Thursday, March 31, 2011

Belajar Mengeja

Semasa aku tadika, tokwan dengan tok tinggal dengan kami supaya mak boleh sambung buat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ulu Kinta.

Jadi, banyak masa kami bersama arwah tokwan dengan tok di rumah di mana mereka lah pengasuh kami bertiga geng generasi pertama. Abah pula masa tu bekerja di Taiping dan cuma balik hujung minggu.

Yang boleh dengar cakap pun cuma aku dengan kakak aku. Kita gelar dia Z.

Adik aku yang bawah aku pulak masa tu baru umur 3 tahun. Memang tak berapa nak dengar cakap dan tak berapa paham bahasa. Keje nak isap tetek aje. Dibagi puting plastik tak mahu. Nak yang Ori. Memang susah lah itu macam...

Saturday, March 26, 2011

Cerita Kartun Haiwan

Aku ada 3 orang adik yang memang jauh beza umur. Parents aku pandai merancang masa depan bila mana 3 anak first mereka dah masuk sekolah asrama dan universiti, mereka masih ada 3 orang anak kecil tadika dan sekolah rendah. Oleh itu kawan-kawan menyangkakan yang mereka masih muda.

Walaupun sekarang ni adik-adik kecil semua sudah besar, aku tetap menganggap mereka adik aku yang kecil-kecil dan selalu menangis bila diusik.

Masih terasa macam diorang still umur-umur sekolah rendah walhal masing-masing dah menggediks ada pakwe makwe dan pandai naik fixie.

Rindu betul zaman kanak-kanak mereka. How i wish they will never grow up.

Teringat aku satu kisah masa salah seorang dari mereka sedang menonton TV.

Nama dia Izzah. Masa itu umur dia dalam 4-5 tahun kalau tak silap.

Thursday, March 24, 2011

Sarung Duvet

Ok, kepada penggemar porno aku mintak maaf bagi korang link porno dalam entry lepas. Tak lawak. Aku tau, tak selawak utusan dan cerita Datuk T.

Cerita dia Imran buat hal lagi malam ni. Memang dasar anak omputih.

Bagi yang tak tau, Imran ialah separuh kiwi separuh melayu. Aku tinggal serumah dengan Imran dan Bos.

Dah seminggu lebih aku lepak ruang tamu tido sambil-sambil bedtime stories dengan Imran.

Hari ini Bos melepakkan diri di ruang tamu. Benda first yang dia tanya

" Apsal Duvet kau ni tak pasang sarung? bukan ada sarung ke.. mana sarung dia?"

Aku berenti buat assignment aku, menoleh ke arah Bos.


Monday, March 21, 2011

Download Video Seks Terbaru Ketua Pembangkang

Kecoh di media-media tempatan dan luar negara tentang kewujudan video lucah seorang ketua pimpinan pakatan rakyat.

Datuk T, dikatakan orang penting yang membongkarkan maklumat tersebut. Sekumpulan pegawai media telah dipertontonkan dengan video tersebut dan masing-masing rata-ratanya sependapat memang pelakunya adalah orang yang tidak asing lagi dengan kontroversi.

Adakah memang benar ia dilakukan beliau? Teruskan membaca untuk download dan memastikan kesahihannya


Rahsia kejayaan Bill Gates Melayu


Rasanya semua orang kenal usahawan yang gambar nya aku letak di sini.

Aku terpaksa tahan bermacam-macam perasaan negatif dan symptom-symptoms nak muntah, cirit dan pukul orang semata-mata nak upload gambar ikon Melayu ni.

Korang tau tak kenapa dia kaya gila babi sampai bole buang duit macam tu je buat filem tahap pertandingan drama sekolah-sekolah peringkat daerah Hulu Langat?

Sunday, March 20, 2011

Polis Moral

Aku perasan ada something dodgy dan tak best pasal 'peel' masyarakat kita.

Benda berkaitan rapat dengan moral- akhlak- dan yang berkaitan memang semua orang berlumba-lumba menjadi jaguh dan melabel itu ini 'as if yang berkata-kata itu maksum'.

Banyak contoh-contoh mudah dan ianya paling ketara di media-media kita.

Friday, March 18, 2011

Random


Kalau dulu ada sorang minah ni buat album kat fb dengan tajuk randomnity.

Kerana nak menganjing dia aku buat jugak satu album dengan tajuk randomimie.

Tapi semalam bukak fb kawan aku , aku rasa ada something yang lagi random dari randomnity dan randomimie.


Tuesday, March 15, 2011

Annoying

Cerita tentang perkara yang annoying.

Bagi aku, bila dah balik dari hospital tahap penat-penat nak rehat-rehat dengar lagu dan baca blog,
benda paling annoying ialah blog-blog yang pasang lagu syok-sendiri.

Kamon, aku nak baca blog kau bukan nak dengar lagu ntah-pah-apa kau sorang je yang layan. Nak layan lagu download la kat ipod ke.

Paling xbest, bila bukak 2 -3 link dan masing-masing start keluar lagu jadi macam bunyi orang muntah+orang berak+ orang kentut.

Saturday, March 12, 2011

Seni

Seni itu luas.

6 bulan lepas aku telah temui satu seni indah.

Dalam kepenatan bekerja di hospital, membuat ulang kaji dan presentation, output terakhir aku reward dengan makan.

Seminggu yang penat dan lelah, fizikal dan mental, di 'reward' dengan set sushi paling mahal yang selalunya berisi beraneka jenis sushi dari chef's special menu hari itu.

Monday, March 7, 2011

Terjal

Aku tak tahu nak salahkan sape, nak marahkan sape.

Apesal terjal sangat?

Bukannya apa, aku tiba-tiba teringat kempen bodoh bakal majikan aku.

Ntah sesape la dalam Kementerian Kesihatan tu yang sekolah tak tinggi.

Tapi yang selalu sekolah tak tinggi ni menteri. Opss... facepalm!

Ingatkah kalian dengan kempen 5 M satu ketika dulu? Sungguh tak ada asas Bahasa Malaysia yang kukuh.

" untuk amalkan hidup sihat,ingatlah 5 M iaitu

Sunday, March 6, 2011

Perihal Ustaz

Hari ni ntah macam mana, aku boleh terbukak balik hal berkaitan ustaz.

Bukan nya aku nak ungkit balik atau burukkan ustaz-ustaz tapi sesekali tu teringat-teringat dan kemudian terlupalah balik.

Tapi hari ni lain benar dia punya hal, walhal aku dah lupa semua kisah-kisah jahanam ustaz berkemaluan panjang.

Nak dijadikan cerita, di sudut hati ni bukan main membuak-buak perasaan aneh.

Friday, March 4, 2011

Siang Ikan

Aku memang sangat suka memancing.

Tapi lately ni since bermulanya season baru, memang jarang sekali aku bawak balik ikan-ikan yang aku dapat.

Selalunya aku bagi dekat kawan-kawan yang sama-sama memancing.

Kenapa? Sebab aku malas siang.

3 hari sudah, aku berjaya membawa Imran memancing di Otago Harbour.

Hasilnya boleh tahan.

Oleh kerana pergi dengan housemate, ikan-ikan tu semua kene la bawak balik.

Ada la dalam 5 ekor.

Aku memang malas bila pikir bab nak kene siang ni..

Awal-awal lagi sampai rumah aku letak ikan-ikan dalam sinki. terus aku masuk bilik.

Imran yang memang jenis pengemas x bole tengok ikan x bersiang.

Tuesday, March 1, 2011

Goggle Speedo


Sabtu lepas, bersempena dengan orientasi pelajar-pelajar baru di Dunedin, ISMA New Zealand cawangan dunedin telah menganjurkan garage sale.

Bukan calang-calang garage sale. Semua benda ada.

Buku, kasut, seterika, tv, radio, laptop, baju, almari , semua ada.

Cerita dia, aku pon amik kesempatan jual la tv2, heater, lampu meja, dan sebagainya sambil menderma untuk ISMA juga.

Apa salahnya tolong sesama islam ye tak?

lalu sedang aku sebok menolong bos (housemate aku) yg membuka kedai ala pasar malam , menjual dengan menyuruh pembeli bid letak harga sendiri dan boleh bayar apa2 currency. LOLz... tiba-tiba si housemate sorang lagi, si Imran exsaited bukan main datang terpa kat aku.