kene bergelumang dengan najis.

Paling x pon, korang msti pernah dengar cane org selalu kata, shit happens!!

Shits happen!! or I can't shit at all (tu aku kadang2..hahahaha)

So pergi mati la sape-sape yg konon2 suci ... u can't hide your filthy smelly shitty hand from the world. Go suck it!! Dah tangan tu memang sebelah yg satu lagi untuk basuh berak. Shame on u guys who use the same hand to eat!

Neway, kalau korang rasa jijik, jangan teruskan membaca... boleh berambus sekarang.hahaha. sebab kandungan-kandungan seterusnya lebih jijik.
















Woi lebah@ asmoham!! gambar ape nih ko letak?

Hungga lah ko ! Bukan gambar aku pon, aku nak bagitau, ada orang yg lagi ekstrem, super ekstrem macam derang nieh.. Obsessed dgn najis@tahi@berak kot..

well, gambar-gambar ni ialah sedutan-sedutan episod fear factor jepun. Untuk korang yg kuat semangat dan kuat daya tahan najis boleh la teruskan membaca dan mengusha gambar-gambar fear factor Jepun tu di sini.

Tuesday, August 18, 2009

Hari Yang Suram...


berarak memori jingga dikala mendung awan kelabu


Wa pucitau wa... wa x berapa bole nak ketawa. Wa talak tau apa pasat. Tapi wa talak rasa itu dasat punya wooo... Washibannn!! ( bukan bermaksud cibai)

Hari ni, Rabu bersamaan 18 Ogos, di hujung-hujung Sya'ban. Sumpah aku xtau berapa haribulan Sya'ban, terasa betapa alpa dan lalainya aku dengan dunia yg aku xder la kejar pon. Tapi aku pasti tamatnya hari ni ada baki 2 -3 hari lagi sebelum bermulanya Ramadhan. Ahlan wasahlan!!

Aku x berapa suka, nak cerita kat dunia apa aku buat, macam orang-orang lain suka. Sume benda nak citer, hari ni bangun tido terkencing tilam, basuh tilam tapi lupa basuh kote lah.. opss.. kote bukan mencarut ye adik-adik. Dalam Grey's Anatomy text book ia bermaksud penis. ( sebutan pines). Macam-macam lagi la citer-citer LAME yg abg angkat@ abg tiri x sama mak x sama yah, tapi seagama sebangsa aku dulu xsuke (tribute to hafizbar). Aku punya citer2 pon xde la bagus mana tapi letih la nak citer sume benda ko wat hari-hari. Aku berak 3 ketul pukul 7 pagi tadi, tapi ada seketul lagi nak kuar aku kemut xnak kasi dia kuar last-last kuar gak akhirnya pukul 7 malam, panjang lak tu. dekat 20 cm. X ke bodo dan buang masa. Mentang- mentang la derang berak senang. Dah tu lupe nak pam, lupe nak cuci yg tercalit-calit tuh pon nak tulis dlm blog. WTF!!

Hahahaha... cukup.Tamat sudah sesi beremosi. Bukan emosi ke apa. Tapi semacam terasa semangat perjuagan saudara hafizbar tu mengalir cket dalam darah aku. Sikit je. Xbanyak mana pon. So mak x yah cuak ye.. hehehehehe..

Aku pon xtau nak bebel apa tapi dah banyak kot aku bebel. Cukup lah kalau aku cakap ada beberapa perkara yg aku anti gile-gile yg pantang korang sebut atau citer lebih-lebih pasti akan menyirap, merangsang urat-urat saraf-saraf marah aku, sampai berasap panas naik ke kepala, dan akan membuatkan wayar-wayar kat otak ni "short". It would be the last thing on earth that u guys wanna see... adik-adik dah tengok kan? hehehe... GANAZZ beb GANAZZ bile sang lebah mengamok dan menyengat-nyengat sume orang dengan sengatan bisa nya. Maybe di alam siber ni aku hanya boleh menyengat dengan kata-kata, tapi di alam nyata.... Nauzubillah. Mintak Allah jauhkan hasutan-hasutan syaitan. Semoga aku bisa dan terus bisa seperti ini, stay under control, let my emotion and anger at low level. Nanti letih lak nak kene ulang-alik Haron Din minum dan mandi air berbotol-botol... Cukup kot, dah kembong nak pecah perut aku nih.Siap dulu boleh bancuh wat air ribena, kopi, teh, milo, dan lickmykote ... ( horlick+ milo+kopi +teh .. menu malaysian nite 2007)




air jampi yg telah dibancuh menjadi air sirap..slurppp!!


Antara beberapa benda yang aku anti sudah semestinya bukan anti Noraini atau antibody ( babi ko, x lawak la) ... hahaha... ops.. bukan babi tapi swine.. ngehngehngeh... tu lawak kan. kikikikikilala

1. Ustaz
especially yg lebih kurang baya aku. Super anti semula jadi.. nak tau kenapa? tanya lah orang umno kenapa anti pas dan kenapa orang pas anti orang umno. Sama je jawapan dia

2. Perogol
Makna perogol di sini ialah semua bentuk tindakan merogol. Literal dan conceptual. Secara literal ialah perogol yg kuar paper hari-hari. Maksud lain perogol ialah mereka yang menangguk di air keruh di atas kenaifan atau kebaikan orang lain. "Cerdik dapat kt depa". Ibarat kene pau la, xkisah la dari segi wang ringgit, tenaga, masa, dsbgnya.

3. Perempuan cantik
Bukannya apa, nanti aku rasa nak ngorat, pastu dah dapat bukan boleh kawin pon. Ana majnun, enti rugik, ana sakit ana tanggung sendirik. fuki enti la!


4. Dah la cantik, nak manja dan mengada-ngada
kalau ko nak ngada-ngada sendirik ke, kat orang lain ke, wa tarak amik pot punya. Tapi silap la if u hook up with a wrong guy utk menada-nada... Nana anak En Sabry nak menada-nada x apa. Afiq anak Rizal nak menada-nada x apa . Tapi yang lain, ana kasi pelempang, taubat nasuha lah enti fi sabilillah.

5. Benda-benda lain yg buat wayar-wayar aku 'short' dan panas naik ke otak. Rasa cam otak kene rebus.

P/S : aku mintak maaf pada pihak-pihak yg tercela mahupun yg terasa. Juge jika aku ada wat entry-entry yg LAME. Aku kan manusia. Ana insanun yg lemah tenaga batinun... kekekekeke



.........................................................................................

Inilah luahan seharian yg suram dalam hidup aku... nanti aku sambung citer khas pasal ustaz-ustaz syaitan berkemaluan panjang dan perogolan bersiri dan perogol-perogol yg nyaris kene hentak.


Monday, August 17, 2009

Malaysian radio channel- v3

Pilih-pilih... nak dgr radio apa, thr gegar? hot? hitz ? nasyid? sabah? sarawak? suma ada sini. Tq lah kyap. aku cam biasa kasi promo website ni. maaf lah saudara empunya CybernatiC programme, gua talak kenal lu,tapi gua admire gile blog lu. Mmmg cool ass la bak kata org kiwi. Aku panggil ko mamat cybernatic je la. panjang la pulak. xpe lah pendekkan jadi MC.

So sape-sape yg sangap nak dengar radio-radio malaysia tanpa perlu log-on kat website pelik-pelik, korang g la kt blog bro cybernatic ni. Ada la macam-macam lagi gadget-gadget cool. skin radio player dia lebih kurang macam kat bawah ni la.



Cool dan sempoi!

Apa korang tunggu lagi.. jom la download n then kita layan thr gegar.. kasi gegarrr!!!

Silat Melayu

Suka aku disini untuk memuji silat melayu. Tapi x sukanya aku di sini untuk mengutuk filem-filem melayu. Bayangkan filem melayu (Aku selalu rasa nak kutuk ) menceritakan tentang silat melayu. Wahhhhh... adake? Berani ke? xabis-abis wat citer-citer pegi panggung gelak-gelak... asyik-ayik muka dia je, macam la dia sorang je boleh wat gelak. Dey tambi... ramai lagi la pak lawak pak lawak kat malaysia nih. Ramai gak yg hensem pe. Tapi apseal nak ambik gak yg x ensem tapi makin kurang dah lawak skg nih.. ambik la nabil. hensem. lawak.. hehehe... ( tapi jgn ambik si amirr tuh haaa, kompem pecah panggung!

Hahahaha, sebenanye haram la kalau penggiat filem malaysia nak buat citer pasal silat melayu. Nak wat citer rempitt je. cite lumba haram kete. citer cinta streotaip. citer polis pon xde modal. polis cakap2, kejar2, tembak cket2 peng-peng-peng yg xreal lagsg. BB gun ngn air gun lagi real kot. Sorry la, maybe mahal kot nak gune real blow-back hand gun. Jangan risau, murah je kalau beli dgn aku kat sini. Pilih je nak yg api kuar kt depan, atas, brass casing melambung2, tcampak kat lantai pusing2 dsbgnya.

Dah habis pon intro. Sebenarnya aku nak promo video nieh. Filem silat melayu bertajuk Merantau. Tengok trailer dia memang gempak. X sabar aku nk tggu cter ni kuar. Boleh x agaknya fight cter Ong Bak n Tong Yam Goong lakonan Tony Jaa tuh. So adik-adik, klu dah kuar nanti, cepat-cepat amuk mak p beli cd. X pon kyap, p beli n pos kat aku klu ko jumpe tjual di mana-mana kios dvd cetak rompak bandung. Aku kepingin sekali nontonin nya dong!!





Friday, August 14, 2009

Cibaiii!!!!

"Cibaiiiiii!!" Jerit aku ketika makan.

Pelempang kepanggggggggg!!!!!!

Aku kene pelempang kepit dengan mak.

Tersembur lauk-lauk makan malam yang aku baru suapkan ke mulut.

"mana belajar?" tanya mak kepada aku.

" padang". pendek je aku jawab. sambil air mata bergenang. terasa perit pipi aku kanan dan kiri dek lempangan kepit penuh padu.

"Besa tuh. pi padang belajaq benda x elok, pastu cakap kat kakak macam tuh"

" dah dia cibaiiii, sape suh...." " pelempanggg... kepangggggg" sekali lagi aku makan pelempang, xsempat aku nak habiskan ayat-ayat ketidak puasan hatiku kepada kakak ku yang mencari gadoh.

Nota: kejadian berlaku sekitar tahun 1994 di mana aku sendiri xtau makna vocab baru yg aku belajar petang tu. Cuma aku tau sesuatu yg orang unkapkan apabila marah dan menyebabkan orang yang satu lagi berasa marah juga.

Pengajaran: Perkataan-perkataan yg x elok ni, xpatut kita cakap kat sapa-sapa pon, x kire lah orang tu buat apa kat kita. Tapi biasalah, aku pandai memberi nasihat, tapi kadang-kadang lagi teruk daripada tu aku penah cakap. Sesungguhnya perbuatan, perkataaan dan tingkah laku kita mencerminkan peribadi kita, pemikiran kita, dan akhlak kita. Seelok-eloknya bawalah beristifar dan selawat ketika amarah mencengkam jiwa kita.

83 Harrow part III

Episod Lepas

83 Harrow Part II
83 Harrow Part I
...................................................................................................................................


Hello, bertemu kembali dalam episod yg ke-3. Aku pon dah lupa hari tu berenti kat mana. Anyway, hari ni, aku nak citer pasal salah satu watak utama dalam gabungan 5 orang hero. Setelah undian dibuat, aku akhirnya memilih untuk menceritakan perihal drug dealer. hehehe.. drug dealer, jangan mara ek.. hihihik.

Pertemuan pertama dengan drug dealer berlaku ketika aku sedabg berjalan sorang-sorang dekat lorong gelap belakang library. Tiba-tiba dengan penuh gaya drug pusher seorang mamat yg x berapa hensem , tapi sangat hensem di pandangan mata isterinya menegur aku

" Hey mamat, lu mau mati ka?"

"La, apehal ko mamun dekat-dekat magrib ni, jom-jom kita balik rumah solat magrib pastu makan sama-sama. Aku masak lauk ayam masak merah nieh. bole kita makan sama-sama sambil tengok berita"

Begitulah aku, penuh bergaya. Seorang kapitan menjinakkan seorang drug dealer. Masa tu drug dealer baru je wat course HSFY, basic untuk sambung ke course critical pada tahun berikutnya di mana dia akan belajar cara-cara membancuh dadah, membungkus, dan menjual dadah yg betul. Susah gak sebenarnya nak jual dadah ni, bukan macam jual dadih kat pasar tani Shah Alam tuh. Siap pak cik x sekolah pon boleh jual, beranika warna, nak yg sejuk, panas, suam-suam kuku, fresh, basi, suma ada...

Drug dealer ni, bila aku dah kenal dia baru aku tau dia ni hebat. sangat hebat. hebat berdebat. Walaupun kadang-kadang lebat. Tapi orang x pernah rasa meluat. Malah semakin ramai dan semakin dekat. Kau bagi la apa-apa topik nescaya dia boleh cakap. Even kalau kau bagi keyword je, contohnya : rantai basikal. Si drug dealer ni boleh bagitau kau asal-usul rantai basikal, cane orang boleh eksiden teruk kemalangan maut yg ngeri hanya disebabkan oleh rantai basikal ( dah dia pegi pasang kat motor mana x ngeri nya.. sepal). Sampai kepada local-local dealer yg menjual rantai basikal di seluruh negara pon dia boleh citer. Siap kasi website cutegadgets.com lagi yg jual keychain rantai basikal warna-warni.

Okay, selesai satu bab. Aku citer sikit-sikit je, sebab banyak sangat kelebihan hero-hero nieh. Sorry ek encik drug dealer, ko bukannya x terer, tapi terer cuma aku xsuka kawan-kawan aku nanti bongkak riak dsbgnya bile org up-up kan diri kau. hehehe...



Inspirasi oleh pak cik jual dadih, drug dealer kini menjual
dadah berwarna-warni untuk menarik perhatian kanak-kanak.


Satu lagi kebolehan dia, ialah memikat. Memikat macam-macam. Burung merbok, semut ( iaitu apabila dia kasi tumpah gula kat dapur), lalat ( dia x buang sampah masa pagi senin, lalat datang menderu-deru berbondong-bondong menyembah plastik hitam DCC ibarat orang-orang quraisy mekah menyembah berhala-berhala). Tapi kan sebenarnya, aku x nak pon citer pasal benda-benda ni, aku nak citer macam mana dia begitu hebat memikat perempuan. Aku ulang, perempuan. oh perempuan. Senang ke nak pikat perempuan? Tanya lah orang perempuan. Aku orang jantan.

Mengenang kembali perbualan-perbualan berkenaan perempuan dengan drug dealer, mungkin banyak benda yg aku belajar dengan dia. "Orang perempuan ni bla bla bla..... Mak aku dulu bla bla bla bla bla..... bla bla bla bla bla bla abg aku keje petronas dapat bonus puluh-puluh ribu setahun,... bla bla bla bla Tanjung Malim best dvd cetak rompak murah n banyak... bla bla bla bla bla bini aku cun gila aku sayang sama dia ana sayang enti sampai mati... bla bla bla bla aku otai gile bab pompuan!" .So kesimpulannya, memang dia otai la, panjang tu dialog keotaian dia, x dpt aku nak tulis. Aku berterima kasih pada tuhan kerana mempertemukan aku dengan seorang lelaki bernama drug dealer, dia bukan sahaja pandai jual dadah, tapi dia juga pandai bergebang dan tolong kawan-kawan yg loser mendapat pasangan hidup. Tabik springg untuk drug dealer, ngoratlah isteri anda yg cun- melecun itu sampai lebam. hehehe.. jangan ngorat orang lain sudah. Kerana ilmu yang baik itu, kalau digunakan di jalan yg baik, maka akan berterusan lah kebaikan itu dan begitu juga lah sebaliknya.


Selamat beramal.... bZZZZZZZZ



...................................................................................................................................

Episod Lepas

83 Harrow Part II
83 Harrow Part I




Wednesday, August 12, 2009

Ramadhan menjelang lagi...

"Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat kulalui dengan sempurna..." Terngiang-ngiang bait-bait lagu Man Lebai @ Man Bai yg masa tu (sekitar hujung 90-an) berpoyo-poyo untuk nasyid dengan Raihan. Al-maklum lah masa tu irama n genre nasyid tengah naik,banyak kumpulan-kumpulan nasyid muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi macam biasalah, Raihan gak yg menten cool.. n the best so far. Yang lain-lain sume bagi aku sipoyoropol, walaupun lagu-lagu jiwang islamik derang sungguh sedap dan begitu assyyyhhuukkk!

ana sayang sama enti, sebab enti sgt iShlamik. cinta ena pada enti menggunung tinggi sampai ana jadi majnun! enti juga yg rugi, ana sakit tanggung sendirik!

Berbalik pada topik utama.. sekitar sambutan ramadhan dan bagaimana ramadhan-ramadhan lalu diisi, banyak sebenarnya kenangan-kenangan masa kecil yg aku x boleh lupa. Seringkali ingatan aku ni akan berputar kembali menyorot masa silam aku yg tertinggal... menggamit memori seribu suka-duka menjelang ramadan. Sama- sama kita teliti kembali diari ramadan aku..

1990

Masa ni aku dok kat Ipoh, Taman Mewah, aku x puasa pon, tapi sebok je kunun-kunun puasa. Bab yang paling aku ingat, ialah satu petang, aku baru pulang dari kedai mamak bapak kawan aku kat tabika kemas. Aku masa tuh kanak-kanak kecil yg baru nak belajar main mercun. So beli la mercun padi yang sepapan 60 sen bewarna-warni. Ada kuning, merah, hijau dan biru cair. ada kot beberapa belas, setiap satunya halus-halus je, bunyi pon x kuat mana, dan kuasa letupan pon x kuat mana gak. So sampai kat padang, kawan-kawan aku yg berusia lebih tua, dah sibuk susun katak-katak yg diorang tangkap untuk di masacre. Kitorang pon mengisi lah mercun-mercun ni kedalam mulut sang kodok yang berbaris panjang dan mencucuh untuk melihat aksi akrobatik katak melompat hancur selepas menghisap "rokok". hahahaha... kejam, tapi best. Dek kerana mercun aku mercun padi, orang lain gune mercun papan yg besar ( mercun papan ialah ayah kepada mercun padi), so aku kene taruk 2-3 biji. Tapi yang meletup sebiji dua. So patah balik kedai mamak, pegi beli mercun papan lak. Kene bawak kawan aku yg besar sikit, sebab bapak si mamak x kasi budak kecik (aku budak tadika ) beli mercun papan. So pembunuhan beramai-ramai diteruskan.....


1993-1995

Aktiviti memercun semakin rancak. Mercun dibeli dari kedai Cikgu Shahrin selang 2-3 buah rumah je. Masa tu heaven, sebab macam-macam jernis mercun aku beli. N cam biasa, mak n abah x tau activiti mercun aku sehinggalah pada suatu hari sekitar tahun 1995, di satu petang, aku berbasikal jauh dgn hafiz (engineer dah dia skg) kitorang g rumah Amsyar (xtau dia wat pe skg). Amsyar ni loaded, dan dekat rumah dia ada kedai askar pencen mmg jual mercun murah. kira hari tu dia belanja mercun. yang best tu, ble dah puas main balik-balik mak dah tunggu kat depan, aku buat cool, mak cek poket, ada lighter,kene rampas, n kene cubit. Pastu mak terus taboh aku tang-tang tu gak. Xdan nak masuk rumah pon. Dah puas ditaboh, baru lah aku tau, rupanya On telah menjadi mat port chalmers yg merepot pemergian aku berjihad dgn Hafiz n Amsyar. Oleh kerana masa smp rumah tu hujan, langit gelap, memori aku x dpt ingat mekanisme atau pun modus operandi penabohan emak. Tapi yg pasti sakit dan mgkin alat yg digunakan ialah kalau x talipinggang, hanger, kertas surat kabar gulung2, tangan, atau apa-apa benda yg boleh digunakan sebagai alat penaboh. bOh sama dia!! boh!! yepppaaaaa!!!


............bersambung la pulak..........

Sunday, August 9, 2009

Apabila sang lebah bercerita....

Dalam satu koloni, ada beribu-ribu ekor lebah, tapi dalam beribu-ribu cuma ada sekor je yang berwarna putih. Kenapa? Wallahuallam. Lebah tu ialah sang lebah putih. Unik. Cool. Peramah. Good looking. Baik. Pendek kata, lebah ni special, disenangi lebah-lebah lain, dan dia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Nama panjang dia kawan-kawan lebah lain panggil sang lebah putih. Nama pendek yg cool LP. Semenjak azali lagi, LP memang yg terbaik, ngetop antara lebah-lebah sepersaingan dan seangkatan. cemerlang. rajin. terbaik. Xkurang hebat bila ramai lebah-lebah betina yg lain ada yg tergila-gilakan LP. Tapi LP cool. LP tau sebagai lebah pekerja, dia mempunyai cita-cita yg tinggi. Dia kene rajin mengutip madu dan maintain menjadi lebah kesayangan permaisuri. Dalam pada LP bekerja keras, menjadi idola lebah-lebah muda, banyak betul cabaran yg dihadapinya. Tapi LP memang cool. Cool habis..


Aduiii... bosan sial cter lebah aku... aku letih sebenarnya... hari ni marathon bape byk case write up dsbgnya.. otak dah xleh nk jalan.. korang layan je la... hahahahaahahaha.. lepas ni aku bg teka-teki la pulak. Sape boleh jawab ak bagi hadiah misteri balik summer nanti!!

Jangan sekali-kali mengaku kalah!!



Kadang-kadang kita rasa kita down, kita x bernasib baik, shit happens, or maybe shits happen ( too many shits at one time or maybe you cannot shit at all!). Tengok sekeliling kita, kadang-kadang kita rasa banyak benda yang kita nak tapi kita x dapat, tapi sekurang-kurangnya, kita ada banyak benda yang orang lain nak tapi x dpt. Kita ada abah, mak, adik-beradik dan kawan-kawan yg selalu ada dan menceriakan hidup kita.

So, tiap-tiap kali aku down, tapi lately ni jarang down sbb aku makin kuat tapi selalu letih..badan dah xkuat tapi masa aku down-down awal tahun hari tu, aku tengok balik video ni..aku rasa x ada sebab kita nak rasa down, atau sedih atau apa-apa lagi emosi negatif yang boleh menyebabkan kita stuck dan xleh nak move on..

X kira berapa kali kita jatuh, kene berusaha bangun, walau macam mana pon, xkira lah kalau terpaksa merangkak, mengengsot atau apa-apa lagi, sebab orang x tengok banyak mana atau tinggi mana kita mendaki, orang tengok betapa kuat nye kita mendaki sebab kita sendiri akan lebih menghargai susah-payah jerih-perih satu pendakian mencapai cita-cita. Kalau kita berjaya macam mana pon, orang akan ingat kita sekejap je.

Tanya lah sapa-sapa orang dekat mana-mana beberapa soalan basic. Siapakah orang yg pertama mencipta telefon, siapakah pemenang noble prize 5 tahun lepas, siapakah pelajar cemerlang SPM malaysia 2000. Haram. Xkan ada orang yg ingat sebab satu kejayaan itu lebih bersifat seasonal, tapi usaha dan kegigihan itu sesuatu yang berkekalan.

Jangan putus asa! gambate ne!! chayyook2!! aja-aja fighting!! wafakkallahu binnajah!!

Sunday, August 2, 2009

Happy birthday Cik JaM @ AJam..

Happy birthday.. yg ke-12 kan? Belajar rajin-rajin kasi cemerlang upsr tuh.. anak-anak mak @ adik-adik aku semua pandai-pandai. Kalu rajin je insyaAllah score. Aku xleh nk tulis panjang-panjang sebab banyak kerja nak kene buat. Pape pon, harap-harap Ajam akan membesar menjadi anak yg soleh dan rajin tolong mak. X gune kalau pandai tapi akhlak buruk dan orang benci. Nanti bila aku balik nanti aku belanja. Kalau dapat 5A Ajam boleh pilih, nak walther, gamo, beretta, atau flintlock. Tapi kena datang New Zealand la yea.. :)

Swine Flu

Swine flu. H1N1. Selsema babi. Apa-apa lagi yg orang gelar, tapi hakikatnya, hanya sesetengah komponen strain flu dia ada pada selsema babi, sesetengahnya lagi ada pada bird flu. Aku xtau detail pasal immunology swine flu sebab aku bukan nerd dan aku x berminat. Tapi, aku dah dapat tau salah satu punca dia, ialah aktiviti manusia yang tidak sehat. Klik sini untuk maklumat yang lebih jelas.

Saturday, August 1, 2009

Terperangkap....

.............................................................................................................................................................................
Lokasi: unknown
Masa: 8 pm
Tarikh: 31 Julai

"Gelap sangat ni aku tak nampak apa-apa," getus Sarjan Ramzi dalam hati.

Semenjak semalam, pasukan komando elit beliau telah terpisah gara-gara ambush zon A yang gagal. Dia masih tidak dapat mengingati detik-detik kejadian bagaimana konvoi mereka diserang hendap dan dia terpisah dengan 4 orang krew anggota elit kumpulannya. Yang dia pasti, dia kini berada dalam sebuah terowong yang gelap gelita.

"Barangkali mungkin budak-budak ni pon sama-sama terperangkap di sini" fikir Sarjan Ramzi.

Dia yang sentiasa tenang cuba memikirkan cara bagaimana untuk membolehkan dirinya dapat dilihat sekurang-kurangnya oleh sesiapa sahaja yang barangkali terperosok dalam terowong sempit lagi panjang ini. Oleh kerana terlalu letih dan lesu, hampir dia terlupa yang dirinya sememangnya berkulit gelap, berketurunan India campuran sebelah ayah, dan orang Nigeria sebelah ibu, dia seawalnya telah pasrah akan warna kulit yang diwarisinya. Ibarat seekor kumbang hitam yang bergerak-gerak di atas sebuah batu besar besar hitam di dalam kegelapan malam yang hitam pekat diselaputi kepulan asap tebal. "Lebih hitam lagi kulit aku ni" itulah ayat-ayat pasrah Sarjan Ramzi memujuk dirinya yang serba hitam. Pakaian seragam kor 13 PASKAU beliau sememangnya telah bercampur aduk dengan warna-warna selut dan lumpur hitam di pangkal terowong tadi.

Sarjan Ramzi terus merangkak perlahan-lahan, sekali-sekala senyum tersengih seorang diri dengan harapan barisan gigi-gigi putihnya akan kelihatan dari jauh oleh Rescue team yang mungkin telah dihantar oleh Mejar Ghani untuk mencari saki-baki anggota Kor 13 yang berpecah dan terpisah dari konvoi ambush lewat malam semalam.

Kadang kala terasa laluan terowong kecil itu menyempit dan menghimpit tubuhnya yang agak tegap dan kejap itu. Selang beberapa gerakan, dia cuba sedaya upaya menanggalkan bajunya yang menyukarkan pergerakan menyusur rangkak lantai terowong sempit. Perlahan-lahan,
kedengaran aliran arus deras dari belakangnya yang pada mulanya sayup-sayup namun dalam beberapa saat sahaja semakin mendekati dan semakin deras.

"Ya Allah, matilah aku.. Ashhadu an la illaha illallah... " sambil menarik nafas dalam-dalam dia terus memicit dan menutup lubang hidungnya. Mungkin ini adalah nafas terakhirnya. Sarjan Ramli memejamkan kedua-dua belah matanya dengan perlahan-lahan.


.....................bersambung.......................