Wednesday, March 20, 2013

Tekan Menekan

Hari ni aku rasa aku dah menjadi part of satu sistem yang mula-mula buat aku culture shock.

Sistem ni pada mulanya seawal aku masuk memang amat menjengkelkan.

Paling jengkel sekali ialah bilamana aku dapati tak ada "passion to care", atau apa2 saja nilai yang mana segilintir nurse tak dapat pamerkan.

Aku rasa mereka ni kerja hanya untuk kerja semata-mata.

Pagi datang kerja ambik passover, then petang passover.. kalau boleh balik cepat , lagi bagus.

Sungguh tak seronok dan tarik muka apabila patients datang dan menyerang wad ibarat garuda melanggar indonesia.

Namun hari ni...

Aku pon dah jadi macam ni.. kerja sebab kena kerja. tak sabar nak tunggu waktu balik. dan kalau balik tu kalau boleh nak blah cepat-cepat.

Apesal ek?

Rupa-rupanya baru aku perasan. Semua ni disebabkan tekanan. Selama ni mereka kerja dalam tekanan.
Sebab tu "passion" itu hilang. Dan environment sekeliling sangat-sangat tidak stimulating.

Mereka ditekan oleh Sister, buat kerja sebab kalau tak nanti kena marah dengan Sister dan Sister pula takut dimarah oleh Matran..

Sistem tekan menekan ini.. yang atas menekan button.. supaya yang bawah buat kerja dan yang dibawah tertekan rupa-rupanya memalingkan terus "passion" and "love" selain menyahkan terus "stimulating environment.

Jadi, aku percaya nanti satu hari semua ini akan berubah. Tapi tak tau la bila.

Wednesday, February 13, 2013

Bedebah betol...

Bedebah betol,  lama aku tak tulis apa-apa dekat sini

Bedebah betol, bukan aku tak mahu tulis tapi penat gila kerja

Bedebah betol, entah bila sistem KKM ni nak ubah

Bedebah betol, banyak gila kepincangan dari segi integriti, semangat kerja, kualiti kerja dan tak berapa amanahnya staff kerja KKM.

Bedebah betol, apesal nak kena nyanyi tiap-tiap bulan sekali masa perhimpunan "Kami penyanyang, pada semua, bagi kami, tiada beza, bla.. bla.. bla... "

(korang boleh google lagu rasmi KKM)...

hakikatnya, nilai-nilai murni perlu dipupuk dalam diri.. bukannya dengan nyanyi-nyanyi dan ikrar yang tak akan mengubah apa-apa..

Yang mana akidah kerja nya pincang akan terus pincang.. akhlak kerjanya barai akan terus barai..


Namun tak semua macam tu.. ramai juga yang tak perlu nyanyi-nyanyi apa bagai sebab nilai-nilai itu ada dalam diri.

Sekian..


p/s: kalau korang tak paham apa yang aku cakap, cube ingat balik kenangan pegi hospital atau klinik kerajaan.. kan ada dua jenis staff yang okay dan tak okay.. memang penat dengan sistem yang tak berapa cekap selalu kena, tunggu lama.. tapi yang buat lagi penat ialah perangai staff yang macam cibai.





Tuesday, February 14, 2012

Sehari Menjadi Cikgu

Hari ni, aku yang memang sedang menanam anggur diajak untuk menyertai delegasi cikgu-cikgu kelab bowling Sekolah Kebangsaan Seri Kerian.

"Awak join la, boleh tolong saya sambil-sambil tu boleh main".. pujuk isteriku sambil membuat muke comel.

"Hmmm.. Okay." tanpa berfikir panjang aku terus setuju.

Memang rasa seronok sekali apabila dapat join budak-budak sekolah rendah ni. Bukannya apa, dalam 35 orang budak tu.. ada macam-macam karektor. Dan karektor-karektor diorang mengingatkan aku pada setiap seorang watak rakan-rakan sekolah rendah aku.

Paling menarik apabila cikgu yang dah berumur sikit ni mula naik hantu.

Almaklumlah, budak-budak tengah naik mana nak makan saman.. lagi-lagi budak-budak zaman facebook dan twitter ni.

Isteri aku yang merupakan cikgu utama yang incharge hari ni kelihatan tenang dan ayu duduk sebelah aku.

"Dudukkkkkkkkkkkkkk!"

Sunday, February 12, 2012

Karipap

Pasar malam Pekaka, Nibong Tebal

aku: "adik.. karipap ni kira macam mana..?"
budak: "3 seringgit bang"
aku: "apa beza yang ni dengan yang ni?" sambil tunjuk dekat 2 bekas karipap bersebelahan.
budak: "yang kiri tu ayam, yang kanan tu daging"
aku: "bagi seringgit campur ayam dengan daging"

selepas makan ketiga-tiga karipap yg dibeli... mmg tak dapat nak bezakan mana karipap ayam dan mana daging.. sebab semuanya karipap inti dia kentang!

Wednesday, October 26, 2011

Tulah Kerengga : Tahi bintang

Sebenarnya, tidak baik berbohong.

Orang tua-tua penah berkata, siakap senohong, gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama jadi menteri.

Mana mungkin aku membiarkan kerengga-kerengga itu di ulit kebahagian yang berpanjangan.

Tidak logik langsung.

Umum mengetahui, " ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari" adalah pepatah melayu yang lazim kita lihat dan dengar dalam drama-drama melayu.

Namun, pada hari itu, jika kerengga dapat berkata-kata, sudah pasti salah seekor dari mereka turut menuturkan ayat tersebut namun latar tempat dan masyarakat berubah menjadi sebuah drama serangga dalam kebun sayur di halaman rumah.

Seorang sepupu yang dilahirkan sebagai saintis kampung, Apit telah berjaya mencipta satu konsep "tahi bintang".

Amat mudah.

Cara membuat tahi bintang adalah seperti berikut.


Monday, October 24, 2011

Tulah Kerengga

15 tahun yang lalu, aku punya nakal memang boleh buat Mak-mak sakit jiwa.

Kenakalan aku bukan takat libat diri sendiri, abis adik, atok, nenek , jiran semua terlibat.

Satu hari masa bulan puasa sebab tak ada kerja punya pasal, aku merayau-rayau di halaman rumah sendiri.

Oh ya, masa kami baru berpindah ke Alor Setar, jiran lama sangat kuat berkebun. Habis dikebunnya seluruh halaman.

Sakneka-makneka sayur-sayuran abis ditanam oleh jiran lama.

Oleh kerana abah dan mak ketika itu mengamalkan gaya hidup penuh penuh Obes, habis jahanam laman sayur-sayuran dek tak terjaga.


Friday, September 16, 2011

Mencari 6 pack

4 hari lepas aku sedar perut aku dah terjojol setelah sekian lama aku tak kelebek perut ni.

Semua ini dek terlalu memanjakan perut di bulan puasa dengan makan yang sedap sedap waktu berbuka dan melantak di tengah malam sebelum tidur sebagai backup sahur.

Sedar tak sedar masa sambutan raya tempoh hari, nafsu makan aku mengalahkan nafsu syahwat seekor kuda jantan.

Memang jahanam.

Natijahnya, keseronokan sebulan bakal memberikan aku imej lelaki boroi tidak hensem dan gila seks.

Disebabkan semangat juang yang tinggi untuk tidak di salah label, aku membuka balik kitab-kitab suci menurunkan badan.

Lalu, aku bertekad untuk mengira jumlah kalori, makan berjaga-jaga dan memperbanyakkan senaman.

Sesungguhnya sifat hangat-hangat tahi ayam itu di benci oleh kawan-kawan.

Sembang lebat juga dibenci oleh adik-adik.

Oleh itu, aku pun pergi la ke gym selang sehari bermula awal minggu ini.

Sunday, August 28, 2011

Saturday, August 6, 2011

Sandiwara abang CIMB



Satu hari sewaktu kira-kira waktu semayang Jumaat, dalam pukul 130 petang . Telefon kedengaran berdering-dering riang di dalam sebuah rumah di USJ 6, Subang Jaya.

"Berderingggg..... deringgggggg...." tiada jawapan

"Berderinggggg.....deringgggggg...." tiada jawapan juga, "Cepat lah angkat"bentak suara jantan di hujung talian.

"Berderingggg...... deringggggg,,,," dan "Hello...." kedengaran suara lembut dihujung talian.

"Assamualaikum.. " sapa si penelefon penuh budi bahasa.

Tuesday, June 21, 2011

Sikap Terbudu-budu Membawa Padah

Memandangkan temasya sukaneka peringkat seluruh New Zealand bakal menjelma, aku telah mensasarkan untuk mendapatkan berat badan ideal bagi mendapat sebuah larian yang lebih kencang.

Sekitar dua tiga bulan sebelum bermulanya temasya ini, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya lebih kerap turun ke padang bermain bola, kerap ke gymnasium, berlari-lari dan jogging, malah pemakanan juga turut dijaga dengan rapi.


Sunday, June 5, 2011

Maruah Yang Tercalar

Sebagai lelaki, aku menjalani kehidupan ini sebagai seorang yang bermaruah.

Maruah seorang lelaki terletak pada kegoannya, kepandaian dalam bidangnya, dalam manis kata-katanya dan pada kasih sayangnya.

Namun satu hari dalam minggu lepas seseorang telah mencalar maruah yang aku jaga selama ini.

Geram rasa hati aku ni aku tahan-tahan, kalau tak kerana dia seorang gadis sudah lama aku selesaikan cara "man to man".


Saturday, May 28, 2011

Tragedi City Plaza

Entah macam mana, hari ini, sedang aku melepak-lepak tiba-tiba sahaja aku teringat kisah lampau tragedi di City Plaza Alor Setar.

Sesiapa yang belajar komsas Bahasa Melayu tingkatan 4 pasti ingat sebuah cerpen bertajuk "Cerita Bayan yang Tidak Mendengar Kata Ibunya".

14 tahun yang lalu City Point merupakan shopping complex yang paling besar di daerah Kota Setar. Kira-kira pertengahan tahun 1997 baru keseluruhan shopping complex baru iaitu City Plaza siap. Bangunan kompleks baru bercantum dengan City Point.


Tuesday, May 24, 2011

Badi Cinta

Aku akan tulis semula himpunan kisah-kisah "Bersukan Bukan Sekadar Berpeluh" yang lain-lain untuk dimuatkan dalam mini siri pengalaman Major Depressive Disorder yang aku hidapi hampir 5 tahun.

Tajuk?

Errrrr.... maybe sesuai kot..

"Badi Cinta MBChB - Duri-duri di Dunedin"

Semoga perkongsian ini nanti dapat memberi manfaat, dan sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap penyakit yang agak common dalam masyarakat tetapi sering disalah erti. Bersempena dengan Depression awareness week juga, aku harap tulisan ini dapat membantu mereka yang menghadapi symptom awal, atau yang sedang menghidapi dan ingin kembali sembuh, serta sesiapa sahaja yang mempunyai ahli keluarga, sahabat atau orang tersayang yang menghidapi MDD.

Semoga semua pembaca tegar, follower berapa kerat dan silent readers dapat support. Thanks.

Sunday, May 15, 2011

Hari guru : guru cemerlang anak murid gemilang?

Sepanjang hidup ini dari kecil sampai lah sekarang aku rasa setiap orang termasuk aku mempunyai pengalaman dengan guru. Pengalaman yang aku maksudkan ialah hidup berguru.

Guru atau cikgu bukan sahaja merangkumi cikgu yang mengajar di tadika, sekolah atau maktab atau universiti tetapin juga guru-guru part time yang banyak mengajar kita tentang hal-hal lain tentang kehidupan yang tak diajar di sekolah.

Guru semasa kecil

Bagi kanak-kanak yang sedang meningkat dari umur bayi ke alam toddler dan kemudia infant, guru mereka adalah ibu bapa, abang, kakak dan television. Teringat adik aku yang second last iaitu Izzah masa mula-mula dia pandai bercakap.

2 perkataan yang dia boleh sebut lancar ialah " Udin Babi" merujuk kepada aku. Tapi sebagai abang yang penyayang, aku cuma tersenyum pasrah sambil menggosok-gosok kepalanya. Kalau dia dapat abang yang perengus pasti dah dilempang laju-laju sampai bengkak pipi ataupun diikat dipokok sampai mati kegatalan di gigit ulat beluncas dan tungau.


Monday, May 9, 2011

Reduced Trolley

Selalunya aku bila bershopping akan ke Countdown. Dengar sahaja nama supermarket ini semua boleh meneka bahawa harga-harga barang memang murah. Count-down.

Competitor sejak azali Countdown ialah New World. Selalunya New World ada special price untuk certain items yang slalu beat Countdown. Tapi supermarket Countdown tetap terbaik, sebab masih buka lewat malam walaupun dahulu pernah buka sampai 24 jam .

Tahun ni Imran Al-Khotimun telah mula mengajar aku membeli barang-barang reduced. Di kaunter tak berpenjaga yang paling hujung ada sebuah trolley yang diisi penuh dengan beraneka makanan dalam kotak, tin dan plastik yang dijual pada harga runtuh.

Barang-barang ini ada yang dah expired, tetapi masih boleh dimakan oleh jin perut besar dan barang yang dah cacat packaging macam tin yang kemik dan plastik yang berlubang. Harga memang murah bukan main kadang-kadang dari 2 dollar lebih boleh dapat 50 sen je.

Saturday, May 7, 2011

Bersukan Bukan Sekadar Berpeluh- Kerana Percayakan Siti



Kerana percayakan Sitilah, hari ini aku masih boleh berdiri, tersenyum dan bangkit dari kejatuhan lalu.

Kalau boleh kembali ke masa lalu, cuma seorang sahaja yang aku percaya iaitu Siti. Aku tak akan percayakan orang lain. Malah kasih sayang aku semua akan aku curahkan kepada Siti. Tak ada yang kedua dan tak ada yang lain.

Namun semua manusia buat silap. Kesilapan lalu yang ntah tak tahu sudahkah tertebus. Harap Siti dapat maafkan aku.

By the way, siapakah Siti?


Friday, April 29, 2011

Bersukan- bukan sekadar berpeluh!



Aku ingat lagi dulu-dulu masa zaman sekolah, especially time buat karangan Bahasa Arab.

Menurut pak-pak arab dahulu kala, "Al aqli salim minal jismi salim".

Maknanya, akal yang cerdas dari tubuh badan yang sehat. Kalau translate direct pula maksudnya akal yang baik dari tubuh badan yang baik.

Salim juga bermakna sejahtera, di mana anda boleh menggoreng lagi karangan dengan menokok tambah yang orang-orang bersukan kelak hidup mereka anak bini akan sejahtera.. hahaha..

Berbalik kepada isu bersukan, dulu-dulu masa sekolah kalian pasti tidak terasa akan kepentingan bersukan . Lebih-lebih lagi kalau yang memang sekolah asrama.

Kenapa? Kerana hidup dikurung di institusi sekolah, kolej atau maktab, kita tidak bebas dan aktiviti yang tinggal hanyalah beriadah.

Keterbatasan beaktiviti ini dirujuk kepada zaman sebelum kewujudan broadband, laptop-laptop murah dan pelbagai jaringan laman sosial seperti facebook.

Setelah bertahun-tahun meninggalkan institusi kurungan ini, aku baru sedar yang aktiviti riadah semakin berkurangan.

Kalau di Malaysia kau boleh counter balik semua makanan-makanan mapley dengan bermain futsal, tapi di New Zealand yang sejuk ini macam mana?

Tuesday, April 19, 2011

Kasih Ayah




Okay, aku tak rasa benda ni funny.. tiap-tiap kali balik keje, penat-penat aku semua hilang bila tengok gambar-gambar ni.. ada kot dah sebulan lebih aku buat keje ni.

Anyway, ni baru gambar, kalau hidup, betul-betul punya mesti best..

Gelak-gelak, ketawa-ketawa, gurau-gurau.. dukung-dukung.. sure hari-hari aku keje sungguh-sungguh then semangat nak balik rumah kan?

Thursday, April 14, 2011

Stove Baru

Tempoh hari, aku telah mendapat mandat @ tender membina jambatan dari kerajaan Barisan Nasional.

Oleh itu, untuk tidak mensia-siakan projek tersebut aku telah menyuruh landlord membeli stove baru yang dilengkapi oven.

Apa kaitan Stove dengan projek jambatan?

Oh, my knees... aku telah meracau-racau tak tentu hala. Sebenarnya aku telah mendapat tender menyediakan lebih kurang 50 bungkusan nasi ayam super sedap terbaik dari ladang.

Ayuh teruskan membaca untuk mengikuti cerita pasal stove baru di rumahku!

Ceritanya begini,