Monday, May 9, 2011

Reduced Trolley

Selalunya aku bila bershopping akan ke Countdown. Dengar sahaja nama supermarket ini semua boleh meneka bahawa harga-harga barang memang murah. Count-down.

Competitor sejak azali Countdown ialah New World. Selalunya New World ada special price untuk certain items yang slalu beat Countdown. Tapi supermarket Countdown tetap terbaik, sebab masih buka lewat malam walaupun dahulu pernah buka sampai 24 jam .

Tahun ni Imran Al-Khotimun telah mula mengajar aku membeli barang-barang reduced. Di kaunter tak berpenjaga yang paling hujung ada sebuah trolley yang diisi penuh dengan beraneka makanan dalam kotak, tin dan plastik yang dijual pada harga runtuh.

Barang-barang ini ada yang dah expired, tetapi masih boleh dimakan oleh jin perut besar dan barang yang dah cacat packaging macam tin yang kemik dan plastik yang berlubang. Harga memang murah bukan main kadang-kadang dari 2 dollar lebih boleh dapat 50 sen je.


Hari ini aku setelah beberapa lama tak pergi Countdown, cuba mengajak seorang tetamu rumah untuk pergi tengok-tengok Reduced Trolley ni. Mana lah tahu kot-kot lah ada barang baik. Ya lah, barang-barang makanan sekarang bukan main mahal dengan GST rise lagi.

Sampai je di hujung kaunter pembayaran tak berpenjaga, kami terus meluru ke salah satu dari dua buah Reduced Trolley. Terdapat seorang ibu dan anaknya di Trolley yang satu lagi yang ada banyak barang-barang kegunaan peribadi seperti minyak rambut, lotion dan lain-lain.

Aku tanpa buang masa mengorek-ngorek trolley satu lagi yang berisi beraneka makanan. Memang durian runtuh buat kami kerana boleh dikatakan semua barang reduced masih elok dan belum expired. Aku pun memilih-milih dan sempat mengutip sebotol jus oren dan susu kotak.

Mungkin barang baru masuk reduced trolley, habis puas aku cari harga tak jumpa pelekat harga pada botol. Dan yang aku pelik sekali apa cacatnya Jus Oren ni. Serdak dan serat jus masih berwarna normal dan tak pula berlubang atau bocor di mana-mana.


"Hey, excuse me.. That trolley is ours.. Can you please not disturb anything in there"

Budak dan ibunya tesengih-sengih kat aku. Celaka. Patutlah isi trolley yang ni segar bugar. Jus semua perfect. Lainkali jangan parking dekat-dekat dengan "reduced trolley". Aku pun buat-buatlah ketawa tekekeh-kekeh untuk mengcover malu. Kerana kemaluan aku terlampau besar, anak beranak ni tadi pun terus beransur dari tempat kejadian agar kami dapat recover dan tidak perlu membeli seluar baru untuk menampung saiz kemaluan yang tak tertampung kerana kejadian tadi.

1 comment:

ihsan_huhu said...

bahahaha mmg asian abes hahahha

aku dr dlu pon usha reduced items je, save duit pe