Friday, March 4, 2011

Siang Ikan

Aku memang sangat suka memancing.

Tapi lately ni since bermulanya season baru, memang jarang sekali aku bawak balik ikan-ikan yang aku dapat.

Selalunya aku bagi dekat kawan-kawan yang sama-sama memancing.

Kenapa? Sebab aku malas siang.

3 hari sudah, aku berjaya membawa Imran memancing di Otago Harbour.

Hasilnya boleh tahan.

Oleh kerana pergi dengan housemate, ikan-ikan tu semua kene la bawak balik.

Ada la dalam 5 ekor.

Aku memang malas bila pikir bab nak kene siang ni..

Awal-awal lagi sampai rumah aku letak ikan-ikan dalam sinki. terus aku masuk bilik.

Imran yang memang jenis pengemas x bole tengok ikan x bersiang.


"Leh jangan lupa siang ikan ni, kang kau lupa x bersiang busuk pulak nanti xleh nak makan" bebel Imran.

"ye.. ye nanti aku buat" aku terus masuk bilik buat apa yang patut sebab hari pun dah malam. Memang seronok mancing tadi sampai xsedar dah magrib.

Keluar je aku pegi ruang tamu berselisih dengan Imran.

"Leh, pegi la siang ikan tuh.. dah pukul berapa ni.."

" Hmm.. aku bukan xnak siang ikan tuh... tapi ni bertentangan dengan prinsip dan pantang larang family aku... mana bole siang ikan tu sekarang! " aku dah mula tinggikan suara. Pandai-pandai je nak mengajar aku itu ini. huh.

"dah tu kenapa? xkan nak biar ikan tu busuk? ikan elok-elok fresh sume... sayang la kalau rosak"

" ko tau x sekarang ni pukul berapa? "aku bertanya.

" 1030. Dah sejam ikan tu kat sinki" balas imran.

"dah tu. Kau xsedar ke dah gelap.. 1030 malam .. kita tunggu esok je la baru aku setelkan ikan-ikan tu"

"nape lak... ?" tanya imran hairan

"ye la, dah 1030. dah gelap. dah malam. Macam mana aku nak siang ikan kalau dah malam. Sebab tu aku kene tunggu esok pagi cerah bila hari dah siang. Baru boleh SIANG!

Kalau aku buat jugak malam ni, dah jadi MALAM ikan! KAHKAHKAHKAH"

derai tawa aku disambut baik oleh housemate aku yg sorang lagi. En bos... kahkahkahkah

3 comments:

ihsan_huhu said...

mmg sewel since 1985

Asmoham said...

haha.. ni pengaruh login facebook dpt 100 aud.. ekkkekekee

Syazwana said...

hahahaha.
ingatkan ape lah pantang larang tuh.
:D