Saturday, March 12, 2011

Seni

Seni itu luas.

6 bulan lepas aku telah temui satu seni indah.

Dalam kepenatan bekerja di hospital, membuat ulang kaji dan presentation, output terakhir aku reward dengan makan.

Seminggu yang penat dan lelah, fizikal dan mental, di 'reward' dengan set sushi paling mahal yang selalunya berisi beraneka jenis sushi dari chef's special menu hari itu.



1 jam. Ya 1 jam untuk menghabiskan dengan penuh berseni aku memakan sushi tersebut. Nikmatnya... memang layan ibarat setiap butir nasi pulut itu menerbangkan setitis urat serabut dikepala. Sambil menyuap ke mulut, sambil itu aku menghargai seni sang pembuat sushi yang begitu tekun dan teliti.

............................................................................................................

6 Bulan kemudian... aku cuba untuk mengelak melalui kedai sushi kerana tiap-tiap kali tengok sushi je aku rasa nak muntah!

1 comment: