Sang lebah terbang terkapai- kapai di tiup angin, ribut dan taufan. Kadang-kadang ditimpa titis- titis hujan. Tapi sang lebah tahu bahawa dia harus terus terbang mencari setitis madu untuk membina semula sebuah koloni yang telah hilang!!
Saturday, August 6, 2011
Sandiwara abang CIMB
Satu hari sewaktu kira-kira waktu semayang Jumaat, dalam pukul 130 petang . Telefon kedengaran berdering-dering riang di dalam sebuah rumah di USJ 6, Subang Jaya.
"Berderingggg..... deringgggggg...." tiada jawapan
"Berderinggggg.....deringgggggg...." tiada jawapan juga, "Cepat lah angkat"bentak suara jantan di hujung talian.
"Berderingggg...... deringggggg,,,," dan "Hello...." kedengaran suara lembut dihujung talian.
"Assamualaikum.. " sapa si penelefon penuh budi bahasa.
"Walaikumussalam, nak cakap dengan siapa ya?" tanya suara lembut itu.
"Adik, mak dengan ayah ada dirumah tak? nama abang Amirul Rashid dari CIMB bank... abang....."
"Sorry lah.. mak abah takde.. okay lah ... " pantas suara lembut itu memotong
"Macamni dik.. tak apa..boleh tak adik bagitahu abang mak dan ayah kerja apa? abang nak bagitahu adik yang pihak kami sedang menganjurkan bancian dan menawarkan kad kredit premium gold .. ada hadiah-hadiah menarik seperti percutian ke Hong Kong, Tokyo, Australia dan lain-lain lagi..." abang CIMB petah berkata-kata..
"Emmm.. by the way, adik sorang je ke kat rumah? Mak ayah takde kan?" nada suara abang CIMB merubah menjadi gatal.
"PLAKK"... terdengar telefon dimatikan dihujung talian.
Abang CIMB tidak berputus asa.. "boleh makan budak ni" getus abang CIMB dalam hati seraya mencuba lagi.. di dailnya semula nombor telefon tadi.
"Berderingggg..... deringgggggg...." tiada jawapan
"Berderinggggg.....deringgggggg...." tiada jawapan juga
5 minit berlalu... dicuba lagi..
"Berderingggg..... deringgggggg...." dan "hello......nak cakap dengan siapa?"
Abang CIMB tersenyum gatal... " hello adik.. please jangan letak.. abang nak cakap dengan adik, adik jangan takut.. abang bukan orang jahat......"
"PLAKKK!" sekali lagi telefon diletak.. kali ini lebih kuat..
Abang CIMB tak puas hati.. disangkanya boleh makan budak bawah umur namun semuanya gagal sekelip mata. Dicubanya berkali-kali...
20 minit.. telefon berdering-dering namun tak berangkat...
Oleh kerana terlampau hampa, abang CIMB pun melog-on facebook dan menulis sesuatu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
gahahahahhahaha mcm haram
aku tak sangka adik aku smpai trauma dan peluh dingin.. seyes.. hahahaha
Post a Comment