Monday, December 14, 2009

Ada aku kesah?

Beberapa suara sumbang sering berlagu sinis

" apakah suara lagu tone purba yg kudengar dari henpon mu?"

" awat henset hang xdak kamera?"

" hoho.. sedap gile ring tone ko!"

Jawapan ku disini...

" ada aku kesah? lagi pon aku xdelah bodo sangat beli henset mahal2 ratus2 ribu2 tp end up x de kredit.. cam bodo je last2 end up camwhoring pastu upload kat myspace/facebook/friendster dsbgnya.."

" adakah aku telah memalukan keluarga aku dgn henset tersebut? nak wat video 3gp pn xleh cane la aku nak memalukan diri aku @ awek aku yg bertudung.. bodo!"

" Lgpn, xde la tebal muke aku klu xde kdt....hset buruk je... buruk2 pon hset ni lah yg digunakan oleh beberapa Consultant Surgeon kat Dunedin Public Hospital, New Zealand"

Surgeon pn gune hset cabok.. tp aku xde la bajet aku ni surgeon... kekekeke



Cool gile siot backlight warna biru.. kekeke

*** aku pelik awat le org msia yg muda mudi dewa dewi tua tui ni sume sebok nak pakai henpon canggih manggih. Terkesima aku itu hari ada awek jual jambu kat tapah dok bercamwhoring ngn henpon sony ericcson nye berbackground kan jambu mambu... rasa nak gelak guling-guling..


*** anyway... aku sebnanye mengidam henpon i pon.. korang kasi la aku seribu 2 ribu bole la aku beli.. kekekeke

Thursday, December 10, 2009

Penampakan Hantu Raya di Lebuh Raya Utara Selatan

Misteri angker di lebuh raya dah lama heboh diperkatakan. Wanita kebaya merah, Langsuir tumpang kereta, Wanita meroyan tahan teksi dan sebagainya dah sebati dalam kisah2 misteri masyarakat kita berkaitan angker lebuh raya.

Hantu raya? Aku memula pon x caya.. tapi baru2 ni aku terserempak dengan beberapa ekor. Seram lagi menyeramkan. Mereka ni selalu muncul di kala waktu musim2 perayaan bilamana highway begitu sesak dan sibuk!!

Demi peminat-peminat serta pembaca-pembaca tegar lebah putih, aku sempat rakamkan gambar2 penampakan hantu raya tersebut di lebuh raya utara selatan.

Jangan tutup lampoooooooo!





















Mereka ni selalu muncul di kala waktu musim2 perayaan bilamana highway begitu sesak dan sibuk!!


* Deyyy tambi.. lu kalau mau potong line.. kasi potong itu wayar la.. P1Wimax broadband la! xyah la potong line kat highway masuk lane kiri pastu maki2 org yg blok korang x kasi jalan. Pegi Jahanam lah weii.. sebab hantu2 raya ni la ramai makcik2 tua terpaksa kencing dlm botol dan plastik dek Jam teruk yg diterukkan lagi oleh mereka.

** Nombor plate kete2 di atas juge telah dihantar ke balai polis untuk tindakan lanjut. Tunggu je lah saman ekor korang wahai hantu2 raya lahanat sekalian. kekekekeke.. Bersama membanteras jenayah!!

Tuesday, December 1, 2009

Artis Patah Pinggang Dukung Isteri


Isu artis pertama dlm lebah putih. Artis ni biasa-biasa je. Kalau org x gtau dia artis korang pn x kenal kot. Unless korang peminat setia NASHITT al ishlamik ana sayang sama enti sampai mati...kekekeke. Anyway, beliau baru sahaja menamatkan zaman bujangnye dan berpatah pinggang berposing depan pelamin. 

Congrats aku ucapkan buat Hafiz dari kumpulan nasyid SaffOne ( ntah btl ntah x aku eja) yg telah selamat diijabkabulkan dengan gadis genit pilihan hatinya Rashidah. Semoga berbahagia ke anak cucu & welcome to the family :)




** Bro, gua dah tlg promo Saffone ni, nnt bole la kot kasi sebuah dua lagu untuk gua nyanyi2... kekeke


Wednesday, November 25, 2009

Daerah Assalam...

Daerah Assalam atau dalam bahasa formal dikenali sebagai Negara Brunei Darussalam. Pengalaman 2 jam bersiar-siar dgn Royal Brunei Complimentary Tour dah cukup untuk membolehkan aku tulis sthing psl negara emas hitam ni.

Ada beberapa perkara yg aku dapati knape negara emas hitam @ petroleum ni boleh wat tp x negara kita yg juga ada emas hitam dan mcm2 lagi bhn galian, dll lg la.

1. Yg paling mengejutkan, Jo si Tour guide bgtau.. " harga minyak kat cni 53 sen seliter dan harga air mineral ialah 1 Ringgit".. agak2, org Brunei minum petrol kot hari2 instead of minum kopi. kekekeke

2. Kaya x kaya negara ni berlebih2 kot masjid derang dan kubah2 lak siap di salut ngn emas 24 karat lg. Dengar2, katanya ada puak berhaluan kiri anti Sultan yg cube menjatuhkan kesultanan Brunei yg dah berusia lebih 600 tahun sebab terlalu mewah dan membazir. Tapi Sultan pon otai, bnyk dah cubaan2 mnyalurkan ideologi anti sultan di patahkan di peringkat awal2 lg. Anyway, aku rs kalau negara dpt kat juak2 perasuah.. haram la.. lagi mewah n tentu rakyat dia x dpt ape yg derang dpt skg.. huhu


Masjid kubah emas

3. Haram satu biji motosikal pon aku x jumpa kt jalan masa naik bas. Maybe ada tp kat hujung2 belah kampung2. Tapi kete2 yg kat NZ apatah lg Malaysia aku x penah jumpe bersepah kat sana. Paling busuk pon kete Vios n Honda City. Ada la sebijik Satria Neo aku tnampak berdesup peginyee.... kekekeke


Ni panorama yg smpat dikandid

4. Jenayah lak 5% je, tu pon angkara org2 dari negara jiran. Polis mmg super rileks.. Balai polis pon lengang mcm ekspo x laku.

5. Makanan super murah. Busuk2 pon klu lapar.. korang boleh g makan nasi katok yg harganye x masuk akal. Asal usul 'Katok' ni cerita dia... dulu2 org2 lapar nak makan nasi, g rumah makcik2 gerai tengah2 malam. Derang lapar nak mampos so main belasah ketuk rumah org.. nak beli nasi tengah2 malam. So ketuk ialah "katok" dalam bahasa x formal Brunei.




Nasi katok

Isi dia ialah nasi, ayam goreng tepung ( potong 8) , n sambal belacan. Harga 1 ringgit je. Air mineral botol kecik lak 50 sen ( 600ml). Gile murah.. kt Malaysia? Hang makan gule2 hacks n minum air kotak je la dengan Seringgit lima kupang. ( Air kotak 1.30 + .20 utk hacks)



Air mineral 600 ml


Pape pon, hujan emas negeri orang.. hujan batu negeri sendiri.. baik lagi negeri sendiri.. Aku lg suke Malaysia yg ada shopping complex dan byk tempat2 hiburan. Kat Brunei cam hambar je x de pape.. sorry ek Bruneians.. kekekeke..

** Opsss.. lupe lak. ada satu point lg.. Tulisan Jawi. Sume bangunan2 kerajaan, Sign board kedai or Jalan wajib ada Tulisan Jawi. Aku bangga betul.. tapi kat Malaysia.. mengapakah tulisan jawi dimansuh kan di papan2 tanda.. surat kabar jawi lak dah lama mampos.. huhuhu..



Pejabat kerajaan




Signboard kompleks kedai makan




** Kering n rabit gak poket aku kene pau dgn cafe internet n cafe makanan kat airport.. mntang2 derang conquer sume, keje nak mengketedarah je. Paku belanda betul. Udah le tu Dollar Brunei lg tinggi dari NZ. Ya Salammmmm!

Sunday, November 22, 2009

Aku dan Lelaki Pinoy itu!

Definisi Pinoy menurut google image ( try google Pinoy girl) = Kristen Hermosa..

X paham? maksudnye.. Pinoy to ialah singkatan utk Filipina. Kalau korang nak sebut Gadis Filipina x ke panjang tuh. Pinoy girl je sudah! kekekeke. So, lelaki Pinoy = lelaki Filipina ( penat sial tulis.panjang tuh!... kekekeke)

Cerita aku dan lelaki Pinoy ni bukanlah sebuah cerita gay ibarat Brokeback Mountain . Cerita ni dah mule lama, sejak 2-3 tahun lepas lagi masa aku kat NZ nieh dan kemuncak nye ialah malam tadi masa aku naik flight dari Auckland ke Bandar Seri Begawan.

Dulu, imbas balik 2 tahun lepas, aku jalan-jalan kat town, ada Pinoy girl cube schweet2 aku dari jauh. Aku wat bodo. Pastu bila dia selisih ngn aku, dia pn dgn marah tinggi2 suara sound aku..

"Kahit? Kahit? prang pong pang prang prang.. " (haram aku x paham dia ckp ape)

Aku wat bodo dan berlalu pergi dgn cool sambil berkata " i cant understand what u said miss "

dan byk kali lg lepas tuh.. Ramai gile org Pinoy ckp bahasa Pinoy dan ingt aku org pinoy

dgn feveret quote derang... " are you that Pinoy guy? u look like him"

Aku buntu..

Last month, ada org beli kerusi aku kt trademe.. dia juge Pinoy.. dah nak ckp Pinoy ngn aku dah... Bajet nak mintak harga murah la tu.. pastu nak pau harga paling rendah utk kondom bundle yg aku jual.. malangnye anunye kecik x muat saiz... kekekekeke..

Tp itu bukan isunye. isu nye.. dia juge quote ayat feveret " are you that Pinoy guy? u look like him"

Aku makin runsing. Aku dah celaru. Apakah identiti aku yg sebenar? Mungkinkah mak aku culik aku dari kelurga diraja kerajaan Filipina masa arwah nenek aku jd bibik kat sana? Sebab tu la kot dia x nak kasi aku g tusyen dulu... dia takut identiti sebenar aku terbongkar.

Aku dah makin x keruan semenjak pertemuan aku dgn lelaki Pinoy pembeli kerusi aku. Kenangan-kenagan dgn gadis Pinoy di jalanan, Pinoy hot nurse di hospital, dll membuatkan aku rasa aku ibarat Jason Bourne Filipina-Malaysia. Aku berjaya masuk website Imigration Filipina utk cari identiti aku kat sana dgn bantuan risikan khas member under cover aku. Namun usaha tersebut hanyalah sia-sia.

Mgkn dah takdir.. kebetulan semalam mmg waktu yg aku tunggu-tunggu selama ni. Patut lah gerak hati aku nak sgt naik Royal Brunei instead of SIA utk balik KL. Segala misteri tentang Jason Borne Filipina-Malaysia... aku dan lelaki Pinoy itu ..telah dapat dirungkaikan hanya dalam masa satu malam!

................................................................................

Seat kosong sebelah aku diisi oleh seorang Pinoy hot mom. Dan dia parking sebelah dlm betul2 sebelah tingkap. Aku x smpt nak tegur.. dia dah tegur aku dulu.

"are you that Pinoy guy? u look like him"

What the heck? otak aku mula berserabut balik.. aku nekad. aku nak siasat malam tu jugak. Dengan pnuh skill akhirnya aku dpt tau jwpn kepada segala permasalahan... Aku lah lelaki Pinoy itu!

Tanpa aku sedari, air mata aku mnitis perlahan-lahan. Sampai hati mak ayah aku rahsiakan. Sampai hati kawan-kawan aku x pernah gtau pape.. sampai hati korang!

Kalau aku x jumpe Pinoy hot mom ni sure sampai mati aku x tau. Aku lah lelaki pinoy itu.. yg merupakan identiti sebenar aku.



Oh tuhan. camne aku nak terima sume ni?




* Mak cik Pinoy dlm flight tuh smpat promo anak dia siap tunjuk gmbr. Baru 14 tahun kata dia. Leh tahan cun gak. Sebab dia kawin ngn mat saleh. Memang muke mcm Kristen Hermosa. Tapi dia takut nak bwk balik Mindanao nnt kene culik ngn pengganas. Dia ajak aku makan nasik kat rumah dia kt Bay of Plenty nanti.. jgn jeles!! :)

UPSR.. hampeh..!

Aku skg x heran sgt kot kt sape2 dpt 5A UPSR..

Pasaipa?

Mat. hang p jalan kat tgh pekan.. agak2 ada sekumpulan budak darjah 6 yg baru lepas UPSR. Hang baling sebijik batu.. ( Baling lambung jgn rejam deyy)

"Adoi.. shape baling batu kat kepala aku nieh..?"

"Aku la.. Abg Silent Reader LebahPutih.. hang UPSR berapa A?"

"hehehe.. 5 bang!"

Mat.. hang jalan lg.. lg best hang baling ja batu dari tgkt 4 Suria KLCC.. hang turun bawah balik.. hang tgk sapa yg kene..

"Hang UPSR brapa A?"

"Sy dah nak SPM bang.. tp dulu UPSR 5A.."

"PMR?"

"hehehe.. 8A.."

Maybe aku rs 8A atau 5A 10 tahun dulu jauh lebih berkualiti dari skg.. Ramai gile mak ayah yg dah mentransform anak derang jd BumbleBOOK, OptimusMATH dan MegaTEST... So robot2 transformer ni dari kecik di ajar ngadap buku 24 jam x berenti2. Pegi sekolah, balik sekolah xsempat nak tukar baju .. tusyen.. balik tusyen kencing sepam... x sempat pam .. Tusyen lagi.. Bau dah macam kuda x mandi x apa .. malam g tusyen lg..

Dulu aku nak g tusyen untuk PMR n SPM.. aku mintak kat mak aku suh hantar tusyen.. sebab kawan2 aku sume tusyen..rs cuak lak..

Mak aku dengan cool je berkata

"xyah kot.. org yg g tusyen ni org xbape pandai sgt je.. zaman mak dulu. bdk2 corot dlm kelas je g tusyen @ bdk2 bodoh.. anak mak x bodoh kan?"

aku terdiam... dan tersaiko.. huhuhu.. Sekarang baru aku tau.. mak aku sepp!! Dia nak beli kerusi perabot JAti masa tuh..

kesimpulannye.. org lain g tusyen kat Cikgu kasim la.. Tusyen Kumon la.. ntah dah mcm2 nama binatang pusat tusyen derang..

Tapi aku gak rare.. tusyen ngn Cikgu "Jati"... kekekekekeke

Saturday, November 14, 2009

Apekah Benda Banyak-banyak Berkelip-kelip Berbentuk Segi Empat?




Sapa pandai sila jawab..


Mesti korang yg dah lama menyinggah kat sini perasan ada banyak tol benda berkelip-kelip berbentuk segi empat kat tepi side bar lebahputih. Ape benda tuh mat?

Untuk makluman korang yg kat tepi tu ialah barang-barang yg di jual secara langsung dan tidak langsung oleh Asmoham Sdn. Bhd. Ape ko jual mat?

Untuk yg x pernah click @ xrasa nak click banner-banner iklan aku, aku nak promo sikit kat sini.

1. New Zeland Shop

Merentasi sempadan benua dan membawakan produk-produk New Zealand terus kepada anda.
Macam-macam ada, tp antara produk2 yg mmg terkenal kat NZ ialah Sheep skin, Manuka honey, Chocolat, buah kiwi, barang-barang bulu kambing dan lain-lain.

2. Tudung Online Shop

Kepada cekmek molek sume, mmg banyak pesyen2 tudung yg dijual disitu. Aku jamin korang x kan jumpe pesyen2 sebijik n sama kualiti dgn harga yg lebih murah kat tmpat lain. Most of tudung2 dia jual harga borong dan selalunya ada diskaun. Xpercaya? Check it out :)

3. Ebidz.com

Menatang ape nih bro? Ni ialah lubuk untuk korang yg nak cari designer brands for sunglasses, jewelries and watches pada harga paling murah. Mmg kaw team habis. Aku dgn bisnes partner aku dah wat untung ratus-ratus dollar NZ beli barang-barang kat Ebidz ni dan jual balik dekat Ebay.com dan Trademe.co.nz.

4. Trademe.co.nz

Ni la kedai online aku wat sementara ni sementara nak tunggu pembukaan rasmi mycutegadgets dan myhoneyshop. So far trademe ni barang-barang dia caca-marba and super duper random dari berus gigi sampai le ke kaburator kete aku jual.. kekekekeke. Hampa x percaya? Agak-agak aku muhung pi la usha sendrik.. :)

5. Kedai E-Amani

Ni bukan kedai aku, tapi kedai cousin aku. Kain2 batik dan sutera Kelantan cantik-cantik dan murah2 kat situ. Kalau nak corak baru ke apa-apa2 ke hampa pi la tnya same Encik Amani ( Amani ialah seorang yg bergelar jantan.. kekeke)

6. Mysmallarsenal

Ni blog suke-suke aku mengembangkan minat aku dan mengupgradenye menjadi sebuah kebahagian. Macam mana kah hobi dan minat boleh membahagiakan anda? Senang je.. Bile tgk duit dalam bank akaun bertambah 2-3 ratus dollar sebulan. Kekekeke..




** Nanti aku dah jd jutawan aku belanja sume pembaca tegar lebahputih.. kekekeke :)

Friday, November 13, 2009

Haeundae VS Taloompuk





Sebelum aku nak review 2 buah filem nieh, sape masih ingt entry psl budak-budak medic ?

Sekali lagi aku nak ulang, walaupun aku dah tulis kat disclaimer ** sume tu pendapat aku sendiri + cerita2 dari sumber2 sohih, dan gmbr2 xde kaitan ngn caption. cume nak kasi entry lagi panas dan menyengat. Sape2 yg rasa marah gambar dia aku ambik... deyy tambii, itu gmbr klu korg dah upload kat facebook, myspace, friendster atau mana2 laman sosial dah jd HAK MILIK PUBLIC.

Tu la, x baca term and agreement betul2 main I ACCEPT je x baca smp abis. Kalau gi court pon komfem aku menang. kekekekekeke.. Ok stop.


Haeundae, sebuah pantai kat Busan klu x silap aku adalah nama asal citer Tidal Wave (US) atau pon Tsunami (Malaysia). Aku memula tgk cam mantap je sebab trailer dia sama2 kuar kat youtube dgn filem 2012.

Apa yg menyebabkan aku tertarik nak tgk filem ni?

Sbb ramai org ckp best n sedey etc. Dan sememangnya sedey tp blm cukup utk wat aku nangis. Apa yg menarik dlm cerita tersebut ialah bagaimana dia olah beberapa kisah cinta di sebalik tragedi bencana alam yg melanda pantai Haeundae. Dalam perjalanan kisah cinta watak-watak tu pulak diselitkan lagi konflik2 keluarga, konflik perniagaan dsbgnya yg mmbuatkan aku dah judge org tu mcm tu org tu mcm ni etc.. JUDGEMENTAL. Yang akhirnya apabila tsunami berlakau, persepsi kita terhadap org lain sama-sama berubah. Sekali air bah. sekali pantai berubah!

Ada org ckp ni ibarat filem Titanic versi Korea. Namun begitu, kalau nak samakan dgn filem Titanic better korang tgk Titanic versi Thailand yg x berapa nak happy ending cam Haeundae.

Yang aku maksudkan dgn Titanic versi Thailand ialah filem Taloompuk. Kisah percintaan teruna dan dara berbeza agama iaitu Budha dan Islam. Tentangan keluarga, kejahatan dan kebusukan hati saudara seagama dan bencana yg menimpa menjadi sajian utama filem ni. X kire sape, yg baik, jahat, Islam, Budha sume kene balun ngn Tsunami. Belum ada lagi rasanya citer Malaysia yg nak wat ala2 gini. eh ada kot...citer Bohsia- Jangan pilih jalan Hitam... kekekekekeke


Neway, kpd sape2 yg belum lg tgk 2 citer ni.. better pegi la usha. Layan insap sepam dua... At least asyik pangkah2 org ckp org tu itu ini, nnt one day org tu kot yg tolong ko ms ko dah semput nyawa-nyawa ikan bak telur di hujung tanduk!




** aku kene headshot dua tiga das gak ms layan Haeundae.. insap lah kejap.. tp xleh lama2..klu x lebah putih gulung tikar la beb.. kekekekeke

Sunday, November 8, 2009

Penjelmaan Makhluk Ghaib... di New Zealand

Entry kali ni aku nak citer psl alam angker cket..

Korang maybe dah biasa dengar cite2 angker kat negara-negara Asia Tenggara especially kat kepulauan Melayu tp jarang kita dengar citer2 macam nieh kat negara2 Barat atau negara orang putih.. yg ada pon dalam movie2 seram omputih yg x le seram mana.. harap muzik n aktress seksi je yg mencuakkan ( cuak seyyy takut dia wat perangai x ketahuan.. kekekekeke)

Untuk mendapatkan feel.. korang kene simpan n baca entry angker aku ni ms malam Jumaat.. kalau boleh biarlah ms malam Jumaat Keliwoonn...kekekekeke

cerita dia cani...

Lokasi: Supermarket X, Dunedin, New Zealand
Masa: 11.10 Pm

Minggu lepas, malam weekend @ sabtu malam, aku pegi satu supermarket kat Dunedin nieh. Utk pengetahuan korang, supermarket kat cni malam2 hujung minggu mmg x ramai org. bole kire je ngn jari. Orang sume sebok mabuk2 or lomen2 kat rumah or tepi2 jalan.Tapi malam sabtu lepas mmg lengang terus. Masa aku langkah masuk je , bile aku lalu je kat awek cashier betul2 depan pintu masuk, bulu roma tengkuk aku dah start meremang .

Ntah la xtau nape mlm tu lain mcm je feel dia. Nak kata sbb sejuk gile babi kat luar, aku dah pakai cam mamat eskimo, dah rupe cam michelin dah aku. Aku x peduli.. aku gagah gak gi cari barang yg memang aku idam-idamkan. Ni sume Encik Drug Dealer bin Ahmad la punye keje. Ajar lagi aku makan benda bukan-bukan, kan da ketagih. Seb baik maaaji x tau.

(Maaaji = panggilan utk mak aku oleh Encik Drug Dealer bin Ahmad dan Pengusaha Ikan kepala Banar)


.................................................................................................

Rasa mcm angin sejuk ntah mana-mana tibe2 menikam tengkuk aku. Menggigil-gigil tangan aku yg dok tengah belek2 barang ketagihan yg diintro oleh Encik Drug Dealer bin Ahmad. Biskut cap Arrowroot dah hampir terlepas dari genggaman. Habis seram sejuk satu badan aku. Kepala banar?Deyy.. komfem la kecut ke dalam! Aku tengok kiri kanan lane biskut2 dan cikedis tu kosong.. xde sorang pon customer. Mana x cuak. So, aku pure-pure belek2 semula biskut2 yg haram x pernah aku belek sebelum ni sambil berangan-rangan adegan2 citer seram kat TV. Selalunya time mcm ni la japg ada kelibat @ hantu2 buruk-hodoh-gile babi akan sergah kat belakang secara tibe2.




Ginilah ghupenye hantu yg bakal muncul



Masa tu lah, bau busuk cam bangkai@ mayat tiba-tiba je mencucuk-cucuk hidung aku. Betul2 aku yakin jelmaan tu makin mendekati belakang aku. Kaki aku rs cam dah lembik. Nak baca ayat -ayat halau setan sume aku dah lupe.. almaklumlah, dah lama gile aku x amalkan ayat-ayat yg Ustaz Harun Din ajar dulu. Nak nyesal pn x smpat sbb aku dah xleh pk ape. Nak toleh belakang serba salah. Nak mnyamar cam patung pon serba salah jgk. smpai la aku rs bau mayat td betul2 belakang aku.. aku thn napas, dlm 2-3 minit camtu jelmaan berupa bau mayat td bergerak perlahan-lahan menjauhi aku sampai betul2 dah xde. Baru aku gagau biskut Arrowroot td, lap peluh yg dah menitik-nitik kat dahi.. seb baik awek cashier cun td dok kat mesin juruwang dekat ngn pintu masuk. Kalau x jatuh saham aku bile dia nampak aku camni..


Aku pon jalan pelan-pelan. kaki aku baru nak kuat balik. td dah lemah cam ngn ape. Rasa cam melekat kat bumi. xleh gerak g mana2.. kalau mayat bergerak tu nak cekik aku pon mmg aku terpaksa pasrah. serah diri. Untuk dicekik sampai mati. Mati dalam keadaan terseksa hidu bau bangkai hantu setan ntah dari mana. Harap-harap bukan hantu Neng Gadik yg pernah kacau sedara marah belah mak aku. Kot-kot la Neng Gadik xpuas hati lg ngn arwah atok aku, hantar antu setan dia smp ke New Zealand. Maybe dia dah hantar lama sejak aku memula fly 4 tahun lepas, tapi hantu2 kan x sekolah, x pandai English, sesat melarat awal2 lg ms landing kat Auckland Airport. Nak cari teksi @ bas lak satu hal. Tu belum time nak kene baca signboard, nak berenti tnya org putih ngn slang kiwi yg mmg x masuk akal bunyi dia. Sebab tu kot lama btul delay dia nak sampai Dunedin cari aku...kekekeke


Baru je nak happy-happy byr barang aku kat awek cashier td... henset aku bnyi lak dgn begitu buruk sekali.. almaklum lah, aku pakai nokia torchlight je.

"Tet.. tet.. tetet.. " Aku klik keypad yg keras cam ayam pencen tuh .


"Bro, tolong belikan aku stokin.. stokin aku dah abes la.. urgent nieh.."


Cinabeng tul lu Encik Drug Dealer bin Ahmad. Lenkali beli la siang-siang. Malam-malam baru nak beli ntah sempat ke x nanti nak pakai stokin tuh aku pon xtau. Member punye pasal, aku pon stragel patah balik pegi kat lane yg jual stokin.

Tengah2 aku dok khusyuk belek stokin kegemaran Encik Drug Dealer bin Ahmad, lagi skali hidung aku diuji.. bau mayat td muncul lagi.. jelmaan mayat busuk mendekati lg skali nak mnyakat aku.

Aku yg td elok2 seram n cuak dah jd annoying gile. Xpaham ke org tengah tensen.. Kene beli stokin utk member, kang x psl2 salah saiz ke, salah perisa ke apa, x ke naya. Memang la kalau jelmaan tu nak dtg main aci nyorok nak datang dekat2 pastu belah hilang camtu je.. ingat aku ape? aku Kapitan weii..

So, aku pon nekad nak jerkah dia sebelum dia jerkah aku....

Sebijik cam scene tadi.. x yah la aku citer detail.. sampai je part yg aku nanti-nantikan.. betul2 masa bau tengah pekat tengik cam mayat reput paling maksima belakang aku, aku xtunggu dah.
Dalam kepala aku dah cekap dok baca

" wa ja'al na mim baini aidihim saddaww wa min khal fi him saddaw... dari surah yassin dan " hahaita.. hahaita.. lima tu a'duun " dari surah al-baqarah..

Aku xtunggu-tunggu dah.. memang aku nak boh. biaq dia terbakaq sampai melecaq..

Dengan air liur sume aku dah kumpul nak hembus kasi mercik terbakar melecur jelmaan hantu Neng Gadik tuh.. aku toleh dan sepantas kilat.. aku pon baca ayat--ayat td..



"Wa ja'a.... aaa..aaa.. ermm.. excuce me mate, do you know whether you got any new flavours here.. I am very keen to try a new one on "


** Mayat bergerak yg aku cuak dan lembik2 lutut x tentu pasal sbenarnye ialah pekerja supermarket tuh.. dia keje susun2 barang.. n keje dia syif malam tuh. Rambut. baju dia, seluar, vest sume.. dah nak reput je kaler dia. Haram bape puluh tahun ko x basuh baju ko mat? Kot ye pon nak bergaya gipsy ke apa, tegur2 la customer .. x de la aku cuak x tentu pasal.. seb baik aku x pengsan ke histeria ke td. sbb tu kot ko dpt syif malam.. kalau siang2 habis sume customer lari.

**Dan sebenarnya ni bukan kali pertama aku berselisih ngn jelmaan makhluk ghaib, bnyak kali je.. kat dalam bas( jelmaan ketiak reput), kat sekolah dulu ( jelmaan mulut bau longkang), kat dalam lab ( jelmaan seluar hancing) dsbgnya.. so, korang yg rasa x nak jd makhluk ghaib.. make sure lah korang jaga personal hygiene korang. Biar metroseksual sket xpe, asalkan x bunuh orang!

** Neng gadik tu sape pon aku x kenal..ntah2 sedara Niang Rapik kot.. kekekekekeke

** Banyak-banyak la mengaji, jangan tinggal... kang xpasal2 mati kene cekik ngn hantu sbb tergagap2 xleh nak baca sbb xingat.



~Peace~ hidup harus terus tenang dan ceria~




Monday, November 2, 2009

Mutual Funds/ Unit Trusts vs "Main" Shares

Dalam byk2 entry aku, x pernah lagi aku tulis psl kewangan.. so kali ni, aku nak jemput bro Otai Budget menulis di sini dalam ruangan sembang duit di Lebah Putih..
_________________________________________________

By: Otai Budget


Okay, investment mane lg bagus? and lg kurang risiko? mutual funds kerr.. main shares? Okay dlm post nie kite discuss dulu benefits yg kite leh dpt from mutual funds. If aku nak compare due2 skang, x tdo lar aku mlm nie. huhu...

To begin with, mutual funDs and unit trust same. Hehe.. ade org still confuse pasal due2 investement nie. Aku pun dulu confuse gak mule2. Basically dlm unit trust korang bg duit korang kat someone, diorg manage and diorg decide ape investment terbaik. Normally mutual funds nyer portfolio investment ade shares, bonds, properties, commodities, and etc. The main objective is to diversify (mksudnyer mempelbagaikan) korang nyer investment.



Sape yg x paham or still x clear, camnie mechanism dieq..

Lets say Bank X bukak satu mutual funds investment nie. Duit yg dieq dpt drpd investors diorg invest dlm 1000 company kat China. Harge satu unit mutual funds, Bank X yg tentukan. Harge tu bergantung pd overall performaance 1000 company kat China tu.

Duit korang --> invest, --> Bank X --> invest --> dlm 1000 company kat China.

Secare tidak langsung kite leh ckp yg korang actually invest dlm Bank X, and Bank X yg invest dlm macam2 investment kat China.

Hopefully korang paham. Jgn bertambah pening lak.

Biase nyer, funds manager yg promote mutual funds akan cakap "dun put all your eggs in one basket".................


**Untuk pembacaan seterusnya pasal isu ni @ orang putih kata 'read more' boleh la klik sini.

Sunday, November 1, 2009

Kecacatan Filem Setem!




Bontot aku rasa panas, telinga aku panas, hati jadi x keruan dan gelisah lepas aku terkenangkan satu babak dalam filem Setem, filem terbaru arahan Kabir Bakhtiar.

Babak mana bro? Apa yg cacatnya?

Sebelum aku terangkan kecacatannya.. aku nak kasi korang tutorial sikit.

Anatomy sepucuk pistol adalah seperti berikut:





Model kat atas ni ialah Glock buatan Austria. Yg digunakan dlm Setem oleh Bront Palarae ialah Beretta M92. Walaupon 2 model ni xsama, anatomy derang lebih kurang je. Ada frame, recoil spring, barrel, top slide dan juge magazine.

Cane pistol automatik berfungsi?







So momentum letupan catridge peluru akan kuarkan gas yg kemudiannya menolak slide ke blakang, then dia load the next catridge. casing catridge yg tadi tu secara automatik akan di eject ms pergerakan slide ke blakang. sume mechanism ni berlaku x sampai satu saat pon. seriously!

Bile dah abis peluru dlm magazine, momentum n gas dari peluru yg last akan tolak slide ke blakang, tp slide xleh kembali ke posisi asal dek kerana plate ( yg lapik peluru) dlm magazine dah block slide tuh. Maknanya slide akan berada dlm keadaan locked, mcm gmbar kedua kat bwh ni.



Pistol ni la yg Bront gune tuh..

Tutorial dah abis. Korang lak nilai sendiri clip dari filem Setem nieh n tumpukan perhatian pada minit 5:33 . Fumble gile! peluru dah abes, slide dah la x locked postition, dah tu dok gerak-gerak depan blakang. Mana dia dpt momentum klu dah xde peluru yg diletupkan? Nmpak tibe2 "Burn" macam bodo gile,xtau ape2 psl senjata. Hilang semua keotaian dia dlm filem tuh.. langsung kantoi Khabir gune Airsoft.. kekekekeke




** Pak Cik khabir oiii.. kalau la xnak filem ko kene gelak ngn peminat filem aksi, xyah la bwk filem ni ke international level. Pegi baiki dulu Scene kat atas tuh. Aku dah elok-elok respect n kagum dgn CGI pluru, shell casing sume terus ketawa terbahak-bahak. guling-guling atas lantai.Fumble gile wooiiii!! adik aku yg baru lepas UPSR pon tau basic pistol otomatik..


**nanti aku volunteer jadi consultant sinematografi n choreografi senjata utk filem-filem ko ok... murah je, bayar dlm RM 10 K.. x byk pon.. kekekekekeke

**kepada die hard fan filem nieh, korang google la ke, tanya la pakcik-pakcik askar ke polis ke, xpon pakcik google.. sumpah aku 100% betul psl betapa fumble nye scene nieh..

Friday, October 30, 2009

Petua Kembung Perut




Sape yg pernah mengalami kembung perut, perut senak, rasa xsedap , rasa cam ada ribu2 jarum dok mencucuk dinding perut korang dan x bole tido malam sebab symptom2 nieh?

Jawapan mudah: Korang duduk berfikir sejenak, flashback jap. "aku dah makan nasi ke belum? (luch,dinner dsbgnya). Kalau belum, pegi la makan mat.. xde pekdahnya dok layan kembung perut kalau korg mmg blm menjamah hatta setitik peluh petani.


" Aku dah makan bro, tp sakit lg ni, mencucuk-cucuk, macam ada baby dok tendang-tendang"

Wokehh... kalau macam tu, ko cek perut ko dpn cermin, ada membesar sikit x, distended ke apa..

Kalau ada, pegi la 7 Eleven ke apa, beli lah ENO Halia dan terus minum!


Antara magic potion yg so far aku rasa mujarab selepas Che kit-tek aun


"Bro, aku xde duit la, xde transport nak g 7E memalam bute ni.. cane bro? tolong la, dah senak macam nak beranak anak kembar nieh....Huhu!"

Kalau cenggitu, ko g je la kat dapur, cari ada halia ke x. Pastu ko tumbuk2 hancurkan pakai lesung batu. Makesure la ko dah kupas buang kulit dia sume. Pastu minum ngn teh panas or air suam.

"Kalau xde halia?"

Erm.. kalau xde halia gak, ko g cari bawang putih. Dah dpt bawang putih, ko x payah kupas. Ko pegi salai kat atas dapur. Agak2 dah bau, n kaler dah macam bawang putih panggang cket, baru kupas kulit dan makan cket2 dengan penuh perasaan dan keasyikkan.. Bc bismilah dulu!

hmm...

Kalau dah x bole belah gak.. dah rasa cam nak beranak kembar 6. x pon cam nak berak anak paus... Dan korang dah wat sume petua-petua kat atas.. ops, make sure Pil chek-kit -te aun pon korang dah sesah dan x berjaya gak. Aku terpaksa bagi korang petua last mak aku. Ni mmg petua turun temurun family aku. xpernah kot family kitorang dedahkan dan selalunya mmg "Last resort" ni sangat2 mujarab. Korang boleh cuba.










Petua Turun-temurun sejak dari arwah nenek aku dulu :

" Pakhang, ni anak hang dok sakit perut ni, makhang dah xlarat tengok. pi la bawak jumpak doktor.."





Make sure pegi jumpe doctor yg betul. Bukan doctor2 yg macam kat sini.



** Sebenarnya arwah nenek aku dah lama gile ada kesedaran tentang hospital + perubatan x mcm kawan2 dia yg masih takut nak pegi hosptal/klinik sbb takut kene injek. Tapi x takut lak ngn bomoh-bomoh n hantu-jin belaan bomoh-bomoh.. hmm.. anyway, its ur call mate!


~peace~ hidup harus terus tenang dan ceria~

Pembaca yg dikasihi..

Salam sayang untuk semua. Follower yg bape kerat je, pembaca-pembaca tegar, pengomen-pengomen tegar, dan para silent readers ( aku tau korang sape.. kekekekeke), nak mintak jasa baik kalian yg aku kasihi utk jwp survey kat kotak sebelah nieh..

Just nak feedback korang. 30 saat je aku mintak utk korang tick. klu x nanti aku majuk aku tutup blog ni.. kekekekeke

Klah.. Salam sayang lagi.. LUV uolz.. mmmuahhh2X :P

Thursday, October 29, 2009

Sengal?Berlagak? atau nak makan penyepak?

Ni aku dah simpan lama. Hari ni aku bukak dan aku dedah. Kasi panas cket !korang tengok gambar-gambar kat bawah ni. Kalau korang x rasa pape x pe... sebab aku judgemental n kdg2 mental... kekekekeke




"peace utk yg xdpt wat medic.. jgn jeles tawww!!"



"Best tau wlupun cume dpt pakai scrubs je rasa UP gileee, yeahh!!"

"tula, sape suh x blaja pandai-pandai kt matrix dulu"



"aku rs sgt hnsem gile babeng bile perasan diri ini surgeon . Aweks2
bolehla start admire dan kagum ngn aku."




"Esok dah keje, tulang tengkorak korang,mak ayah korang skali la aku akn wat cani"



" Cepat-cepat snap. Tgk ni, dead brains can smile. BIG SMILE"

"medic student je dpt pegang brain ni"

"no brain people can't touch a brain..kekekeke"






Ok, Ulasan gambar-gambar:

Deyyy..

1. " waaaahhh, die buat medic la. Mesti pandai kan.."
" Hebatnye dia.. " (sambil merujuk gmbr2 scrubs dlm dpn toilet)

Bagus sangat ke jadi budak medic? setakat dpt 4.0 flat, belaja baca buku, makan buku, tdo buku, mandi buku, minum air rebusan buku, berak kuar buku...mmg la hampa pandai, terer. Cube aku suh korang kire depreciation harga rumah x pon cter kat aku pasal ikan kepala banar, sure korang xtau punye.

2. Korang xkesian ke kt ramai-ramai dak-dak lain yg nangis-nangis xdpt wat medic sume. Adakah korang x mengambil kire perasaan derang bile posing-posing cam 2.. cian tau..

3. Yang paling sengal memperkotak-katikkan brg2 kat anatomy museum. Korang xtau ke sebernanya ada akta yg x membenarkan korang mengambil gmbr2 organ. Juge lg kuang hajar main-mian kepala tengkorak ke apa. Human body. Respect la cket!!!

4. Nanti ada gmbr2 cani aku update lg.. neway, belajar betol-betol niat kene betol, bukan utk bangga-bangga ko lah 10% yg paling pandai dlm masyarakat atau keje ko paling mulia atau rs up sbb dah pakai scrubs, labcoat etc. Kalau camtu la pikiran korang, mmg nak makan penyepak.orang lain pon wat medic gak xde la nak gelabah..


*** Ulasan gambar hanyalah pendapat peribadi, xde kaitan dengan orang-orang lain. caption xde kaitan dgn gambar, hanya untuk memanaskan lagi entry. Harap jelas, lagipun identiti mereka dirahsiakan kan.. kekekeeke

*** Sape rs xpuas hati ngn entry nieh, sile lah komen

Saturday, October 24, 2009

Apabila Manusia pulakk dilayan Seperti Haiwan...

Entry kali ni pendek je..

Biarlah gambar yg menceritakan segala-galanya.. Aku nak korang nilai sendiri bandingkan dgn gambar-gambar kat sini... Apakah persamaannye?






Bile tengok gmbar dik nyet nie. nak gelak pon ada. nk nangis pon ada. perasaan bercampur2. tp yg pasti aku rs sgt kesian.. sian gile dik nyet ni. ko orang ke monyet dik? Siap berekor.. x cukup ngn tuh nak memonyetkan lg, ngn pisang besar lagi. Maybe mak ko rs ko cute tp aku rs ko sebijik cam beruk! kekekekeke...

Sorry la dik nyet. Mesti nanti kalau mak ko dukung ko kat Zoo negara ke, kat taman negara sepilok ke.. sure dari jauh mak ko dah kene maki hamun ngn staff zoo/taman negara ... " cik, jgn culik nyet-nyet kami... Pulangkannnn anak nyet kami!pulangkan!"




Huhu.. tengok baby kt atas ni, air mata aku mengalir deras. Hiba hati ini rindukan spartacus aku. Al-fatihah wat beliau. selesai membaca al-fatihah dan bile air mata aku dah kering, aku tatap lagi baby ketam/udang kara kat atas ni. makin lama aku tatap, makin terasa aku nak baca " bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma barik lana fi ma razakhtana wakina aza bannar. Amiiiin", air liur aku lak ngalir deras. Masak lemak cili api sedap niehh!!kekekekeke




Aku xtau ni ape motif dia. Mungkin anak dia x bape pandai nak merangkak, kasi jadi ulat beluncas banyak sikit kaki lagi senang merangkak kot..kekekeke x gitu ? ... lagi lak, sian budak tuh, ada macam beban kat belakang tu. kecik-kecik dah keje berat sok besar bantut x sempat nk jadi rama-rama. Padan muka mak dia!







Hahahahaha.. ni lah yg paling peveret. Aku maybe akan beli utk anak aku walaupun model siput babi ni muke dia agak mcm tahan berak. dalam hati.. " Berat gile la bodooooo!!" sambil pandang slek kat mak ayah dia. Mak ayah wat bodo je sbb ingt anak dia happy.

Aku nak beli bukannya ape.. ada cengkerang kat atas tuh, kite wat compartment, leh isi pampers, botol susu, bedak dsbgnya. "lemak la ko kecik-kecik dah kuat berak. pikul sendirik papmpers, susu ko sume.ayah penat!" kekekekekeekeke..

Tapi bahaya gak, kalau ada abg n kakak yg jeles mau diletaknye batu-bata, laptop or desktop, xke patah pinggang anak aku yg comel.huhu..

Neway banyak lagi anak-anak yg dilayan mcm binatang. Ada babi, badak, rimau, singa dan mcm-mcm lagi binatang buas. Beranak ramai-ramai, pastu bole bukak zoo.. hahahaha. Jgn marah ye kak Yah..

Juga ada manusia yg di layan jadi tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.. sedih2.. seb baik mak aku x wat aku camni masa kecik-kecik dulu. Kalau ye, memang sure xde bdk-bdk or adik-adik aku nak percaya bile aku sumpah pegang quran sambil bagitau derang ;

" Sumpah, demi Allah abg dulu kecik-kecik ialah seekor ladybird yg cute-mute masa mak jumpe abg. Lepas tu mak dukung n jaga abg mcm anak sendiri. Tapi makin lama makin besar abg berubah pelahan-lahan menjadi orang "



** P/S- Yah & Anas, entry ni aku suke-suke je kritik..kekekeke.. no heart feeling ok... nanti Pak Ngah beli la baju binatang ni untuk ko Rejali.. bukannye Pak Ngah xde duit pon.. kekekeke.. Pak Ngah beli baju babi 7 helai. Mau? bole pakai ari-ari.. kekekekekeke

Friday, October 23, 2009

"Ikan kepala Banar"

Entry kali nieh aku tribute kan utk saudara Imran Fauzi seorang anak mat saleh celup ( separa melayu) .




" Satu hari nanti aku rs ko akan rs bersalah dgn tulisan-tulisan ko pasal ustaz tu"


Terngiang-ngiang lagi suara saudara Imran menazkirahkan aku tempoh hari . Aku mengaku yg ada sedikit unsur emosi dan separa dendam pada 'ustaz' dan aku pon xtau bile akan padam. Tapi aku yakin, apa yg aku tulis sedikit sebanyak dpt membuka mata org lain, dan dijadikan pengajaran.

***Kepada pembaca yg xtahan dgn unsur-unsur lucah @ geli-geleman boleh kot berenti membaca skang. Banyak adegan-adegan terlarang dan unsur-unsur meloyakan bakal menyusul.

Kali ni aku pulak nak tazkirahkan ko.. kekekekekeke. Dengar ni bro.

"Satu hari nanti, aku pasti ko akan rasa bersalah kerana beriye-riye memujuk aku sejak tahun lepas suruh aku bela ikan kepala banar yg ko cakap comel tuh".

Korang yg xtau, ikan kepala banar ialah ikan yg buruk gilerr mcm ngn ape dan ikan tu memang wujud kat pet shop kat NZ. Maybe sape-sape yg ada darah mat saleh akan cakap ikan ni comel. Tapi bagi aku ikan ni sumpah macam kepala kote je rupe dia. serius!

Bukannya apa, minat aku yg mendalam pada ikan belaan dah mula sejak aku kecik lagi. So macam-macam ikan aku dah bela. Sebut la jenis-jenis ikan sume aku da rasa ( yg murah-murah la).

Dan ikan naga, yg badan dia panjang sipi-sipi mirip "ikan kepala banar"pon aku rs jauh lebih cool dan segak.


Naga Bunga yg memang gorgeous



Naga Albino yg xkurang cantikknya


Dan ikan Naga nieh mmg adik beradik arapaima gigas sama "family" dan "genus" barangkali cume "spesies' dia je lain. So arapaima gigas, arrowana dan Naga ni derang share common features iaitu perenangan mereka yg memukau meliuk lintuk lagi mengasyikkan ibarat menonton belly dancing. kekekekeke

Tapi "ikan kepala banar" ape pekdahnya mat?

Ntah. Aku pon x tau. kat kedai akuarium duduk senyap je sebiji cam kepala banar. Siap berkaki-kaki gitu, Gile geli syialll aku tengok.. maybe sebab aku laki kot. Kalu pompuan tengok agak-agaknya cane derang rasa * wink * wink. Nak tau gak.. kekekekekeke

Ni ha ghupenye ikan-ikan tu. Nama sebenarnya ialah Axolotl ( semalaman aku google baru jumpe)




"hai, nama saya Arip! "



"Nama saya pulak Edward Cullen "



"Saya pulak pakciknya Arip, Mustafa :) "



"Seronok sebenarnya idup x bergerak mcm kepala banar ni"



"Kami menyokong slogan 1 Malaysia!" kata Chong, Faiz dan Muthu



"kami jadi mcm ni sebab tuan kami bg nama manusia kt kami"
"Tapi mmg kami sebenarnye manusia pon!!"



Harap-harap korang sume enjoy ye dan boleh lah terus pegi Pet Shop dan order Axolotl korang, pastu namakan derang ngn nama-nama manja seperti Anis, Aleeeya, Ben, dsbgnya.. kekekekeke. Bagi aku, membazir je korang beli binatang eksotik yg berupa pelik ni sbb x ubah mcm korang rendam kote korang dalam akuarium. hahahahahaha... No offense, no heart feeling ok. Tp seriously sejijik tu la aku rasa!




** Oh yee.. lupe lak nak bagitau. Axolotl nieh sebenarnye amphibian.. dia spesies salamander dan bukannye ikan. So "amphibian kepala banar" la patutnye.. kekekekeke


**Imran nie single lagi, dan dia stret. Hanya meminati ikan kepala banar tetapi bukan kepala banar yg sebenar.hehe. sape yg berminat bole la antar resume..ataupon tinggalkan no tepon korang kat comment box nnt aku paskan kat die :)


~ peace~ hidup harus terus tenang dan ceria ~

Wednesday, October 21, 2009

Katak Inspirasi...





" kenapa ko malas?" soalan aku untuk diri aku dan korang yg malas.

frasa 1: Malaise @ lethargy = menjadikan aku malas.

frasa 2: Bile malas asyik tido x watpe = menjadikan aku malaise

penakkulan mantik : malaise = malas

** maybe ilmu penakulan mantik aku dah out..


Sebenarnya, aku nak bawakan kisah katak inspirasi yang sebaris dgn video mamat x berkaki tapi mampu berdiri.

Alkisah, di sebuah lopak air di tepi menara pencawang telekom, tinggal sekumpulan katak. Katak-katak ni semuanya masing-masing bodoh sombong dan saling menunjuk-nunjuk.

Ketua kampung lopak air, Pak Anjang, merupakan katak yang paling tua. Pak Anjang nak pilih ketua pemuda untuk menerajui barisan anak-anak muda. Calon faveret ialah Usin. Katak romeo yang hensem, tough dan bijak.

Sebagai orang lama, Pak Anjang x percaya pada demokrasi dan pilihan raya , sebab dia tau, mudah sekali untuk Usin, Abu, Asan dan rata-rata pemuda-pemuda kampung lopak air Pencawang Telekom pasti menggunakan taktik busuk, politik wang, ugut-mengugut dan sebagainya.

Hari pemilihan, ada 10 ekor semuanya pemuda yang berkumpul di depan lopak. Usin, Abu, Asan, Rahim, Maarof, Farid, Kamil, Remy, Ishak, dan Hans.

"Sape dapat melompat dan memanjat pada kedudukan pencawang paling tinggi, dialah bakal jadi ketua pemuda, dan dalam masa 3 tahun akan ganti aku jadi ketua kampung"

Orang-orang kampung dah mula berkumpul. Ramai gadis-gadis gedik dengan pom-pom yg dibuat dari akar teratai menyorak-nyorak nama Usin. Rahim, seekor katak bangsawan ( anak dato) juga mendapat sokongan padu kelab bodek dato. Rata-rata ahli kelab bodek dato membawa sepanduk daun keladi yg disambung-sambung menjadi banner menyatakan sokongan padu pada Rahim.

Heliza, anak dara Pak Anjang juga hadir. Heliza rasa mgkin inilah masanya dia akan memilih calon suaminya. Apa ada pada Usin, Remy? Pinggan x retak, nasi xdingin. Sikit pon dia x hingin.

"Aku bukak option aku ari nie.. sape tau mgkin Farid, atau pon Ishak. Hans? xmungkin.. sebelah mata pon aku x pndg"

Pak Anjang mule memberi taklimat. Tangannya erat memegang wisel dibuat dari batang buluh.

"PHEEEEWWWWitttttttttttt!!"

Kesepuluh-sepuluh pemuda mula melompat-lompat.

Usin sebagai ahli sukan tegar yang kacak mendahului.

Diikuti oleh Remy... dan seterusnya. Seperti yg dijangka. Hans paling belakang. Xde seorang pon sorak untuknya..


"Lompat!"

"Lompat!"

"Lompat!"


Bingit sekali suasana disitu. Seperti ada satu pesta keramaian. Dengan gerai-gerai menjual burger dan air soya di tepi lopak. X kurang juga katak-katak MLM yang mengedarkan flyer masing-masing.

Persaingan menawan pencawang telekom berketinggian 50 meter itu makin sengit.

Pada ketinggian 10 meter, kelihatan Remy menendang jatuh Usin.

Usin rebah. Patah kaki belakang kanannya.

Remy mendahului, mencecah ketinggian 20 meter. Katak-katak lain terus mencuba.

Kelihatan Hans masih terhegeh-hegeh. Sempat berenti lak, untuk memapah Usin ke tempat yg lebih selamat.

Pada ketinggian 30 meter, bentuk fizikal menara pencawang yg makin curam mnykarkan lompatan mereka.

Remy tergelincir, turun semula ke ketinggian 20 meter.

Kelihatan Farid dan Kamil, kembar-siam yg melekat di kepala mendahului. Farid dan Kamil menggunakan kelebihan 8 kaki ( 4+4) untuk mnangkap kejap dan memanjat erat tiang pencawang. Mereka mencecah ketinggian 40 meter.

Hans pula baru nak naik ke ketinggian 20 meter. Rata-rata katak lain sudah berada pada ketinggian 30 dan 35 meter kecuali Usin yg cedera.

" Boo sama Hans... "

"BOOOOOOOOO!"

"Boo sama Hans.."

"BOOOOOOOOO!"


katak gemok yg membikin onar. Orang kampung bersorak sebab
takut kene pukul ngn dia.


Hans terus melompat dan melompat.. tidak mempedulikan sorakan ejek orang-orang kampung.

kelihatan ke sembilan-sembilan mereka berada pada ketinggian 35 dan 40 meter.

Masing-masing sukar untuk meneruskan lompatan ke makam yg lebih tinggi. Puncak menara yang hanya lagi 10 meter.

Dengan x semena-mena tiba-tiba kilat sabung menyabung.

Kerana terkejut, Farid dan Kamil berpelukan. Pegangan terlepas. Mereka jatuh serentak dan terhentak ke tanah. Kelihatan otak-otak dan isi-isi perut mereka terburai.

Orang kampung semuanya senyap. Hujan mulai turun, membasahi mayat Farid dan Kamil. Darah merah mereka mengalir. Terus masuk ke lopak besar.

Masing-masing memandang Pak Anjang. Menanti isyarat berhenti darinya. Tiada reaksi, menandakan acara harus diteruskan.

"Turun!"

"Turun!"

"Turun!"

Orang-orang kampung menjerit. Menyuruh kesemua mereka turun. Abu dan Asan mula serba salah. Mahu teruskan? atau turun. yang lain masih gigih melompat.

"Nanti mati macam Farid dan Kamil" jerit sape ntah.. memecah kebuntuan.

"MATI..!"

"MATI..!"

"MATI..!"

orang-orang kampung jerit beramai-ramai secara serentak.

"TURUN!"

"MATI!"

"TURUN!"

"MATI!"

kedengaran suara jeritan bersilih ganti. Di ketinggian 40 meter, Abu dan Asan mula kecut perut.
Apatah lagi apabila mereka menjenguk mayat Farid dan Kamil di bawah. berkecai.

Menara mulai licin. Abu dan Asan sudah mula berusaha turun.

"MATI!"

"TURUN!"

"MATI!"

"TURUN!" jeritan dan sorakan mula bergema dan semakin kuat. Ibarat serapah sihir dalam lebat hujan.

Rahim, Maarof, Ishak, dan Hans masih degil. melompat-lompat macam katak.

Entah apa gila pangkat gila kuasa derang nieh!

puncak 50 meter x tersampai. Apatah lagi tercapai dek akal derang. Tiang pencawang makin licin.

"MATI! MATI! MATI! MATI!"

Maarof ternampak gilfrennya Milah di bawah yang dah mula menangis menjerit2 namanya.

Dia mula turun.

Rahim terlupa yang dia masih belum kawin. Xnak dia mati x sempat kawin. Dia pon turun.

Hans dan Ishak masih terkinja-kinja.

Ishak penat. berhenti melompat.

Tinggal lah Hans yg x feveret, stok caci maki orang kampung, dok degil terkinja-kinja melompat cuba ke puncak.

"Hans degil... dia nak mati.. Boo sama dia...!" Asan jerit-jerit dari bawah. Kilat berdentum-dentum.

"BOOOOOOOOOOOOOOO......" disambut sorak sorai org kampung

Ishak pon dah mula turun.

Hans?

Dia dah smpai kepuncak. Hans menggenggam erat puncak pencawang. Memandang orang-orang kampung dibawah dengan senyum penuh makna.

Orang kampung malu. Hans berjaya.

Apabila sume orang kampung berfikir-fikir apa ilmu sihir jampi serapah yg Hans pakai...

Hans x jawab. X pernah dia jawab apabila ditanya.

Cuma ibunya sahaja yg tahu. Hans memang pekak dan bisu sejak lahir!



Hans makin feymes. Dia dah pndai mnyanyi. Tapi annoyying gile!
Deyy...bisu wat la cara bisu!








** Moral: Pekakkan telinga anda pada suara-suara sumbang yg tidak mahu lihat anda berjaya. Pekakkan juga telinga bile dengar Hans menyanyi di radio/tv dgn suara sumbangnya.




Diadaptasi dari kisah katak kecil.

Monday, October 19, 2009

Apabila Haiwan dilayan seperti Manusia..

Teringat aku beberapa tahun dahulu. Seorang rakan aku, memulakan perbualan berunsur sedih.


"Ish, I risau la Encik Asmoham.. dah bape hari Ilyas merajuk ngn I. I ajak dia makan, dia x nak. Pastu bile I panggil-panggil dia, dia paling muke dia xnak pandang I pon "


rungut Anne, salah seorang gadis genit kat campus aku dulu.


" Mujur la ada Tasya, dia je yang rajin layan I, x sombong n sgt friendly ngn I" tambah Anne.


Kelihatan senyum simpul terukir di wajahnya. Mungkin kekecewaan terhadap boifrennya Ilyas terubat dek kemesraan sahabatnye yg sorang lagi, Tasya.


Aku cube buat-buat otai dalam bab-bab relationship nieh.. " U cube la call Ilyas, pujuk-pujuk dia.. mana la tau u ada tersalah cakap ke apa.."


"Ish u nieh Asmoham.. u gile ke..? Ilyas ngn Tasya tuh ikan emas I la.. I baru je beli hari tuh.. x sempat gtau u, Ilyas dah wat perangai ngn I... eeee, geram betul I!"


Damn! remuk redam hati aku. Rasa bagai dihiris-hiris oleh pisau pemotong daging sambil diperah-perah asam limau. Lahanat la kau Anne. Asal sesuke ati ko je perkotak-katikkan perasaan kemanusiaan aku. Apehal la ko gi namakan haiwan-haiwan akuatik ko tu sempena nama-nama glamer kawan-kawan kita.





anjing yg di 'zorro' kan.. kesian..




anjing ni sedih sbb kene paksa jd darth vader




esok besar dia makan org sebab ingt dia rimau




Beberapa bulan selepas tu, aku balik ke Subang Jaya semasa cuti summer. Almaklumlah, family aku pindah masa aku kat Otago lagi, so memang aku x kenal la sangat jiran-jiran sebelah rumah.


Suatu hari, masa aku tengah dok khusyuk sapu sampah belakang dapur., terdengar jiran belakang rumah aku bersuara.


" Man.. Man.. oooo Man.. meh balik makan meh... dah tengahari rembang nih"


Kedengaran suara Mak Lijah memekik-mekik memanggil anak lelakinya barangkali.


Beberapa minit kemudian, muncul seekor kucing hitam buruk bertompok-tompok comot hitam oren dan coklat. Di hidungnya jelas sekali tompokan hitam pekat yg x balance membuatkan rupa kucing itu kelihatan sangat jahat seperti kucing si pencuri lauk.


" Balik pon ko Man.. meh makan ikan rebus nieh.. asal la gi main dalam longkang macam dah x mau balik.. pi la lagi kawan ngan kucing-kucing bangsat tuh.."


Dalam hati aku, aku mnyumpah-nyumpah kedua-dua tuan dan kucingnya.


Apakejadah nya di namakan kucing dia Man. Gile ke apa. tu nama arwah datuk aku. Xpasal-pasal kang tersedak si arwah, atau sape-sape lagi yg nama dia Othman, Abdul Rahman ataupun Man Kidal.Ni dah kes naya nieh..


Lagi satu, si Man tu la yg selalu dok pau lauk dlm tudung saji kat rumah aku. 2 kali aku kempunan makan ikan keli goreng garing sebab "Man" dah pau dulu siang-siang lepas Maid aku masak.





Sarah dress up sebelum gi dating ngn Farid Kamil





anjing yg akan lari lintang pukang bile jumpe 'Man'



Aku xtau la korang cane, tapi bagi aku perlulah kita balik ke basic. Binatang-binatang ni xkesah la kita sayang banyak mana pon, x yah la bagi nama orang. Aku x tau ape hukum dia tapi sebagai manusia, aku sendiri pon jadi keliru, yg dipanggil tu binatang ke orang.. inikan pula binatang tu. Ape salahnya panggil tompok, hitam, belang atau apa-apa nama classic utk haiwan-haiwan peliharaan.


X ke naya nanti satu hari kucing yg bernama Man tu kapel dgn Faridah anak Datin K yang cun melecun tuh. Ye la, Man ingat dia tu orang. Faridah lak hari-hari dok ngorat Man "miaw.. miaw" everytime pas turun bas balik dari SMK USJ8 walaupun Man tu cume seekor kucing pencurik lauk yg hodoh... kekekekekeke





skali lagi konflik identiti berlaku.. salah siapa?




Perlukah mamat ni menangis x berlagu kalau x lepas selection?





Ni la kawan baik michael scoffield yg xkuar TVsbb direjek FOX studio








*Sape-sape yg masih ingat cerpen Pusaran dalam Antologi Anak Laut ( form 4) kalau x silap aku. Kalaulah si Pusaran tu nama dia ditukar jadi Syafiq ke , Amirul ke.. x ke lagi haru biru citer tu bile nak sembelih wat korban.. huhuhu..