Sepanjang hidup ini dari kecil sampai lah sekarang aku rasa setiap orang termasuk aku mempunyai pengalaman dengan guru. Pengalaman yang aku maksudkan ialah hidup berguru.
Guru atau cikgu bukan sahaja merangkumi cikgu yang mengajar di tadika, sekolah atau maktab atau universiti tetapin juga guru-guru part time yang banyak mengajar kita tentang hal-hal lain tentang kehidupan yang tak diajar di sekolah.
Guru semasa kecil
Bagi kanak-kanak yang sedang meningkat dari umur bayi ke alam toddler dan kemudia infant, guru mereka adalah ibu bapa, abang, kakak dan television. Teringat adik aku yang second last iaitu Izzah masa mula-mula dia pandai bercakap.
2 perkataan yang dia boleh sebut lancar ialah " Udin Babi" merujuk kepada aku. Tapi sebagai abang yang penyayang, aku cuma tersenyum pasrah sambil menggosok-gosok kepalanya. Kalau dia dapat abang yang perengus pasti dah dilempang laju-laju sampai bengkak pipi ataupun diikat dipokok sampai mati kegatalan di gigit ulat beluncas dan tungau.
Siapakah gurunya? Sudah pastilah kakak sulung dan adik aku Ashraf. Siap ada code lagi... "Izzah nak pergi rumah Mak Bi? " tanya kakak sulung dan Ashraf serentak. Kemudian dengan pantas keyword disambut laju " Udin Babi".
Sampaikan apabila tiba di rumah Mak Bi yang sebenar dan setiap kali dengar anak saudara lain memanggil "Mak Bi...." setiap kali itu Izzah akan sambut "Udin Babi" tidak kira dari jauh atau dekat. Terkejut Mak Bi. Nasib baik tak ada sakit jantung.
Bertuah punya anak sedara dan sungguh besar sekali peranan guru dalam hidup seorang kanak-kanak berusia 3 tahun. Selamat Hari Guru.
Guru semasa Kanak- Kanak
Menginjak dewasa, adik beradik yang lebih tua masih memainkan peranan penting. Walaupun pada peringkat ini Media juga mula menularkan pengaruh mereka.
Ketika usia aku menjangkau 4 tahun, guru tak rasmi aku, kakak sulung aku mengajar aku membuat sesuatu diluar tabii. Aku anak nombor dua dan beza kami cuma setahun.
Satu hari mak aku pulang dari menziarahi kawan dan dia beristifar panjang......
"Astagfirullah al aziiiiiiiiiiiiiiiimmmmmmmmmm..... Awat ni, pasaipa jadi lagu ni? "
Terbeliak biji mata aku yang bulat besar menyerlahkan kecomelan aku sebagai seorang kanak-kanak namun muka aku pucat ketakutan.
Masakan tidak, aku ditangkap redhanded memperagakan semua baju-baju singlet tak berlengan nampak pusat dan skirt-skirt milik kakak aku. Siap ber cekak rambut lagi.
Selamat hari guru KakYah!
Guru di sekolah rendah
Guru-guru rasmi sekolah rendah memang sangat best. Kebanyakan mereka yang memilih menjadi guru adalah mereka yang menyayangi kanak-kanak.
Kenangan dengan guru yang sampai sekarang aku masih marah tapi tak semarah dahulu ialah ustaz yang menampar aku tanpa usul periksa. Klik sini untuk recap.
Guru -guru tak rasmi yang lain ialah kawan-kawan yang sudah mula pandai dan mengajar yang bukan- bukan seperti menonton cerita hantu yang ada adegan "soft core".
Juga rakan-rakan yang "membesar" terlebih awal. Aku masih ingat semasa darjah 5 Nazmi dan Amirul membawa sebuah buku bertajuk " Bagaimana Bayi Terjadi". Buku itu dipinjam dari Perpustakaan Awam Alor Setar. Walaupun tiada ilustrasi memberahikan dan cuma menhuraikan asal kejadian bayi dari sudut saintifik, namun" guru-guru kecil" aku memberikan aku explaination panjang berjela dari sebuah gambar yang tidak saintifik. Iaitu gambar seorang lelaki dan perempuan paling bersopan dan berselimut di atas katil.
Setahun sebelum itu semasa di Taiping seorang kawan pernah beritahu sesuatu dan aku ingat dia mengarut dan menipu.
" Hang tau tak mak dan ayah kita rogol-rogol dulu macam dalam TV sebab tu la kita lahir "
Sungguh pelik bunyinya pada masa itu. Sebab perkataan rogol itu memberi negative connotation. Tapi ingat-ingat balik memang tergelak dibuatnya. Guru-guru kecil yang lebih advance. Terima kasih. Kalau tak mahu aku terus naif sampai masuk tingkatan 3 semasa belajar tajuk pembiakana. Selamat Hari Guru " guru-guru kecil" yang sekarang dah jadi bapak-bapak orang. Harap korang tak rogol-rogol isteri korang ... kekekekeke..
Guru di Sekolah Menengah
Guru rasmi sekolah menengah pasti sering menjadi caci maki dan sasaran benci malah dendam kesumat dari lubuk hati yang paling dalam seandainya guru itu juga merupakan seorang warden bagi mereka yang bersekolah asrama.
Tidak hairan jika kebanyakan malah mungkin semua mereka ini diberi gelaran seperti Tompok, Belang, dan Hitam.
Tompok ialah seorang ustaz semasa aku sekolah menengah. Aisehhh..ustaz lagi.... Nak dijadikan cerita semasa tingkatan 3, boleh dikatakan hampir semua pelajar tingkatan 3 yang ada dalam bilik study dipukul dengan paip getah. Tompok sangat marah kerana malam itu malam Jumaat dan dia nak "tidur" pun tak senang.
"Bising macam dengan hapaa... Anak babi pun dah tido!" dengan wajah bengis Tompok mula melibas mana-mana pelajar di depan mata satu persatu.
Oh ya, Tompok baru menjadi warden dan tinggal di salah satu bilik asrama paling bawah dan paling hujung berdekatan bilik study.
Kemunculan Tompok dengan paip getah ditangan dan muka yang serabai serta kain pelikat yang rebeh dan lintang pukang menimbulkan tanda tanya pada semua.
Semenjak insiden itu, setiap malam Jumaat pelajar-pelajar yang dipukul akan menyorok di belakang rumah Tompok dan menyiasat adakah Tompok sedang "tidur". Mereka mendapati tompok bukan sahaja "tidur" malah juga "mengigau" dengan agak kuat.
Ada satu insiden lain di tingkatan 5. Semasa itu perlawanan final pingpong yang sangat sengit di bilik TV sedang berlangsung bersebelahan bilik study.
Bilik TV yang penuh semakin lengang kerana malam semakin lewat dan warden bakal muncul bila-bila masa. Perlahan-lahan penonton-penonton menyusup keluar kerana timing dah melanggar undang-undang asrama.
Namun akhirnya yang tinggal hanyalah perlawanan ping-pong dengan begitu gigih antara kedua-dua belah pihak.
Tiba-tiba, "pedepappppppp..." dan " pedepappppppppppp " lagi... dan 2kali lagi "pedepaapppppppp".
Habis terlepas bet pingpong ditangan aku. Menyebabkan Faiz Yassin mendapat mata akhir dan menjuarai pingpong. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya dengan senyuman manis terukir.
Namun bahagia hanya sementara sebelum dia menikmati 2 "Pedepapppp " terakhir.
Seminggu kami duduk tak keruan dalam kelas kerana lebam besar di punggung dilibas batang penyapu mop.
Selamat Hari Guru Ustaz Wan Akasyah yang kini sudah menjadi Ustaz Celebrity berganding bahu dengan isteri Ustazah Siti Norbahiyah. ( untuk makluman semua beliau bukan Tompok)
Ucapan Hari Guru juga ditujukan buat guru-guru tak rasmi lain yang banyak mengajar aku cara-cara melompat pagar, menghisap rokok, ponteng prep dan semua kerja jahat yang lain yang diredhai syaitoooon. Satu kenikmatan semasa sekolah asrama yang tak mungkin dinikmati oleh seorang nerd,geek, dan balaci Warden. Kahkahkah.
Guru di Matriks dan Kolej
Di sini bermula fasa baru kehidupan dimana kehidupan itu sendiri adalah guru. Namun bagi mereka yang gemar berguru macam aku, di sini lah aku banyak belajar pasal perempuan dan cara- cara menjadi seorang lelaki yang disukai dan disenangi perempuan.
Guru-guru tak rasmi aku terdiri dari orang-orang lelaki yang kaki perempuan @ usahawan perempuan yang berjaya dan orang-orang perempuan sendiri.
Panjang kalau nak ditulis disini. Tak apa, nanti aku buat satu siri khas untuk lelaki-lelaki kesunyian di luar sana. Yang rasa tidak punyai keyakinan diri untuk memikat perempuan.
Kehidupan dan matlamat kehidupan merupakan guru sebenar yang membentuk diri, memberi panduan kepada mereka yang tercari-cari identiti diri. Di waktu inilah juga waktu penting "kutip dan buang" . Yang baik mengutip nilai-nilai yang tidak baik, dan yang kurang baik mengutip nilai-nilai yang baik.
Skop kehidupan menjadi lebih luas, lebih berkembang, kalau dulu hari-hari di sekolah asyik tengok Aini. Siang malam pagi petang asyik usha Aini, sebab Aini la yang paling comel kat sekolah. Tapi sekarang dah ada Mimi, Melati, Melur, Kencana dan lain-lain lagi... tak menang mata dibuat nya.
Di kolej pula, guru-guru aku yang juga merupakan sahabat-sahabat baik banyak mengajar aku tentang bola sepak. Masa itu lah aku diajar mengenali Mateja Kazman, Alan Smith, Jaap Stam dan lain-lain lagi. Kalau dulu di sekolah main bola cuma suka-suka, namun di sini main bola ialah satu passion. Kawan-kawan jugalah guru yang ajar buat skil 5 ringgit atau 'ole' dan memberi aku lebih keyakinan dalam permainan bola sepak. Terdapat juga guru-guru tak rasmi dari kalangan kawan-kawan yang mengajar aku menjadi manusia yang lebih beriman dengan mengaji al quran setiap hari, qiamullail, berpuasa sunat serta amalan-amalan lain yang diredhoi Allah.
Tidak lupa juga kepada guru-guru rasmi dan guru-guru tak rasmi (kawanyang mengajar subjek-subjek wajib seperti Biology Higher Level, Pure Math (Calculus), Chemistry Higher Level dan lain-lain subjek. Selamat Hari Guru untuk semua!
Guru di Universiti
Sememangnya guru-guru di universiti aku 99.9 % daripada mereka ialah AL-KOOOFIRUN...atau pun kita panggil non-believers bukan beliebers! Tapi itu hanya dari sudut luaran.
Bagi aku dari sudut dalaman, hampir kesemua mereka mempunyai nilai-nilai murni seorang Muslim.
Kita mulakan dengan kawan-kawan. Walaupun setiap hujung minggu mereka berperangai ahli neraka jahannam namun di siang hari mereka sangat rajin belajar, dan sering memberi tunjuk ajar dalam banyak perkara.
Mereka tidak kedekut ilmu dan kerap bertukar-tukar pandangan disamping banyak membantu lebih-lebih lagi berkenaan sesetengah perkara yang memang medically & culturally bound to NZ people.
Tidak kurang juga yang sangat tidak kedekut mengajar bahasa Inggeris dan gaya bercakap orang tempatan seperti " Fucking asshole ( macam cibai perangai) , That's so gay ( tak cool) , Far out ( tak boleh belah) , Sweet -as @ sweet ass ( okay) dan lain-lain lagi.
Bercerita tentang lecturer, aku rasa tanpa seorang Prof ni, mungkin perjalanan aku di med school lebih berliku-liku. Kalau medical degree aku ibarat sebuah sungai, paling-paling koman mau dapat 7 hingga 8 tasik ladam yang terbentuk dek liku-liku yang bersimpang siur .
Jatuh bangun, bangkit nya aku, di belakang, Prof ini lah yang banyak menggantikan tempat ibu bapa dan kawan-kawan yang semakin berkurang saban tahun.
Dia lah yang jadi kawan mendengar cerita-cerita aku,dialah yang mendengar masalah-masalah aku dan kemudian pada yang sama memberi galakan dan semangat. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia macam mutiara, menjadi bekalan yang menyinarkan hari-hari penuh dugaan dan kemudian di kala cahaya mutiara kian malap dia akan berjumpa lagi dengan aku dan butirkan lagi mutiara-mutiara yang lebih berkilauan.
Pernah sekali tahun 2009 aku mengalami Pneumonia akibat jangkitan selsema babi yang merosakkan struktur paru-paru aku. Prof ini jugalah pada waktu itu merupakan examiner untuk satu practical exam bagi sistem pernafasan. Dan tak pasal-pasal hari yang aku patut jadi student examine patient dan dia assess aku punya clinical skills, dialah yang pegi buat respiratory examination dekat aku dan bawa aku pergi xray paru-paru dan buat beberapa ujian darah.
Tahun lepas juga, dialah yang bersusah payah meyakinkan Board of Examiners untuk aku dapat teruskan ke final year walaupun ada seorang Associate Prof yang sedikit racist dan berkeras tak nak bagi aku lepas untuk sebuah paper Public Health. Sungguh racist sekali kerana dalam banyak-banyak subject, aku terpilih untuk menjadi manusia pertama yang tak lepas Public Health dalam sejarah penubuhan University of Otago.
Anugerah tokoh hari guru sepanjang zaman aku rasa boleh dinobatkan kepada Prof T yang banyak membantu aku semenjak 3 tahun yang lalu. Prof T, walaupun beliau seorang kafir, banyak mengajar aku tentang kehidupan,percaya dan lebih yakin kepada tuhan, yakinkan janji tuhan, banyakkan solat dan berdoa bukan sekadar solat wajib dan berbuat baik sesama manusia walaupun orang berbuat jahat pada kita.
Selamat Hari Guru Prof T, dan Prof-prof lain yang juga banyak menyusahkan hidup aku dan kawan-kawan di Medical School.
3 comments:
guru nanak ko x nak terime kasih?
ape tu? guru nanak?ke nangnak?
guru nanak pon ko xknal. astaga.
Post a Comment