Thursday, March 31, 2011

Belajar Mengeja

Semasa aku tadika, tokwan dengan tok tinggal dengan kami supaya mak boleh sambung buat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ulu Kinta.

Jadi, banyak masa kami bersama arwah tokwan dengan tok di rumah di mana mereka lah pengasuh kami bertiga geng generasi pertama. Abah pula masa tu bekerja di Taiping dan cuma balik hujung minggu.

Yang boleh dengar cakap pun cuma aku dengan kakak aku. Kita gelar dia Z.

Adik aku yang bawah aku pulak masa tu baru umur 3 tahun. Memang tak berapa nak dengar cakap dan tak berapa paham bahasa. Keje nak isap tetek aje. Dibagi puting plastik tak mahu. Nak yang Ori. Memang susah lah itu macam...



Aktiviti harian aku terbatas. Basikal aku memang selalu kene kunci dengan arwah Tok yang memang garang. Pintu gate pula selalu bermangga.

Asalnya cuma gate sahaja yang berkunci tetapi setelah aku membuat madah berhelah menipu Tok cakap Tok Wan panggil suruh garu belakang masa Tok tengah sidai kain. Ketika itu dengan kudrat seorang budak tadika, aku memanjatkan basikal ke atas tembok, diikuti aku, aku turun ke luar pagar, dan diikuti basikal. Memang mission impossible sungguh. By the time Tok muncul dan tahu dia ditipu, aku sudah masuk gear satu, menjelir lidah dan mengayuh basikal laju-laju meninggalkan tok yang tengah cakap cina.

Tak cukup dengan dilaukkan, Wira Perkasa aku dirantai. Jadi, aku mengisi masa lapang bermain dengan Tok Wan yang lebih sporting dan friendly. Sekali skala permainan kami diganggu oleh adik aku yang datang kerana sangap tetek. Dia balas tetek Tok wan dua tiga pam pastu dia blah. Oh ye, tok wan panggilan orang utara untuk datuk. Bukan nenek.

Satu hari, tok wan aku ajar mengeja. Kebetulan Z dan kawannya ada dirumah.Mereka berdua baru sahaja masuk darjah satu.

"Hari ni, tok wan nak test hampa mengeja. Cuba eja buku"

Kakak aku z tunjuk power di depan kawannya. "B. U... bu K. U.... ku buku!"

"Pandai cucu tokwan" kata tokwan .

"Okay, sebenarnya kat sekolah , cikgu hampa salah. Banyak benda dia x ajar. Kalau x percaya, cube eja Toku'a"

Nota: Toku'a ialah tauhu dalam bahasa utara

"T.O ..To.. K.U.. ku... A. aaa....tokua" sambut kakak aku... kulihat kawannya terkebil-kebil sambil sama-sama mengeja tapi perlahan saja.

"Salah!" bentak tokwan . "Tu bukan Toku'a ... tu TO KU A " tambah tokwan.

Ejaan yang betul ialah " T. O ...To.... Ku'a Ku'a Ku'a.... Toku'a"

Kami bertiga pun ikut mengeja beramai-ramai..

"Bagus!" puji tokwan.

...............................................................................................................................................

Esoknya, kakak aku pulang dari sekolah dengan kawannya menangis teresak-esak.

"Awat kawan hang teriak ni? " tanya tokwan.

" Tadi kat sekolah... cikgu suruh eja nyamuk... dia salah eja lepas tu kene Piap dengan pembaris panjang"

" Dia eja lagu mana? Tok wan tanya lagi..

" dia eja... Nya Nya Nya... Muk Muk Muk... nyamuk"

3 comments:

ihsan_huhu said...

ahhaahahhaa

Adam Ruslan said...

Ejaan toku'a adalah secret weapon tokwan. Hahah.

Asmoham said...

kasihan kawan itu.. aku yg tadika pn tau tokwan muhung.. kekekeke